Aku pandang skrin telefonku yang menyala kerana panggilan dari Harraz. Kali ini sudah masuk kali ketiga dia membuat panggilan tapi aku hanya tak mengendah saja. Iyalah kalau diangkat mesti akan kena maki aje. Lebih baik aku tak angkat.
Kali kelima aku pandang telefon akhirnya aku mengalah dan menjawab saja panggilan dari dia.
"Apa masalah kau ni? Kau takut nak angkat telefon aku ke atau kau nak larikan diri lagi?" Tanpa salam Harraz terus memarahiku.
Aku tarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya. Aku perlu tenang sebelum bercakap dengan lelaki ini. Bercakap dengan Harraz perlukan kesabaran yang tinggi.
"Saya tak lari pun, buat apa saya nak takut dengan awak?"
"Habis tu kenapa kau lambat angkat? Baik kau rebus aje telefon tu bagi minum biar cerdik sikit. Tak payah guna telefon!" Harraz memaki.
"Saya baru lepas solat." Ringkas saja membalas dan akhirnya membuatkan dia terdiam seketika.
"Aku setuju dengan tawaran kau tapi kau kena ingat! Kalau perkahwinan aku dengan Eliana tak terjadi dengan sempurna. Aku takkan lepaskan kau. Bukan boleh percaya pun kau ni nanti kau plan macam-macam nak hancurkan hubungan aku dengan Eliana."
"Saya akan pastikan majlis awak akan berlangsung dengan sempurna. Saya sebenarnya dah tak sabar sangat nak bercerai dengan awak tahu tak!" Giliran aku pula menghamburkan kemarahan. Letihlah setiap kali jawab panggilan darinya terpaksa dengar dia memaki hamunku.
"Jadi sebab tu kau upah Imran dan budak kecik dengan lelaki semalam konon-konon mengorat kau. Nak tunjuk yang sebenarnya kau ramai orang tergila-gilakan kau macam tu? Entah-entah kawan lelaki yang kau cerita tu tipu aje kan? Jijik betul permainan kau Eryna."
"Astagfirullahalazim, sampai macam tu sekali awak bencikan saya. Saya bukannya orang senang pun nak upah orang untuk benda bodoh macam tu. Saya pun hidup susah cari makan dari pagi sampai malam sebab nak tampung kehidupan. Awak boleh tuduh saya macam tu?" Aku mengepal tangan menahan amarah.
"Okey, so nak kata memang sekarang yang kau tengah laku. Semua lelaki nakkan kau macam tu? Hebat betullah isteri aku sekarang. Jadi kegilaan orang hakikatnya dia tak tahu perangai Eryna Sofia macam mana. Sedih betul lelaki yang nakkan kau."
"Terpulang pada awak Adam Harraz nak menilai saya macam mana. Memang! Memang dalam muka bumi ni awaklah yang paling bagus. Saya penatlah nak bertekak benda bodoh macam ni dengan awak. Saya nak rehat esok saya dah nak balik. Kalau tak ada apa-apa saya tutup aje."
"Esokkan aku nak jumpa kau."
"Tapi...."
"Cuma aku dan kau Eryna."
"Untuk apa?"
"Kau kan baik hati nak sponsor majlis kahwin aku. Aku nak berbincang dengan kau."
"Okey, tak ada apa-apa dah kan? Saya minta diri dulu." Tanpa sempat Harraz bercakap aku sudah menutup telefon. Telefon aku campak ke tepi.
Inilah risiko bila berhadapan dengan Harraz. Mulut celupar dan biadap itu dah semakin sebati dalam jiwanya. Kalau tak fikirkan nak berpisah cara baik saja aku tahan kemarahan. Kalau ikutkan kata hati pasti aku akan hamburkan juga maki hamun yang selama ini ku pendam.
******
Kira-kira dalam pukul 10 pagi aku kena datang ke rumahnya. Dia mahu aku berbincang sekali dengan mak abahnya sekali. Alasannya dia tak pandai nak pilih tema. Suka hati dialah nak bagi alasan apa pun. Itu bukan masalahku.
"Assalamualaikum." Aku memberi salam.
"Walaikumussalam." Harraz muncul di pintu. Lalu dia hanya menunjukkan isyarat tanda masuk. Dia mengenakan t-shirt kosong berwarna biru bersama seluar pendek paras lutut.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomansaSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...