BAB 96

554 12 11
                                        

"Harraz...." Eliana merintih menyebut nama suamiku. Harraz yang berada bersebelahanku hanya mampu melihat perempuan itu.

Kalau tak disebabkan yang mama dia Puan Safiah merayu pada aku supaya Harraz datang ke sini untuk memujuk si Eliana supaya membuka pintu mesti aku pun tak hingin nak jejakkan kaki lagi dekat sini. Sewaktu lalu di ruang tamu tadi masih segar diingatanku bagaimana kejadian yang aku dimalukan dihadapan khalayak ramai tatkala majlis perkahwinan Harraz dan Eliana.

Harraz pun berkeras tak mahu jejakkan kaki dekat sini selagi aku tak benarkan. Agaknya, Harraz pun dah faham kut apa yang aku rasa. Sejak kejadian yang aku dan Faiz menjadi mangsa fitnah Eliana.

"Harraz, tolonglah pujuk Eliana ni. Apa semua tak nak. Puas kami berdua pujuk. Tanya pun langsung tak berjawab." Puan Safiah yang duduk disebelah Eliana sambil menggosok belakang Eliana. Matanya memandang Harraz.

Harraz nampak mengeluh sempat dia mengerling memandangku.

"Eliana, saya tak tahu macam mana awak boleh jadi sampai macam ni. Saya minta awak dengarlah cakap mama awak. Awak berterus terang siapa pelakunya, kita cari dan tangkap dia."

"Tak ada gunanya, Harraz." Eliana menunduk dan menangis.

"Kenapa? Awak tak berusaha macam mana awak tahu tak ada gunanya? Kalau awak tak kenal pun cukup awak kenal pasti lelaki jahanam tu." Harraz nampak betul-betul serius. Suaranya juga berubah tegas.

"Tak perlu Harraz."

Kes Eliana mengingatkan aku pada kes yang berlaku beberapa tahun yang lalu yang menjadi punca bagaimana aku dan Harraz bersatu.

"Jangan putus asa Eliana."

"Tak ada gunanya Harraz! Dia dah mati! Saya dah buat kesilapan besar Harraz! Saya yang dah terlanjur dengan dia! Dia yang buat saya jadi macam ni!"

Terkedu aku mendengar. Eliana terlanjur? Bukankah dia seorang yang pandai jaga diri, mengapa pula sampai boleh hamil luar nikah pula.

"Siapa jantan tu?" Soal Puan Safiah.

"Farhan!" Eliana menjerit menyebut nama lelaki itu. Makin lebat air mata wanita itu.

Makin terkejut aku. Dulu bukan main lagi yang Puan Safiah canang aib aku yang berkahwin dengan Harraz sebab kena rogol dan cuba perangkap Harraz. Tidak cukup dengan itu, dia buat cerita yang mengandung anak luar nikah dan kononnya mengugurkan kandungan.

Aku bersyukur walaupun aku bersatu dengan Harraz dengan cara begitu. Aku masih kandungkan anak yang sah dan terhasil daripada ikatan yang halal.

Manakala Eliana, andaikata dia mengaku yang dia dirogol masih boleh diterima. Itu dikira bukan kesalahan sendiri. Tapi dia sendiri yang mengaku dia sendiri sudah terlanjur dan lelaki itu adalah Arwah Farhan.

Aku bagaikan tak percaya yang Arwah Farhan sudah berbuat begitu pada Eliana. Bermakna sebelum ini mereka agak rapat. Kalau tidak bagaimana boleh jadi hingga sebegini.

"Astagfirullahalazim." Harraz mengucap.

"Apa! Memang tak guna jantan tu! Memang patut pun dia mampos!" Puan Safiah naik angin dan memaki hamun.

Eliana hanya mampu menitiskan air matanya.

"Mana aku nak letak muka aku Eliana? Kau dah mengandung anak haram! Ni budak Eryna ni walaupun kahwin dengan cara macam tu dia tak mengandung anak haram. Tapi kau! Kau menconteng arang pada muka aku dengan bapak kau!" Tumpah juga air mata Puan Safiah.

Terkejut aku tiba-tiba dengan nama aku sekali disebut.

"Maafkan, Eliana mama. Eliana hanyut dan terleka. Eliana salah!"

"Daripada kecil aku bela kau bagi kemewahan dengan segala jenis kelengkapan aku bagi kau tapi ini akhirnya yang kau balas pada aku dengan bapak kau? Apa yang terkurang sampai kau jadi macam ni? Kau ni bodoh tau tak! Kau tak fikir ke masa kau tengah sedap tu? Sekarang kau dah mengandung. Jantan tu dah mampos. Kau dapat apa!"

"Kami berdua jadi macam ni pun sebab hati kami dah tersakiti! Kami mempunyai nasib yang sama. Semuanya berpunca daripada dua orang tu!" Eliana menunding jari pada aku dan Harraz.

"Kau tu yang bodoh! Apa jantan dalam dunia dah pupus ke? Kalau kau dah gatal sangat nak berlaki masa tu. Kau cakap dengan aku! Aku kahwinkan kau dengan jantan tu! Sekarang kau dah bunting kau melalak pun tak guna. Ni muka aku ni yang dapat malu sebab perangai kau yang sundal mengalahkan pelacur! Pelacur pun kalau nak bagi badan dia kena bayar tau tapi kau free aje kau bagi! Kalau aku tau kau ni dah besar jadi macam ni baik masa kecik tu aku picit-picit kau bagi mati. Biar merengkok dalam penjara dari bela anak sundal macam kau! Baik kau tak payah pakai tudunglah Eliana. Sia-sia kau bertutup litup pakai baju mahal-mahal tapi akhirnya kau buka bagi orang merasa badan kau!" Kata-kata Puan Safiah yang dihamburkan pada Eliana juga memberi impak padaku.

Entah kenapa aku juga turut terasa dengan kata-kata Puan Safiah. Aku memandang juga cara pemakaian aku walaupun bertudung tapi masih belum sepenuhnya sempurna dalam menutup aurat.

Mata aku dan Harraz bertembung. Aku hanya menggelengkan kepala pada Harraz sambil menyaksikan drama anak beranak itu.

"Janganlah macam ni kita bincang cara baik." Harraz seperti ingin meleraikan pertelingkahan itu.

"Bincang cara baik apanya Harraz? Aku malu dengan bini kau tu. Seteruk-teruk dia, dia tak pernah malukan bapak dia dengan sengaja terlanjur dengan lelaki sampai mengandung. Sekurang-kurangnya, Eryna tu kahwin! Anak dia pun berbintikan nama Harraz. Kau pulak Eliana? Ikut rasa hati aku yang membara ni, aku nak pijak muka kau bagi mampos! Muka cantik tak ada guna tapi otak kosong tak boleh fikir baik dan buruk!" Puan Safiah menunjal-nunjal dahi anaknya.

"Kisah kami dah lama berlalu. Saya tahu mak cik mesti marah Eliana dengan apa yang dah jadi tapi kalau mak cik jerit-jerit macam ni nanti kalau ada yang terdengar. Orang akan sebarkan dan mak cik juga yang akan dapat malu. Mak cik sendiri tak nak rahsia ni pecah kan?"

"Hati aku ni sakit sangat! Harraz bayangkan orang yang kau percayakan selama ni yang menikam belakang dan memalukan kau. Apa yang kau rasa? Contoh, macam Eryna ni terlanjur dengan lelaki lain? Apa yang kamu rasa?"

Harraz hanya terdiam. Sekali lagi nama aku terkait dalam pertelingkahan itu walaupun diambil sekadar 'contoh'. Aku malas nak menyampuk. Tak pasal-pasal dengan aku sekali dapat maki hamun percuma dari Puan Safiah.

"Macam tulah kecewa aku! Aku menyesal ada anak macam kau. Lebih baik aku mandul dari ada anak macam kau!" Usai Puan Safiah menjerit dia meninggalkan anak yang masih tersedu-sedu.

Mungkah ini balasan kepada Eliana atas pembohongan dia selama ini. Sudahlah mengaku tak boleh hamil. Habis anak tu duduk dekat mana. Mula timbul rasa simpati aku dengan nasib Eliana. Harap-harap semuanya akan diselesaikan dengan mudah.

Andaikan Cinta Itu AdaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang