Beberapa tahun kemudian...
Majalah pengantin ku belek di tanganku. Helai demi helaiku selak dan memerhatikan keindahan busana pengantin. Tiba-tiba terlintas dihati rasa teringin untuk mengayakan busana pakaian tersebut tapi mampukah aku merasakan detik-detik bahagia bakal menjadi isteri kepada bakal si suami yang tercinta. Merasa majlis perkahwinan bersama suamiku. Mampukah juga aku merasa menjadi seorang yang dicintai oleh suami sendiri.
Aku tersenyum sendiri, ku sedar yang sampai bila-bila aku takkan mampu merasa perkara itu. Bahkan aku sendiri pun tidak tahu bakal aku dilepaskan oleh Harraz. Selagi aku masih memegang status isteri kepadanya. Aku harus mematikan hasrat untuk merasa majlis perkahwinan sendiri.
Bukan tak mahu memperjuangkan hubunganku dengannya tapi kami berdua sudah tak punya hati antara satu sama lain bagaimana aku dengan Harraz akan bersatu. Itu adalah mustahil. Baru-baru ini aku mendengar Harraz dan Eliana bakal melangsungkan perkahwinan mereka berdua dalam masa lagi tiga bulan.
Walaupun Harraz dan Eliana bakal bersatu namun saat ini aku dan Harraz masih belum berhubung. Sehingga kini aku masih tak faham mengapa dia masih menyimpan ku sedangkan dia memang tak memerlukanku?
"Hello, my girl." Bisikkan suara menyedarkanku. Aku memandang jejaka tinggi lampai itu. Tingginya mencecah 170cm jauh berbandingku.
"Bagilah salam, apa benda dok my girl ni? Ingat sweet ke?" Aku mula membebel bila melihat dia bercekak pinggang.
"Assalamualaikum." Dia terus memberi salam tanpa banyak kata lalu dia melabuhkan punggung di kerusi di hadapanku. Pandangannya sesaat pun tak pernah terkalih dariku.
"Walaikumussalam." Aku mengerut dahiku memandangnya aneh.
"Kenapa belek-belek majalah pengantin? Ingat bila awak jadi tauke, awak boleh duduk suka hati ke?" Sinis lelaki itu berkata.
Aku tahu lelaki itu bergurau. Gurau kasar itu adalah tabiat Nik Muhammad Faiz! Tanpa isyarat aku terus membaling majalah itu padanya. Iya nampak macam biadap. Tapi itulah kami berdua sejak sudah kenal makin rapat makin kasar guraunya.
Belum sempat majalah itu mendarat ke wajah tampan Faiz tangan lelaki itu lebih cekap menangkap.
"Maaf, kamu gagal!" Faiz buat-buat ketawa.
"Ni kenapa datang? Tak ada kerja jugak ke? Tahulah dah jadi tauke jugak kan?" Aku juga turut memerlinya.
"Kita sama-sama tauke, kalau awak tauke butik pengantin Nara Eryna. Saya pulak tauke Nick Photography Studio. Kita cuma duduk pekerja kita yang berkerja." Faiz mula menyilangkan kakinya ala-ala bos.
Aku ketawa melihat tindakan Faiz rasa nak cepuk aje tengok perangai Faiz ni. Dia biasanya datang ke sini bila cuti sahaja. Hari lain? Jangan haraplah nak nampak batang hidung mamat ni. Sibuk berkejar dengan kerja fotografinya. Ini pun dia baru sahaja mengambil beberapa pekerja baru dapatlah mengurangkan beban kerja Faiz sikit. Kalau pandang wajahnya pun garis halus pada matanya menandakan yang dia tak cukup tidur dan aku yakin dia juga penat.
"Faiz, awak tu cuti patutnya pergilah buat benda yang awak suka untuk tenangkan fikiran. Ini tak datang sini kenapa? Nanti penat esok awak dah masuk kerja balik. Saya tahu awak sebenarnya tak cukup tidur kan?" Aku menunjukkan matanya menggunakan jari telunjukku.
"Awak rasa kalau benda saya tak suka buat apa saya datang sini?" Jawab Faiz dengan wajah yang punya perasaan.
Terdiamku seketika cuba mencerna kembali apa yang baru dia katakan tadi.
Tentu dia bergurau."Menjawab eh? Eh, tibai jugaklah kang." Aku mengangkat sebelah tangan cuba mengacah untuk memukulnya.
Mimik wajahnya yang serius berubah menjadi merah menahan tawa. Dia mesti ingin ketawakan aku gara-gara memperlakukan seperti kanak-kanak.
"Awak ingat saya Inara yang nak kena babap kalau suka menjawab?" Soal Faiz.
"Okeylah, Inara comel apa?"
"Tak nak jadi Inara tapi saya nak jadi ayah pada Inara boleh?" Faiz menjongketkan sebelah keningnya.
"Gurau lagi macam tu saya sumpah jadi patung biar boleh jadi male mannequin kat sini. Kalau awak tahu kat sini kekurangan patung lelaki."
"Iyalah, itu pun tak boleh nak bergurau." Faiz menghela nafasnya lalu majalah pengantin yang masih dalam pegangannya dia selak perlahan dan lihat.
"Awak teringin nak pakai baju macam ni ke?" Soal Faiz mengejutkanku. Macam mana Faiz boleh baca fikiranku.
"Taklah mana ada!" Sekeras-kerasnya aku menafikan.
"Pandangan awak tadi bukan pandangan yang berfikir tapi pandangan awak adalah pandangan yang kosong jadi saya simpulkan mungkin tadi awak berangan. Kalau awak nak pakai baju pengantin boleh. Saya boleh jadi model pengantin lelaki buat awak lagi." Faiz seperti menawarkan sesuatu yang tak masuk akal.
"Maksud awak?"
"Awak jadi model saya."
"Apa? Tak naklah. Saya ni tak cantik, tadi tu berangan aje tak adalah terfikir sampai jadi model. Lagi satu, apa tadi awak nak jadi model pengantin lelaki? Merepek betullah. Lagipun feel lain kalau dapat buat dengan suami sendiri mesti lagi sweet." Aku menganggap cadangan Faiz itu adalah perkara tak masuk akal.
"Kalau macam tu pilihlah saya jadi suami awak. Bukan setakat nak peluk masa bergambar nak cium lagilah dipersilakan." Faiz ketawa kecil.
Aku mengecilkan mataku. Geram pulak aku dengan gurauan Faiz ini.
"Ke awak masih berharap dengan lelaki bernama Adam Harraz?" Soal Faiz lagi membuatkanku mati kata.
"Tapi saya...." Belum sempat aku menghabiskan kata-kata Faiz mengangkat jari telunjuknya lalu diletakkan dibibirnya yang merah asli tanda tak pernah merokok itu.
"Saya tahu hati awak akan sakit jika bercakap tentang dia jadi awak boleh lupakan dia. Saya minta maaf sebab isu nama dia tadi." Itulah Faiz setelah dia tersasul menyebut nama suamiku dia akan segera meminta maaf walaupun aku tak pernah marah jika dia menyebut secara sengaja atau tidak.
"Jom makan saya ada belikan awak nasi kerabu. Semalamkan awak mesej teringin nak makan kan?" Lantas menukar topik perbualan. Aku hanya menurut sahaja apa yang Faiz lakukan.
Faiz juga sudah tahu cerita yang sebenarnya disebalik rumah tangga aku. Aku sudah berselindung sebaiknya tetapi Mak Long yang buka cerita pada Faiz. Jadi sejak itu Faiz jadi lebih prihatin padaku. Dia pernah berkata yang tak akan ada yang sakitkan hatiku selepas ini. Aku juga selesa berkawan dengannya lebih-lebih lagi jika sudah mengenali keluarga Faiz yang ramah, baik dan pemurah.
Puan Hasniza ibu kepada Faiz yang mengajarkanku tentang soal selok belok perniagaan, marketing, strategi perniagaan dan lain-lain lagi. Puan Hasniza tak lokek ilmu. Paling mengujakanku dia menawarkanku peluang untuk menerajui perniagaan sendiri. Pekerjaan yang ku lakukan adalah lebih kurang seperti kerja-kerja wedding planner. Puan Hasniza juga yang memberi modal permulaan untuk aku memulakan perniagaan. Maka dengan hasil usahaku maka lahirlah Nara Eryna gabungan nama anakku denganku.
Untuk pengetahuan aku dan Faiz menjadi semakin rapat setelah Puan Hasniza menganggapku seperi anak sendiri dan dia menyuruhku memanggilnya dengan panggilan Mama. Aku selesa dengan panggilan itu. Bahagia bila dapat diterima dalam sebuah keluarga yang agak asing. Bukan senang orang asing dengan semudahnya menganggap orang seperti anak sendiri. Alasan Puan Hasniza menganggapku begitu adalah kerana dia suka melihat keserasian aku dan Faiz berkawan tak ubah macam adik beradik. Maklumlah Faiz anak tunggal dan mempunyai seorang abang tiri sebaya dengannya tapi mereka berjauhan. Sejujurnya banyak benda yang aku terhutang budi dengan Faiz dan keluarganya.
![](https://img.wattpad.com/cover/244721228-288-k289932.jpg)
YOU ARE READING
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...