BAB 92

551 12 6
                                        

Aku nampak dari jauh yang Faiz duduk menyendiri sambil bersandar pada tiang. Faiz betul-betul terkesan atas pemergian sepupunya. Mama Farhan ada bercerita selepas saja doktor mengesahkan yang Farhan sudah meninggal dunia. Faiz jatuh terduduk dan meraung. Selain itu, keakraban mereka sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

Walaupun mereka tinggal berjauhan tapi mereka sering berhubung antara satu sama lain kerana selama Farhan hidup dia tak mempunyai kawan yang rapat melainkan Faiz seorang saja.

Mataku terpandang susuk tubuh sedang masuk ke dalam rumah. Nampak dia macam baru tiba tadi. Wajahnya kemerah-merahan. Air mata pun turut menemaninya.

Orang itu adalah Maryam.

"Sayang, tak payah ikut ya pengebumian jenazah. Sekejap lagi jenazah nak masuk dalam van bawa pergi masjid untuk solat jenazah. Jadi sayang tunggu aje kat sini. Biar abang aje yang pergi. Sayangkan tengah mengandung risau pulak kalau jadi apa-apa nanti. Lagipun sekarang dah lewat malam." Harraz yang tiba-tiba muncul berbicara denganku.

"Iyalah, bang. Saya tunggu aje kat sini sampai abang balik." Aku hanya mengangguk faham.

Selepas jenazah selesai dimasukkan ke dalam van. Aku nampak yang van jenazah perlahan-lahan menghilang dari pandangan. Aku dengar seseorang menangis teresak-esak disebelah. Setelah aku pandang baru aku sedar yang Maryam berada disebelahku.

Nampak yang Maryam pun terasa dengan kepergian Farhan. Aku yang begitu kesian dengan Maryam lantas memeluk bahunya dengan niat untuk menenangkannya.

Maryam yang terasa seperti ada tangan melingkar pada bahu mula memandangku.

"Eryna...." Maryam menyebut namaku.

"Bawa banyak bersabar ya. Marilah kita sama-sama doakan untuk dia."

"Aku masih cintakan dia. Kenapa secepat itu pergi." Maryam merintih.

Aku mula berasa hairan bukankah yang Faiz cakap bahawa Maryam bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Jadi untuk apa dia masih ada hati dengan Farhan kalau dia bakal berkahwin dengan lelaki lain.

Aku tak berani nak bertanya bukan-bukan. Cukuplah persoalan itu hanya berlegar-legar dalam fikiran.

"Eryna, masuklah rumah. Eryna kan tengah mengandung tu." Aku terdengar suara seorang wanita memanggilku. Aku hanya menganggukkan kepala. Dia adalah Puan Hasniza iaitu mama Faiz.

"Kau tengah mengandung ke?" Soal Maryam agak terkejut.

"Iya."

"Anak kau dengan Harraz ke?"

Aku menganggukkan kepala untuk menyakinkan Maryam.

"Bila kau berbaik dengan dia?"

"Sejak Harraz tak jadi kahwin dengan Eliana. Jadi kami cuba dalam proses nak berbaik. Alhamdulillah, kami masih ada jodoh. Itulah, ada rezeki lagi kami nak menimang cahaya mata kedua."

"Kedua? Bila masa korang ada anak pertama?" Nampak yang Maryam agak menyibuk disitu.

Takkan dia masih tak tahu yang aku dengan Harraz dah ada anak sulung. Orang lain semua dah tahu lebih-lebih lagi masa perkahwinan Eliana dengan Harraz tak menjadi tu. Setahu aku dia ada masa majlis kahwin itu. Ketinggalan betul Maryam ni ataupun dia lupa.

"Dah lama dah, aku pregnant masa exam SPM. Sekarang anak aku dah besar pun. Eh, jomlah masuk." Aku mengajak Maryam masuk ke dalam.

Setelah masuk ke dalam rumah Maryam pergi mendekati mama Farhan. Nampak yang Maryam begitu akrab dengan Mama Farhan. Iyalah, bakal mak mentua kan tapi tak jadi.

Aku hanya jadi pemerhati mereka berdua lalu aku pergi berjalan meninggalkan mereka sambil itu mataku tertumpu pada satu gambar yang dibingkaikan dan terletak pada rak.

