Peluh jatuh membasahi wajahku. Aku berasa keletihan kerana terpaksa berjalan kaki untuk pulang dari sekolah. Selalunya aku menumpang Maryam akan tetapi Maryam harus pulang lebih awal kerana ada hal kecemasan. Aku faham dengan keadaan Maryam sekarang. Ibu Maryam kini menghidap penyakit kanser payudara yang membuatkan Maryam mengalas tanggungjawab lebih besar oleh kerana dia adalah anak sulung daripada lima beradik.
Kepalaku terasa sedikit pening oleh kerana hangatnya mentari pada waktu tengahari ini. Aku mengagahkan juga diri untuk berjalan pulang.
Tiba-tiba lenganku seakan ditarik dan dipeluk kemas dari belakang. Aku tak mampu melawan oleh kerana kudratku sebagai seorang wanita membatasinya. Aku cuba untuk menjerit tapi telapak tangannya sudah menekup kemas hidung dan bibirku agar tak bersuara. Aku terdengar ketawa besar dari lelaki itu. Tubuhku di seret jauh ke dalam semak. Aku cuba meronta namun telah ditampar dengan sebelah tangannya membuatkan pipi kebas. Automatik tubuh badan menjadi lemah kerana lemas dalam pelukan kemasnya.
Aku tak dapat menilik wajah lelaki durjana itu. Pandanganku semakin kabur. Kemudian dia membaringkanku terlihat senyuman sinisnya. Air mataku jatuh menitis kerana gagal mempertahankan maruah diri ini. Tangannya mula merayap di seluruh badanku. Perlahan-lahan dia menyingkap kainku dan akhirnya pandanganku jadi gelap.
*****
Usai aku buka mata aku lihat diriku sudah terdampar di atas katil di dalam bilik tidur. Aku lihat muka ayah yang sedang muram. Dia berpaling memandangku yang baru tersedar. Tangannya mula mengenggam tanganku.
"Adik kena kuat dengan apa yang jadi. Ayah minta maaf sebab gagal lindungi adik." Menitis air mata lelaki itu. Air mata kekesalan kerana sebagai bapa dia tak mampu melindungi anaknya.
"Ayah, adik kenapa? Adik kena rogol kan? Adik dah tak suci kan ayah! Ya Allah maruah aku!" Soalku bertubi-tubi kepada ayah. Esakkan ayah semakin kuat saat aku bertanya soalan itu.
"Adik jangan macam ni dik." Ayah memujukku. Dia memegang kedua belah bahuku.
"Ayah... adik betul kena rogol kan?" Air mataku mulai bergenang. Memikirkan nasibku pada masa hadapan. Memikirkan mulut orang kampung kepada keluarga kami. Apakah yang akan terjadi pada peperiksaan yang bakal aku hadapi pada tahun ini. Dugaan apakah ini Ya Allah? Ibuku dan kakakku baru saja meninggal dunia awal tahun lepas kerana kemalangan jalan raya. Ketika ibu membawa kereta lalu kenderaan mereka bertembung dengan bas di jalan selekoh.
Pada awal tahun ini pula aku telah diuji dengan dugaan maruahku telah diragut oleh lelaki bangsat! Aku benci tatkala tangannya merayap memegang kulitku. Dia mengelus-elus pipi dan akhirnya dia menyingkap kainku. Ah! Aku benci dengan apa yang ku ingat!
"Ayah! Adik rasa yang rogol adik tu budak sekolah! Adik nampak dia pakai baju sekolah! Adik ingat! Ayah tangkap dia ayah!" Aku mula meronta untuk bangun dari katil.
Ayah telah menahanku dia menatap lembut kedua belah mataku.
"Ayah, tolonglah adik ayah." rayuku.
Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang cukup ku kenali. Aku amati susuk tubuhnya memang sah itu adalah dia, lelaki itu bernama Adam Harraz. Lelaki yang dalam diam ku simpan perasaan padanya sebelum ini. Dia adalah antara pelajar paling hebat di sekolah. Dia juga menjadi pujaan gadis di sekolah.
Harraz mempunyai paras rupa yang sempurna daripada mata hinggalah ke bibir semuanya tercipta sempurna. Berkulit putih, hidung mancung, bibir pula merah tanda tak merokok dan mempunyai alis mata yang tebal.
"Kenapa dia ada dekat sini?" soalku pada ayah.
"Eryna, saya akan bertanggunjawab dengan apa yang dah terjadi. Saya akan nikahi awak." Usai dia berkata dia terus keluar semula dari bilikku. Jelas riak wajahnya begitu tegang.
"Apa maksud semua ni ayah? Dia ke yang rogol adik?" soalku yang masih tak faham. Aku bingung.
"Adik kena banyakkan berehat. Malam ini adik akan dinikahkan dengan Harraz." Ayah masih berpura-pura tenang.
"Ayah! Apa semua ni? Kenapa nak adik kahwin? Adik tak nak kahwin! Adik tak nak! Adik tak nak!" Aku meronta-ronta. Emosiku betul-betul terganggu. Semudah itu perogol itu menyerah diri? Semudah itu Harraz yang juga dikenali sebagai pelajar sombong boleh mengakui kesilapannya? Selama ini apabila aku dan dia bergaduh dia sendiri menyatakan bahawa dia tak pernah melakukan kesilapan.
Adakah meragut kesucian aku adalah kesilapannya? Akhirnya dia menyerah diri dan dia mengaku? Apakah semua ini? Sukar untuk diterima akal dengan apa yang dah terjadi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...