"Awak kalau saya tak nak balik boleh ke?" Soal aku pada Faiz.
Berkerut-kerut dahi Faiz.
"Kenapa pulak tak nak balik? Gaduh dengan Harraz ke?"
Aku menggelengkan kepala.
"Saya cuma takut." Aku menundukkan kepalaku.
"Jangan-jangan sampai sekarang awak belum cerita dekat Harraz apa yang dah jadi pada awak?"
Aku melihat semula wajah Faiz sambil mengigit bibir. Serta-merta Faiz mengeluh.
"Eryna, jangan kata awak tipu saya cakap Harraz bagi keizinan semata-mata supaya saya boleh teman awak."
"Saya terpaksa, saya takut nak berterus dengan Harraz nanti mesti dia akan marahkan saya lagi teruk. Saya yang beria-ia dulu tak nak buat laporan polis masa Farhan serang untuk kali pertama."
"Apa yang awak fikirkan Eryna? Wajarlah kalau dia marah. Awak degil sangat kenapa masih nak biarkan Farhan tu bebas? Kalau saya dekat tempat Harraz, saya pun akan marahkan awak."
Aku menghela nafas.
"Seharian awak menghilang Eryna tak ada khabar. Tiba-tiba kalau ada orang nampak kita duduk berdua makan disini nanti orang fitnah kita. Awak nak Harraz lagi marah dekat awak?"
Tiba-tiba baru aku teringat betul juga dengan kata-kata Faiz.
"Kalau tak nak cakap biar saya sendiri yang terus terang dengan dia. Saya sebenarnya malas nak masuk campur sebab tu saya tak nak hubungi Harraz bahkan ayah awak sendiri pun tak tahu keadaan awak sekarang."
"Jangan, biar saya sendiri yang cakap dengan dia."
"Terpulanglah, cepat sikit makan nanti saya terus hantar balik. Saya nak kena jumpa mak Farhan lepas ni. Dengar cerita malam tadi Farhan balik sana tapi tak lama pun lepastu dia menghilang semula." Faiz menggesaku.
"Awak rasa Farhan masih cari saya ke?"
"Awak jangan terkejut kalau saya berani cakap yang dia sedang memerhatikan kita cuma sedar atau tak sedar saja." Aku tak sangka sampai begitu sekali Farhan bertindak.
"Awak mesti kenal Maryam kan? Sekarang apa khabar dia lepas putus dengan Farhan?"
"Kenal, dia lagi beberapa bulan bakal berkahwin dengan siapa tak tahulah pulak siapa. Saya bukannya kenal, maklumlah bukan orang sini. Itu yang mak Farhan ceritalah."
"Alhamdulillah, bertemu jodoh pun dia dengan lelaki yang sepatutnya. Saya bersyukur sangat kalau dia tak jadi dengan Farhan."
"Siapa Maryam?"
"Satu-satu kawan perempuan yang paling rapat dengan saya tapi kami ada perselisihan faham dan akhirnya tak bertegur. Walau apapun dia buat pada saya, saya masih berdoa terbaik buatnya."
Faiz hanya mengangguk tak banyak pula bertanya. Selesai kami makan-makan Faiz terus menghantarku pulang ke rumah Harraz.
Sampai diperkarangan rumah, aku nampak kereta Harraz ada dihadapan rumah.
"Terima kasih Faiz sebab sudi tolong saya kalau awak tak selamatkan saya silap-silap saya mungkin...." Aku tak mampu meneruskan kata-kata.
"Saya minta maaf sebab dah banyak menyusahkan awak. Awak janji dengan saya jangan putuskan hubungan persahabatan kita. Jangan tukar nombor telefon lagi! Dan saya doakan urusan awak membantu Farhan dipermudahkan."
"Iyalah, jaga diri. Pesan dekat Harraz jangan selalu sangat tinggalkan awak sorang-sorang dekat rumah walaupun rumah berkunci. Awak tu dahlah cuai sebab tu Farhan tu senang nak bertindak."

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...