Gambar Farhan saat zaman persekolahan dulu. Aku cuba bandingkan personaliti Farhan yang dulu yang sekarang. Farhan yang dahulu terlalu baik, menjaga kata-kata dan sopan-santun. Aku hairan mengapa dia boleh jadi teruk sehingga begitu.

Teringat kejadian yang dia mengakui perasaannya padaku. Dia membelikanku aiskrim lalu dia meluahkan segala perasaannya. Tapi entah kenapa segala-galanya berubah dengan secara tiba-tiba dia menjauhiku tanpa sebab. Akhirnya, dia terseksa dengan perbuatannya. Dia tertekan dan tersasar jauh.

"Kau mesti nak tahu kan kenapa Farhan dulu berubah tiba-tiba cuba mengelak dari kau." Aku terkejut setelah mengelamun tentang kenanganku dengan Farhan dahulu.

"Maryam...."

"Aku yang racun fikiran dia. Aku yang jahat tabur fitnah macam-macam pada kau sampai dia bencikan kau. Lagi satu, mama dia yang tak benarkan dia rapat dengan kau. Mama dia tahu yang kes kau dulu sebab tu dia tak suka anak dia rapat sangat dengan kau. Memang pada mulanya dia mampu bertahan tapi akhirnya dia kalah. Dia hilang kawalan. Aku tahu selama dia bertunang dengan aku dia tetap cari kau tunggu kau. Tapi aku memilih bertahan sebab aku yakin yang suatu hari nanti dia akan jatuh cinta pada aku.

Tapi tak, makin hari makin menebal rasa cinta dia pada kau. Sedikit pun perasaan dia pada kau langsung tak berubah. Dia putuskan hubungan kami berdua. Sedangkan aku masih cintakan dia. Sekarang keluarga aku cuba jodohkan aku dengan lelaki lain. Aku belajar menerima lelaki itu tapi aku tak mampu." Maryam mengerutkan segala-galanya.

Aku simpati dengan Maryam. Dia terlalu setia dengan lelaki bernama Farhan sehingga dirinya rela tersakiti manakala Farhan terlalu memuja perempuan yang dia takkan mampu miliki iaitu aku sehingga memudharatkan diri sendiri.

Aku mengeluh.

"Kisah lama Maryam. Aku tak ambil hati pun. Yang berlalu biarlah berlalu. Aku dah maafkan semuanya baik kau ataupun Farhan. Takdir kau dah tertulis yang memang kau bukan jodoh Farhan. Sekuat manapun cinta kita pada seseorang andai takdir tak berpihak pada kita. Tak guna juga. Begitu juga takdir aku sejauh manapun aku merancang untuk berpisah dengan Harraz tapi akhirnya aku dengan dia tetap bersama."

"Tapi akhirnya kau bahagia dengan Harraz."

"Percayalah cakap aku, suatu hari nanti pasti kau akan bahagia bersama lelaki yang selayaknya. Kau akan dapat lelaki yang betul-betul menghargai kau. Sehingga satu tahap lelaki tu tak mampu nak kehilangan kau. Kau cuma kena bersabar."

"Maafkan, aku Eryna. Aku dah banyak buat salah pada kau. Aku jatuhkan kawan aku sendiri dan banyak burukkan kau. " Maryam nampak kesal.

"Aku dah cakap tadikan, aku dah maafkan kau. Kau tetap kawan aku, Maryam."

"Terima kasih, Eryna." Maryam terus memeluk tubuhku. Pada mulanya, aku agak kekok. Akhirnya, aku biarkan saja pelukan erat Maryam.

"Kalau kau tak kisah boleh ke kita berkawan macam dulu balik?" Soal Maryam.

"Boleh, tak ada masalah. Daripada dulu sampai sekarang aku tetap anggap kau kawan baik aku."

"Terima kasih, sudi maafkan aku." Sekali lagi Maryam mengucapkan maaf. Aku gembira sangat setelah bertahun lamanya, aku dan Maryam akhirnya bertemu kembali dengan cara begini dan berbaik semula.

Andaikan Cinta Itu AdaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang