"Jadi sayang dah tahu yang sayang tengah pregnant?" Soal Harraz agak terkejut dengan pengakuanku.
Aku hanya menganggukkan kepala. Benda betul buat apa nak menipu lagikan.
"Tak adalah lama baru aje. Masa saya terserempak dengan awak dengan Eliana tulah. Hari tu saya pergi ke klinik buat pemeriksaan sebab badan rasa lemah sangat. Masa tu boleh drive sendiri lagi, entah kenapa terjumpa Farhan makin sakit kepala ni. Bertembung pulak dengan awak. Lagilah serabut kepala otak. Berbalik pada kisah saya buat pemeriksaan tu, memang saya rasa ada tanda-tanda macam mengandung. Ada niat nak beli aje pregnancy test tapi tak ada masa jadi alang-alang ada dekat klinik saya buat ajelah pemeriksaan. Memang doktor sahkan saya tengah mengandung."
"Kenapa tak terus terang aje dekat abang masa tu? Patutlah hanyir bau ikan kuah laksa. Suka mengunyah beras. Rupanya ada anak ayah dalam perut ibu ni ya?" Harraz meletakkan tangannya diperutku.
Rasa membahang wajahku kerana malu dengan perbuatan Harraz.
"Macam manalah saya ni nak berterus terang. Kalau jumpa aje tengok awak dah berkepit dengan perempuan lain."
"Abang tanya ni kalau sayang jawab jujur boleh tak?"
"Nak tanya apa?"
"Betul ke sayang cintakan abang?"
Aku membisu.
"Sayang cintakan abang ke tak? Jawab dengan jujur please."
"Kalau tak sayang tak adanya kita berdua ni nak masuk anak kedua dah. Sebab saya terlalu cintakan awak, saya dah serahkan segalanya buat awak. Tinggal awak aje sama ada untuk tetap bersama saya ataupun tinggalkan saya." Jelasku.
"Kalau macam tu kenapa sayang berfikir nak tinggalkan abang masa tu? Abang dah terangkan tentang hal dengan Eliana tapi sayang langsung tak pedulikan abang. Lepas sayang cakap macam tu, kesabaran abang sedikit goyah. Abang cuba untuk bencikan sayang tapi abang masih tetap nak ambil tahu tentang sayang."
"Sebab saya terlalu tertekan dengan Eliana. Dia desak saya tinggalkan awak. Dia buat saya rasa bersalah sebab rampas awak dari dia. Kejadian saya balik malam tu bukan sebab merajuk dengan awak sebab Eliana tapi Fathia yang telefon atas urusan kerja. Pasal Datin Syarifah dia...."
"Datin Syarifah saman sayangkan?" Harraz memintas kataku.
"Macam mana abang boleh tau? Fathia ke yang cerita."
Harraz menganggukkan kepala.
"Abang dah bincang dengan abah, dia setuju nak berikan duit pada sayang untuk selesaikan saman tu. Abang tak nak tengok sayang sakit stress macam ni. Abang nak tengok isteri abang yang manja dan kuat menjawab ni." Harraz mencubit pipi.
"Tengok sampai nak cubit pun dah tak boleh. Pipi tu sampai dah tak ada isi sebab dah kurus."
"Bukan saja-saja berat badan saya menurun. Dulu masa saya mengandungkan Inara pun tak ada turun sampai macam ni. Menaik lagi berat badan adalah.
"Sebab apa berat menurun ni?"
"Saya ada penyakit. Penyakit yang susah nak sembuh. Awak mesti tak tahu lagikan tentang sakit saya?"
Wajah Harraz berubah menjadi pucat tatkala mendengar aku berkata begitu.
"Hari-hari saya menanggung sakit. Sampai makan tak lalu. Bila saya makan, makanan tu hanya boleh sekali saja suap. Lepas tu, tak ada selera. Kadang-kadang kalau malam saya tahan sakit. Saya menangis sorang-sorang." Sayu aku bercerita tentang keadaanku dulu.
"Sayang sakit apa? Ya Allah, kenapa abang langsung tak tahu yang sayang ada penyakit macam tu." Harraz mulai merasakan sebak mendengar cerita.
"Penyakit ni tak adalah teruk manapun."
"Tak teruk apanya sayang sampai tak lalu nak makan. Tiap-tiap malam menangis menanggung sakit."
"Alah, sakit rindu aje pun." Aku mencebikkan bibir saat melihat Harraz sudah beremosi. Macam dah nak menangis pun ada.
"Ya Allah, sayang tak baik buat abang macam ni. Abang ingatkan sayang ada sakit apa-apa ke. Abang risau tau tak bila sayang cerita macam tu. Rupanya sakit rindu aje." Harraz memegang dadanya.
"Disebabkan sakit rindu nilah saya turun badan tanpa perlu diet. Nasib baik tengah pregnant kalau tak saya nak sambung aje. Mana tau boleh turun jadi 40kg ke?" Aku cuba untuk bergurau.
"Eloklah, nanti jadi gila pulak sebab dah lama menanggung rindu. Hari-hari menangis boleh jadi Kasim Selamat." Harraz menjelingku.
"Jahatnya mulut!" Giliran aku mencubit pipi Harraz.
"Sakitlah! Sayang mesti rindukan abang kan? Sebab tu sayang jadi macam tu kan?"
"Mana ada, saya rindukan Inara. Awaklah suka-suka nak tuntut hak jagaan anak. Mentang-mentang Inara tu anak perempuan, awak ambil kesempatan. Tak pasal-pasal saya berpisah dengan anak saya. Tak apa kalau anak kedua kita ni lelaki. Biar saya ajak dia jadi geng saya. Kalau gaduh, biar saya lari dengan baby ni." Rajukku sambil mengusap perutku.
"Apa sayang cakap ni? Janganlah lari-lari dah. Abang minta maaf , niat abang buat macam tu supaya nak sayang kembali pada abang itu aje. Tapi sayang tetap berkeras hati tak nak dengan abang jugak."
"Awak jahat, awak dera mental saya. Nasib baik tak gila. Tak pasal Eryna Sofia ni jadi gila sebab bersuamikan lelaki bernama Adam Harraz. Daripada zaman sekolah sampai dah kahwin dah anak nak masuk anak kedua. Macam tulah dia."
"Tapi betul ke sayang anggap abang ni kawan sayang?"
"Kalau kawan habis tu baby ni datang dari mana? Penat-penat saya cuba nak goda awak takkanlah anggap kawan aje." Aku tertawa sendiri saat mula-mula mendekati Harraz dulu.
"Nakal eh, sayang ni? Geram pulak abang!"
"Eh, tak boleh nak geram! Hormat sikit baby dekat sini." Aku berkata sambil menunjukkan perutku menggunakan jari telunjuk.
"Okey, tak apa ayah sabar dulu. Nanti cukup masa ayah ngap ibu masa tu mesti ibu menyesal sebab kenakan ayah!" Harraz berkata kononnya seperti bersembang dengan anaknya dalam kanduganku.
"Gatal! Ada ke patut macam tu."
"Dahlah, sayang dah lewat malam ni jom tidur. Rehatkan badan tu. Sayang tu tengah berbadan dua."
"Memanglah saya kena banyakkan rehat habis awak? Awak lagilah esok nak drive. Lagi banyak nak pakai tenaga. Saya lainlah, asyik membuta aje. Masuk kereta duduk aje dah terlena. Tapi kalau abang tak kesah. Saya boleh drive sendiri gantikan tempat awak."
"Tunggu! Sayang boleh tak ubah balik panggilan kita. Dah lama abang perasan yang sayang tak panggil 'abang' kan. Asyik abang aje cakap dah macam abang pulak yang syok sendiri."
"Iyalah, abangku sayang." Aku mula menukarkan panggilan siap melenggokkan nada suara lagi bagi Harraz kepanasan mendengarnya.
"Sayang jangan nak buat hal. Abang cubit saya sekejap lagi kang."
"Kalau abang cubit. Saya gigit abang. Nak ke?"
"Tak naklah, berbalik pada cerita rehat tadi. Mulai hari ini abang dah tak benarkan sayang drive sampailah sayang
dah selamat melahirkan. Abang risaukan keadaan sayang tau tak. Abang penat tak apa jangan sayang yang kepenatan sudah.""Mana boleh macam tu kalau saya tak buat apa-apa langsung lagilah saya cepat lelah."
"Bagilah abang peluang sayang. Masa nilah abang bayar balik perbuatan abang dulu. Dahlah dulu abang tahu buat aje lepas tu abang tinggalkan sayang."
"Kisah lama tak payah nak ungkit tak dapat untuk ubah apa-apa pun. Yang berlalu biarkan berlalu. Tapi takkan saya lansung tak boleh drive langsung walaupun ada hal kecemasan?"
"Iyalah, boleh drive tapi dipantau orang, dengan izin abang atau ada hal kecemasan. Selain daripada itu minta maaf tak rundingan dan sebarang rayuan tak diterima harap maklum."
Aku mencebikkan bibir.
"Iyalah, iyalah." Akhirnya aku akur saja. Aku menarik selimut lalu berbaring. Sekejap sahaja mataku sudah terlelap sepenuhnya. Akhirnya, aku dapat lena dalam keadaan yang tenang dan bahagia tanpa perlu menangis ditemani hati yang resah.
![](https://img.wattpad.com/cover/244721228-288-k289932.jpg)
YOU ARE READING
Andaikan Cinta Itu Ada
Roman d'amourSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...