"Faiz kenapa awak ada dekat sini?" Aku yang masih bingung dengan kehadiran dengan secara tiba-tiba.
"Ni apa yang dah jadi ni?" soal Faiz setelah melihat keadaan Eliana yang muka sudah basah lencun dengan air matanya. Drama sungguh perempuan sewel ni!
"Faiz!" Tanpa amaran tiba-tiba Harraz memberi sebijik penumbuk pada muka Faiz. Aku terus berlari mendapatkan Faiz yang sudah jatuh tersandar di dinding.
"Ya Allah, Harraz!" Umi hanya menjerit melihat Harraz yang mula bertindak kasar.
"Kenapa awak datang sini lagi?" Aku menyoalnya.
"Awak tertinggal telefon. Saya cuma nak serahkan pada awak." Faiz menunjukkan telefonku yang berada ditangannya dan dia menyerahkan telefonku.
"Mana kau bawak bini aku semalam hah!" Jerkah Harraz lagi. Aku terkejut seolah-olah aku pula yang dijerkah.
Faiz hanya senyum saja sambil memegang pipinya. Dia cuba berdiri semula. Aku ingin membantu Faiz tapi dia menolaknya.
"Aku dah agak benda ni akan jadi." Faiz ketawa sinis.
"Kau memang jantan tak guna! Dalam banyak-banyak perempuan kenapa bini aku!" Harraz tampak seperti ingin menyerang lagi. Aku bertindak untuk menghalang Faiz dengan berdiri dihadapannya sambil mendepakan kedua belah tangan.
"Sudah! Cukuplah!"
"Eryna, jangan masuk campur ini urusan saya dengan dia." Faiz meminta aku supaya membiarkan mereka berdua.
"Tapi urusan awak dengan dia berkait dengan saya!" Kini aku pula yang bertekak dengan Faiz.
"Tolonglah, saya minta kali ni awak ketepi. Biar lelaki dengan lelaki yang bercakap." pinta Faiz.
"Okey, nak bercakap boleh silakan! Tapi jangan nak bergaduh bertumbuk macam ni! Abang pun sama, kalau marahkan sekalipun jangan suka-suka hati jatuh hukum!"
"Kenapa nak bela dia sangat?" Harraz masih tak puas hati.
"Kenapa pulak abang percayakan Eliana sangat?"
"Sudah Eryna! Saya cakap jangan masuk campur. Biar saya dengan Harraz saja yang bercakap." Faiz pun memintas.
"Okey, biar aku dengan kau aje bercakap. Yang lain jangan masuk campur! Sekarang ni aku nak tanya kau. Mana kau angkut isteri aku semalaman? Jawab!"
Aku menggelengkan kepala melihat kemarahan Harraz yang begitu memuncak.
"Aku dah tahu benda ni akan jadi sebab mulut orang lain." Faiz menjeling pada Eliana.
"Tadi kau sendiri cakap nak bercakap dengan aku aje ni tiba-tiba libatkan Eliana kenapa?"
"Aku tak ada cakap nama Eliana kan? Kenapa kau marah aku libatkan Eliana sekalipun? Ke kau masih sayangkan si Eliana ni daripada bini kau sendiri? Sampai langsung tak nak dengar penjelasan dari Eryna. Siapa Eliana? Bini kau ke?" Faiz menyindir Harraz. Wajah Harraz kemudian berubah.
"Bukti dah ada depan mata. Dia sendiri yang tunjukkan video dan gambar kau dengan Eryna."
"Then, video tu ada nampak aku peluk cium bini kau ke? Ada nampak ke video tu aku tanggal baju bini kau? Macam mana kau boleh percaya cakap perempuan kurang cerdik ni? Kau tuduh Eryna curang okey aku akan ceritakan segala-galanya. Kita cerita sini habis sini!
Aku nak tanya kau mana letak otak kau Harraz? Mana kau letak kepala otak kau! Mana kau semalam! Mana kau masa tinggalkan Eryna semalam?"Harraz tak menjawab. Hanya dia, aku dan Eliana saja tahu apa yang jadi semalam.
"Okeylah, aku anggap kau pergi kerja ajelah tapi apa yang ada dalam fikiran kau tinggalkan isteri kau sorang-sorang yang tengah mengandung dalam rumah. Rumah pulak keliling hutan. Jiran jauh, apa kau yang fikir?"
![](https://img.wattpad.com/cover/244721228-288-k289932.jpg)
YOU ARE READING
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...