"Kau kenapa macam cuba nak mengelak dari aku?" Daripada mula berjumpa hinggalah kini nada suaranya ketika berbicara tak pernah berubah. Asyik nak meninggikan suara. Serupa orang tak ada budi bahasa. Dengan Eliana boleh pula nak sopan santun cakap lemah lembut dengan aku sebagai isterinya yang masih sah cakap macam nak habis suara. Aku sedar diri siapalah diri ini nak dibandingkan dengan Eliana kan?
"Saya bukan mengelak Harraz, saya sibuk. Insya-Allah hujung minggu ni saya free. Saya pergi jumpa awak dengan Eliana untuk bincangkan. Lagipun Eliana dah discuss dengan saya dekat personal message. Jadi saya datang sana untuk bentangkan butir-butir planning yang saya dah buat. Tolonglah hormat saya. Fahami masa saya. Awak ingat saya robot ke? Saya ada tanggungan yang nak diurus. Saya masih hormatkan awak Harraz. Beri saya masa, saya tak sekejam itu nak hancurkan masjid yang awak akan bina." Aku menjelaskan dengan nada yang agak keras kerana sudah hilang sabar. Hampir setiap hari namanya tak lekang menjadi pemanggil utama telefon aku.
Aku dengar Harraz ketawa sinis.
"Jadi kau dah penat dengan aku?"
"Memang! Memang saya dah terlalu penat dengan awak! Tak habis-habis mendesak saya. Awak ingat saya berlembut dengan awak. Awak boleh sesuka hati pijak maruah saya macam tujuh tahun yang lalu?"
Harraz terdiam seketika.
"Aku baru faham kenapa susah sangat kau nak lupakan aku. Mesti sebab perkara yang aku buat pada kau tu kan?" Harraz bersuara kembali.
"Tak payah merepeklah Harraz, awak ingat saya ni tergila-gilakan awak sangat ke? Awak sendiri tahu berapa ramai lagi lelaki yang cintakan saya. Saya yakin juga awak sendiri dah nampak depan mata. Awak ingat saya ni luak sangat ke dengan awak Harraz?" Aku sengaja mengapi-apikan Harraz.
"Kalau kau kahwin dengan lelaki lain sekalipun, satu benda kau kena ingat. Kau tetap bekas aku Eryna Sofia. Sampai sekarang aku tertanya pada kau Eryna. Kenapa lepas exam kau larikan diri dari aku? Kalau kau minta cerai lepas exam tu pun aku tak pedulilah. Masa tu juga aku boleh ikut kehendak kau. Aku pun tak naklah simpan kau lama-lama. Kenapa kau larikan diri? Kau menyorok dekat rumah Mak Long kau. Kau ingat aku akan cari kau? Atau kau kecewa sebab aku bakal langsungkan pertunangan dengan Eliana?"
Satu kalimat benci yang semakin menebal dalam diri aku. Setiap kali aku mengingati perkara tujuh tahun yang lalu. Hati aku terlalu sakit. Sakit yang tak mampu terucapkan.
Bagaimana sakitnya tatkala maruah dipijak lumat begitu sahaja oleh lelaki itu. Kemudian, hamil anak lelaki itu dalam keadaan yang aku tak bersedia langsung. Sehingga setiap kali janin itu bergerak-gerak dalam rahimku yang keluar dari bibirku adalah kalimah benci pada lelaki itu. Mudahnya dia sebagai lelaki menganggap apa yang dia lakukan dulu padaku adalah perkara biasa saja. Dasar lelaki jahanam.
"Tak ada sebab saya nak kecewalah Harraz. Satu benda yang awak kena sematkan dalam kepala otak awak tu. Tak pernah sesaat pun dalam fikiran saya yang saya akan jatuh cinta dengan awak Harraz. Awak tahu jatuh cinta pada lelaki yang bernama Adam Harraz adalah satu perkara yang bodoh! Akhirnya perkara itu akan membinasakan badan! Saya harap Eliana buat pilihan yang tepat sebab saya yakin yang Eliana tu lebih layak bertemu dengan lelaki yang berlipat kali ganda lebih bagus dari awak!"
"Makin lama kau makin kurang ajar dengan aku Eryna? Kau jangan sampai aku...."
"Saya tak takut pun nak berhadapan dengan awak Harraz. Sampai sekarang, perbuatan keji awak masih dalam ingatan saya. Jangan jadi lelaki pengecutlah Harraz yang selalu berselindung dibalik kebaikan padahal awak sebenarnya syaitan!"
"Kau ingat kau bidadari syurga ke Eryna? Kau ingat kau bagus sangat? Aku cuma tuntut hak aku sebagai suami aje dulu. Kau lupa kau isteri aku? Kau layan Farhan macam dia suami kau. Kau bertentangan mata dengan dia. Bergurau senda dengan dia. Kau sendiri tak jaga batas kau sebagai seorang isteri. Kau tahu tak selepas kau jadi isteri aku perhatikan gerak geri kau. Kau ingat aku tak tahu yang Farhan pernah luahkan perasaan dia pada kau." Aku terdiam seketika mendengar kata-kata Harraz.
"Kenapa diam? Kau ingat aku ni boleh buat bodoh ke dengan kelakuan kau. Disebabkan benda yang kau buat belakang aku. Aku sampai kena marah dengan mak bapak aku sebab biarkan kau bercinta dengan lelaki lain. Kau hanya nampak kesalahan aku. Tapi kesalahan kau sikit pun kau tak sedar! Aku cuma nak uji kau aje malam tu. Tapi tulah sebagai lelaki aku kalah juga. Kau marah aku sentuh kau tapi kau suka bila Farhan sentuh kau. Jadi apa beza kita berdua? Maknanya kau menghilangkan diri selama ini sebab kau malu sebab aku dah tidur dengan kau macam tu?"
Kelu lidahku. Apa yang dikatakan oleh Harraz itu adalah benar. Aku tak mampu menafikannya.
"Saya tahu saya salah dan saya akui kebenaran itu tapi awak kena tahu Harraz. Awak dengan Reza sama aje. Awak perkosa saya Harraz. Awak lakukannya tanpa izin saya. Saya dalam keadaan yang tak rela Harraz. Awak tahu tak betapa tertekan hidup saya setiap kali mengenangkan perbuatan awak. Kalau awak nak tuntut hak awak sebagai suami? Silakan tapi biar dengan cara yang betul bukan dengan dengan cara begitu. Saya minta maaf sebab dah tinggikan suara saya pada awak Harraz. Saya minta maaf atas perbuatan saya yang melampaui batas selama ini. Saya akui kejahilan saya. Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu. Insya-Allah hujung minggu ni saya balik sana. Assalamualaikum."
Usai aku matikan panggilan aku meraup wajahku. Aku tak pasti perasaan apakah yang bermain di dalam hati. Marah, sedih, kecewa dan rasa bersalah semuanya bercampur baur. Mendengar pengakuan Harraz tadi cukup membuatkan ku jadi malu dengan kejahilanku yang tidak menjaga batasku dengan lelaki lain selama ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...