BAB 62

632 12 4
                                        

"Apa yang sayang sembang dengan abah tengahari tadi?" soal Harraz selepas selesai solat Isyak bersama. Inara pun sudah keluar daripada bilik.

"Tak ada sembang apa pun biasalah sembang anak dengan ayah kan." Aku bersahaja menjawab sambil telekung dan menyidai.

"Sembang apa? Sampai pegang-pegang tangan macam tu sekali."

Aku mengangkat wajahku lalu menatap Harraz.

"Takkanlah dengan abah pun abang nak cemburu? Saya dengan abah cuma bersembang biasa aje."

"Masalahnya abah dengan umi pun tak pernah macam tu." Bunyi macam cemburu. Kronik betul tahap cemburu laki aku ni dengan bapak sendiri pun nak cemburu ke.

"Abah cuma meluahkan apa yang terbuku dalam hati dia itu aje. Saya cuma bagi abah semangat aje."

"Semangat apanya? Dia tu tak perlukan semangat daripada sesiapa pun. Dia pun dah banyak jatuhkan semangat orang pun sebelum ni. Apa yang dia cakap?"

"Ya Allah, abah cuma cerita yang dia serba salah dengan perbuatan dia sebelum ni. Dia nak minta maaf pada abang dengan umi. Dia kesal dengan perbuatan dia dulu."

"Kesal? Apa yang dia nak kesalkan? Baru sekarang nak sedar salah. Sekarang bila semua tak layan dia mulalah dia nak minta simpati dari sayang. Minta maaf konon. Sejak bila dia jadi pemaaf ni?" Harraz bercekak pinggang.

"Abang maafkan ajelah abah. Kesian saya tengok abah macam tu."

"Cakap senanglah bukan aku yang kena pukul. Bukannya kau duduk tempat aku. Kau lainlah daripada kecil ada bapak yang baik. Aku daripada kecil aku kena hadap dia. Dia bencikan aku sebab dia tak nak pun aku dalam hidup dia. Bila dia marah dia pukul aku sampai nak mati. Mentang-mentang aku ni tak bermakna dalam hidup dia sebab tu dia tak peduli selagi hati dia belum puas dia pukul aku." Aku nampak Harraz betul-betul marah.

"Kenapa tak balas aje kalau abah pukul."

"Sebab aku masih hormatkan dia sebagai bapak kandung aku tapi dia. Ada dia pernah anggap aku anak dia? Berapa kali aku keluar masuk hospital sebab pernah kena pukul dengan dia. Ada dia pernah tanya aku okey ke tak? Sekarang baru terhegeh-hegeh nak minta maaf. Aku rasa kalau kau tak brainwash dia haritu. Entah bila nak sedar tak tahulah!"

Aku mengucap panjang mendengar kata-kata Harraz. Panggilan Harraz padaku juga telah berubah kerana dia tengah marah.

"Setidaknya abah masih ada kesedaran. Takkan secebis kemaafan pun tiada untuk dia?"

"Eryna tolong! Tolong jangan mudah sangat kesian dekat orang!"

Aku tak mampu berkata apa-apa. Aku terus mengambil comforter yang berada dalam beg diatas almari Harraz lalu membuka dan membentang di bawah katil.

"Mulalah tu nak merajuk! Tidur bawah." Harraz menegurku.

Aku hanya mendiamkan diri. Selesai membentang comforter aku mencapai bantal. Tangan Harraz cepat memegang tanganku dan menghalang daripada tanganku bergerak.

"Lepaslah." Pintaku perlahan. Malas pulak nak gaduh-gaduh malam ni. Sejujurnya aku agak terasa hati dengan kata-kata Harraz tadi. Bukan niatku untuk memaksa dia memaafkan abah. Andai kata membenci abah sekalipun usahlah ajak aku sekali.

"Nak buat apa tidur bawah? Katil ni tak cukup besar ke?" soal Harraz.

"Saya penatlah nak bergaduh dengan abang. Masing-masing dah besar kan? Lelaki biasalah masa berbaik dengan kita panggil sayang cuba kalau marah terus tukar jadi 'kau aku'." Aku merentap tanganku sendiri. Bantal itu campak ke bawah lalu baring dan berselubung seluruh tubuh dengan selimut.

Harraz pun malas nak melayan perangai aku, dia terus menutup lampu. Akhirnya aku tertidur sendiri akibat melayan perasaan sendiri.

Lenaku terjaga tepat pukul 5.45 pagi. Aku dapat mendengar dengkuran halus berhampiran telingaku. Siapa lagi kalau bukan Harraz. Sibuk tidur dekat bawah sekali buat apa. Nak pujuklah tu.

Kalau ya pun nak pujuk angkatlah aku letak atas katil macam dalam drama. Ini tak dengan dia sekali join aku tidur kat bawah. Tak pandai nak romantik langsunglah dia ni.

Aku bergerak perlahan menjauhinya. Tangan Harraz macam biasalah mesti melekat dekat pinggang aku. Sejak dah berbaik ni tidur nak peluk aku aje.

Berjaya! Aku dapat melepaskan diri daripadanya. Lena betul dia tidur nampak handsome pulak. Ah, lantaklah. Aku tengah merajuk ni tak ada masa nak layan perasaan cinta-cinta ni. Aku ingin bangun tiba-tiba tangan aku ditangkap.

"Nak pergi mana?" soal Harraz. Matanya masih terpejam. Dia ni ada deria keenam ke nampak pulak aku nak pergi dari sini.

"Nak mandi sekejap lagi subuhkan?" Aku memberi alasan.

"Kitakan subuh berjemaah."

"Jadi apa masalahnya. Tak boleh ke saya nak mandi dulu?"

"Sayang marah lagi ke?"

"Nak marah buat apa? Abang bukannya ada salah kan."

Harraz bangun dan duduk bersila. Tangan aku masih tak dilepaskan.

"Abang minta maaf sebab marahkan sayang semalam."

"Kalau abang benci abah sekalipun tolonglah biar abang aje yang benci dia. Jangan ajak saya sekali. Abang lupa ke kalau tak disebabkan abah mungkin kita dah bercerai-berai. Tak ada maknanya nak bersayang-sayang macam sekarang ni."

"Abang terlalu ikutkan hati sayang. Abang minta maaf."

"Buat apa minta maaf dengan saya. Yang salah saya sebab menyibuk hal family abang. Apa-apa pun pasal abah, terpulang pada abang dengan umi. Iyalah, bukan saya yang hadap benda dari kecik kan. Saya cuma minta semuanya berakhir dengan baik." ujar aku lalu ingin bangun lagi. Tapi Harraz makin kuatkan pegangan tanganku.

"Cara sayang cakap macam sayang makan hati dengan kata-kata abang semalam. Kalau sayang tak puas hati cakap aje dengan abang sekarang. Kita selesaikan sekarang. Abang tak nak kita gaduh lama-lama. Abang minta maaf dengan kata-kata abang. Abang tak ada niat lukakan hati sayang. Abang terlalu ikutkan hati sebab marahkan abah sampai sayang sekali kena tempias."

Aku mengeluh. Aku ingin menolak tangan Harraz.

"Kan abang dah cakap kita selesaikan sekarang. Cakap apa yang terbuku dalam hati sayang tu. Kalau sayang mengelak macam ni sampai bila kita nak berbaik."

"Tak ada benda pun cakap."

"Tengok, sayang sendiri yang buat perangai macam ni. Abang tahu sayang masih marahkan abang kan? Kalau sayang tak marah tak adanya sayang perangai macam ni."

"Abang tolong... saya nak mandi."

"Okey, kalau betul tak marah jom mandi sama-sama."

"Macam nak ambil kesempatan aje." Aku mengumam perlahan.

"Kesempatan apanya? Kalau betullah sayang tak marah jom mandi sama-sama. Jangan buat muka masam macam tu."

"Tak nak." Ringkas saja aku menjawab.

"Nampak sangat yang sayang masih marahkan abang kan?"

"Takkan sebab tak nak pun abang nak cakap yang saya masih marah?"

"Selalunya abang ajak nak aje."

Terjegil mataku mendengar. Tak ada maknanya, bila masanya aku nak mandi sama-sama dengan dia. Tak pernah langsung.

"Abang jangan nak buat cerita eh. Bila masanya saya nak?"

"Okey, kalau tak nak meh sini." Harraz memelukku dengan tiba-tiba. Aku terkejut lalu menolaknya.

"Nampak sangat sayang tengah marah kan?" ujar Harraz yang agak kesal.

"Memang saya tengah marah. Tolong bagi masa saya masa boleh tak." Aku terus bangun mencapai tuala dan mandi.

Selesai solat subuh berjemaah. Aku terus bersiap-siap dalam pukul 7 pagi aku ajak Inara ke rumah ayah sebentar tapi dengan keizinan Harraz. Nampak berat Harraz untuk melepaskanku tadi tapi melihat Inara yang tak sabar untuk pergi ke rumah atoknya. Harraz terpaksa membenarkan juga. Mulanya dia ingin menghantarku tapi disebabkan aku dah boleh memandu sendiri aku menolak saja pelawaan Harraz.

Andaikan Cinta Itu AdaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang