Aku masih tak faham kenapa lelaki ini masih bersungguh-sungguh untuk mengenaliku. Aku rasa dah berbulan-bulan aku cuba mengelakkan diri daripadanya tapi dia tak pernah lelah untuk mendekatiku sehingga menimbulkan gosip yang kurang enak didengari.
Manakan tidak! Tak pasal-pasal kena tuduh ada hubungan dengan Faiz. Persis seperti khabar angin saat aku masih bersekolah dulu. Khabar angin yang aku dan Farhan bercinta. Disebabkan khabar angin itu yang menyebabkan Harraz bertindak mengambil kesempatan ke atas aku dahulu.
"Faiz, awak tak penat ke nak kawan dengan saya? Dah macam-macam cara saya buat supaya awak jauhkan diri dari saya. Saya tunjuk gambar anak saya, saya dah tunjuk kad pengesahan nikah saya dan saya pernah cakap saya tak berminat nak berkawan dengan awak. Kenapa awak nak susahkan diri untuk mendekati saya sedangkan awak dah tahu jawapannya?" Aku pandang wajah Faiz.
"Saya ikhlas nak berkawan dengan awak. Saya tahu perkara ini salah sebab nak berkawan dengan awak tanpa izin suami awak. Saya tak ada niat nak bercinta dengan awak. Kalau tak keberatan boleh awak perkenalkan saya dengan suami awak?" Faiz memberi senyumannya. Benarkah dia ikhlas.
"Suami saya? Em, nanti saya kenalkan dengan awak. Baiklah, saya terima awak jadi kawan saya. Kawan aje tak nak lebih-lebih tolong hormat saya dengan status saya sekarang." Fikiranku terimbas kembali saat aku pernah mempunyai perasaan pada Farhan saat aku menjadi isteri Harraz. Aku baru tersedar berdosanya aku saat itu.
Setelah Faiz mendengar dia terlihat tersenyum. Gembira agaknya kerana dapat berkawan dengan aku. Apa yang gembiranya? Aku bukannya bagus mana pun sampai nak rasa gembira. Tak faham aku dengan Faiz ini.
"Mungkin awak rasa perkenalan kita bermula masa saya tegur awak beberapa bulan yang lalu tapi sebenarnya tak... kita dah pernah kenal sebelum itu." Faiz bersuara kembali.
Aku terkedu lantas menatap wajahnya cuba mengingati kembali.
"Bila? Saya tak tahu pun." soalku.
"Awak ingat yang awak pernah tampar seseorang sebab awak ingat saya cuba nak memperkosa seseorang?"
Terasa jantungku berdetak laju mengepam darah ke seluruh tubuhku. Kejadian yang dikatakan oleh Faiz itu benar-benar berlaku depan mataku. Semuanya berlaku ketika aku singgah ke 7 Eleven untuk membeli top-up semata-mata untuk menelefon Mak Long bertanya khabar Inara dengan Ayah di sana.
Saat aku berjalan pulang aku ternampak seorang perempuan yang nampak macam lebih muda sikit dariku menjerit. Aku nampak susuk tubuh lelaki yang menghadapinya. Entah kenapa aku tanpa berfikir panjang datang dan terus menampar wajah lelaki itu sehingga kepalanya berpaling ke tepi. Sama seperti kejadian aku menampar Farhan dulu saat dia ingin membunuh diri dulu.
Perempuan itu tercengang melihat tindakanku yang begitu berani. Lelaki itu berpaling melihat wajahku. Dia mengenakan hoodie hitam dan seluar slack. Wajahnya tak kurang tampan. Terlintas di fikiranku wajah begini pun nak buat kerja terkutuk ke? Tapi bila teringatkan yang kerana nafsu mula menguasai diri apa pun boleh terjadi.
"Kau pandang apa? Berani kau nak rogol perempuan ya?" Aku memberi tendangan maut dengan menggunakan lutut pada bahagian kelemahan lelaki iaitu bahagian kemaluannya. Apa lagi menjerit lelaki itu mengaduh kesakitan. Lantas aku menyuruh gadis itu melarikan diri dari situ tapi dia seolah-olah enggan.
"Kak! Dia yang selamatkan saya dari jadi mangsa rogol bukan dia yang rogol saya. Dia baik kak!" Gadis itu bersuara.
Lelaki itu masih menahan rasa senaknya sehingga dia cuba berpaut pada dinding bangunan.
Aku jadi panik setelah mendengar penjelasan dari gadis itu. Terasa bersalah kerana membelasah orang yang salah.
"Saya minta maaf sebab salah...." Belum sempat aku menghabiskan ayat. Dia menunjukkan isyarat supaya aku mendiamkan diri.
"Jomlah buat report polis." Ujarnya memandang gadis itu. Gadis itu terdiam seketika.
"Saya tak nak buat report. Saya sebenarnya baru lari dari rumah sebab kena paksa kahwin dengan keluarga saya. Kalau keluarga saya tahu yang saya hampir dirogol mesti mereka akan pukul saya. Saya buat keputusan untuk melarikan diri inipun dah cukup menempah satu tiket maut dengan mereka." Gadis itu berterus terang.
"Itulah balasan sebab lari rumah. Awak tahu tak bahaya sorang-sorang merayap tak ada hala tuju. Kalau awak kena rogol tadi macam mana?" Lelaki itu marah dengan tindakan gadis yang melarikan diri dari rumah itu. Ada benar juga kata-kata lelaki itu walaupun kasar juga didengari.
"Awak lari rumah ni nak pergi mana?" Soalku yang membisu menyaksikan perbualan mereka tadi.
"Saya nak lari pergi rumah kakak sulung saya yang tinggal di sini tapi barang-barang peribadi saya hilang lepas turun bas. Saya tak tahu macam mana saya boleh cuai." Gadis itu mengeluh kerana kecuaiannya.
"Kita pergi buat report juga." Balas lelaki itu.
"Tapi saya takut kena marah dengan...."
"Kita buat report atas kehilangan barang peribadi awak." Lelaki itu memotong dari gadis itu menghabiskan kata-katanya.
"Nanti dulu! Awak ingat tak nombor telefon kakak awak? Kalau ingat kita hubunginya nanti." Aku pula menyambung.
"Ingat." Gadis itu menundukkan wajahnya. Mungkin malu dengan apa yang jadi.
"Kalau macam tu akak teman awak buat report. Malam ni tidur rumah akak, esok kita call kakak awak supaya datang ambil awak. Jom." Aku menghulurkan tangan. Tanpa berfikir panjang gadis itu menyambut tanganku.
"Kalau awak tak keberatan, awak ada tak kenderaan boleh ke tumpangkan kami berdua pergi ke balai polis sebab saya tak ada kenderaan buat masa ini." Aku bertanya pada lelaki itu. Aku pun sebenarnya malu bila dah tersalah belasah pelaku. Tak pasal-pasal berlaku salah faham.
"Jomlah." Lelaki itu juga bergegas melangkah. Kami hanya mengekorinya dari belakang.
Setelah kejadian aku dah tak dengar khabar daripada gadis itu mahupun lelaki itu. Yang ku tahu nama gadis itu sahaja. Namanya Ameerah. Nama lelaki itu tidak pula aku tahu. Aku pun sebenarnya susah nak ingat lebih-lebih lagi wajah yang baru pertama kali jumpa. Kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk ingat semula.
"Jadi awak dah ingatkan saya?" Pertanyaan itu membuatkan lamunanku mati.
"Ingat, tapi karakter awak masa tu lain dengan karakter yang sekarang. Dulu awak jenis cool. Saya pun takut masa tu dahlah pergi serang awak macam tu aje." Balasku dengan sengihan.
"Saya okey aje, lelakikan kuat takkanlah kena penampar manja macam tu dah lembik. Lagipun awak cuba untuk pertahankan mangsa. Bagi saya tak salah awak bertindak macam tu." Tenang Faiz membalas.
Iya, semuanya untuk mempertahankan diri tetapi sebelum aku ingin datang menghampiri dan menampar Faiz. Kejadian yang pernah berlaku pada aku yang Reza dan Harraz pernah lakukan kembali menjadi tayangan semula dalam ingatanku. Kesannya aku memang sangat marah dan akhirnya tamparan itu benar-benar untuk melepaskan geram, dendam dan amarah yang terbuku dihati. Kebas juga tangan aku lepas beri tamparan pada Faiz. Nasib baik Faiz tak sempat makan sebiji penumbuk dari aku. Kalau tak jumpa pun mesti tak bertegur punya.
"Kuat juga ingatan awak. Saya susah nak cam muka awak. Iyalah muka pun tak berapa nak ingat. Nama? Saya pun tak tahu. Kalau nak tahu muka Ameerah tu pun samar-samar dalam otak saya." Jujur aku katakan. Mungkin lepas dah bersalin habis semua urat putus itu yang susah betul nak ingatnya!
"Kalau ingat balik memang ganas gilalah awak serang saya macam tu. Dalam fikiran saya berani betul budak ni nak melawan lelaki. Selalunya perempuan mesti menjerit minta tolong tapi awak tak. Awak datang awak lepuk saya dulu." Faiz ketawa kecil usai bercerita.
"Tak sangka kecil aje dunia ni tahu-tahu saya dapat kenal balik dengan orang yang saya belasah hari tu. Salah faham punya pasal." Aku pun turut sama ketawa.
"Ya Allah, eh nanti kita sembang lagilah. Saya ada kelas ni." Tawa Faiz terhenti seketika saat matanya terkalih pada jam tangannya.
Aku hanya mengangguk padanya dengan senyuman.
Selepas Faiz berkata begitu dia meminta diri untuk pergi. Aku hanya memandang kelibatnya pergi. Seronok dapat mengenali Faiz.
YOU ARE READING
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...