BAB 22

1K 17 4
                                        

Dari jauh Faiz melambai tangan padaku dan dia menghampiriku.

"Assalamualaikum ibu, hari ni anak ibu datang nak jumpa ibu." Faiz menyakatku. Ringan saja tanganku mencubit lengannya yang berlapik kain baju itu.

"Gurau sikit pun tak boleh ke?" Faiz menggosok lengannya yang sakit itu.

"Ni datang nak cari Fathia ke?" Soal aku sambil memandang Faiz yang berpakaian segak hari ini.

"Fathia? Buat apa saya nak cari dia sedangkan awak ada di sini. Saya nak cari kawan sayalah." Faiz membalas sambil memasukkan kedua belah tangannya ke dalam sisi poket seluarnya.

"Awak ni Faiz cubalah buka sikit pintu hati tu untuk perempuan masuk. Buka sikit aje cukup untuk seorang aje masuk tak boleh lebih dari sorang kalau tak sendirilah jawab." Aku menunjukkan jari telunjuk dirapatkan dengan ibu jari yang bermaksud kecil.

"Tak nak."

"Itulah awak Faiz jual mahal dulu masa belajar dulu berapa ramai perempuan mengorat awak ada yang seratus ribu ganda lebih cantik dari saya awak tolak juga. Belum sempat tegur awak dah jeling maut. Kadang-kadang saya terfikir macam manalah saya boleh jadi kawan rapat dengan awak." Aku bercekak pinggang.

"Takkanlah awak dah lupa? Awak tuduh saya lelaki kasanova sebab hari-hari tegur awak." Faiz mengingatkanku.

"Iyalah betullah tu." Aku tersipu malu bila teringat yang aku pernah salah sangka dengan Faiz.

"Tapi! Betul ke tak ada sorang pun perempuan yang awak suka? Manalah tahu awak ada suka seseorang dalam diam dan awak malu nak luahkan kan? Mana tahu saya kenal boleh saya cop dia untuk awak nak tak?" Aku cepat-cepat menukar topik.

Lama Faiz mendiamkan diri dan dia memandangku dengan pandangan yang penuh makna.

"Tak ada dan tak nak." Itulah jawapan Faiz yang bila bercakap soal perempuan.

"Ei, awak ni peliklah Faiz." Aku menggelengkan kepala.

"Tak pelik pun Eryna. Awak yang rasa pelik bagi saya tak pun. Kalau ada jodoh adalah. Saya muda lagilah Eryna."

"Ini soalan saya yang last betul ke awak tak ada suka walaupun seorang pun perempuan, baik mengaku!" Aku menunjukkan jari telunjukku rapat tinggal hanya beberapa inci lagi sedikit menghampiri hidung mancung jejaka itu.

Faiz kelihatan gugup terlihat halkumnya bergerak-gerak.

"Awak bohongkan Faiz? Saya nampak awak sedang menipu kan?" Aku ketawa saat melihat Faiz gugup.

"Mana ada!" nafi Faiz.

"Awak tipu, bagi tahu cepat siapa perempuan bertuah tu?" Soalku lagi.

"Dia kawan saya."

"Kawan? Siapa lagi kawan perempuan awak selain saya ya? Fathia eh?" Tekaku.

"Tak, bukan dan tidak sama sekali. Dahlah Eryna satu hari nanti awak akan tahu juga berhenti merepek."

"Tak sabarlah nak tengok siapa perempuan yang dapat tumbangkan hati awak dan dapat buat jiwa awak  melayang-layang saat awak ada dengan dia."

Faiz hanya menunjukkan wajahnya tanpa perasaan.

"Hei, cuba senyum sikit tadi masa sampai elok aje senyum sampai telinga. Sekarang mana senyuman manis awak tu saya nak tengok. Cepat-cepat senyum balik."  Aku memaksa Faiz cuba untuk senyum semula.

Faiz akur dan dia tersenyum semula.

"Wajah awak terlihat sangat sempurna dengan senyuman jadi jangan berhenti senyum." pujiku.

Faiz ketawa.

"Sebab tu saya suka awak, awak pandai ambil saya."

"Apa?" Aku menyoal seperti kurang dengar apa yang Faiz katakan tadi.

"Saya suka awak." Faiz mengulang lagi.

"Suka macam mana tu?" Aku salah dengarkah?

"Suka sebagai kawanlah takkanlah saya nak suka awak Eryna. Bukan boleh dapat pun. Silap-silap Harraz rembat kepala saya sebab cuba nak sailang isteri dia." gurau Faiz berserta dengan menyebut nama lelaki itu.

Terus mati senyuman pada wajahku pabila terimbas kembali pergaduhan antara aku dengan Harraz sebelum pulang. Dia terlalu marah dan menuduhku biadap kerana menjawab panggilan daripada Faiz di hadapan mak abahnya. Aku akui apa yang ku lakukan itu salah kerana boleh menimbulkan fitnah. Entahlah aku sendiri buntu dengan apa yang ku rasa sekarang.

Andaikan Cinta Itu AdaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang