BAB 14

930 19 2
                                        

Berjalan seiring dengan Faiz membuatkan aku malu. Mana taknya mata mereka tak lepas memandang kami berdua. Kalau Faiz tak paksa semalam jangan harap aku akan ubah penampilan. Tapi sebenarnya dalam hatiku berbunga-bunga juga rasanya. Rasa seperti diambil berat dan dihargai. Faiz berjalan dengan muka selambanya seperti tak ada perasaan.

Anessa yang lalu bersebelahan aku tersenyum dan menegur.

"Kau nampak cantik sangat macam ni. Aku tak sangka yang kau cantik macam ni." Anessa menilik penampilanku yang berubah.

"Terima kasih Anessa." Aku bahagia kerana jarang ada orang memujiku.

"Patutlah Faiz sukakan Eryna rupanya dalam diam dia dah tilik kecantikkan Eryna. Bila Eryna dah lagi cantik macam ni tak hairanlah kalau ada berderet lelaki nak berkenalan dengan Eryna." Anessa seolah-olah mahu menguji Faiz.

Faiz berdehem lalu dia memalingkan wajah ke arah lain. Aku perasan yang pipi Faiz berona merah.

"Tak ada maknanya Anessa." Tawaku.

"Mana kau beli baju cantik-cantik macam ni? Pleated skirt yang kau pakai ni cantik sangat. Baju kau pun cantik. Kira semua cantiklah dengan kau sekali cantik. Jealous aku jadinya!" Anessa memegang kedua belah bahuku.

"Em, nanti aku bagitahu sekejap lagi tau. Kau tak tau ke yang kelas kita dah nak mula? Dah, jom!" Aku mula mengajak Anessa pergi tapi sebelum pergi aku memandang Faiz.

"Faiz, saya pergi dulu ya. Jumpa lagi nanti bye!" Aku terus menarik lengan Anessa lalu melayan segala pertanyaan Anessa yang memperlakukan tak ubah seperti Puan Google. Semua benda dia nak tanya.

Selesai kelas aku membiarkan semua keluar barulah aku berjalan keluar dari dewan kuliah. Anessa? Awal-awal sudah menghilang entah ke mana. Saatku leka mengatur aku sedar ada tangan yang menghalangku. Dia pandangku kali ini dia bersendirian sahaja tanpa 'kaki kipas' yang sentiasa berada dengannya.

"Baru semalam kena hina hari ini kau dah berubah? Dahsyat betul penangan kau ya Eryna?" Selena memeluk tubuhnya. Dia menjelingku dari atas sampai bawah.

"Kau nak apa lagi Selena?" Aku beranikan diri bersoal dengannya.

"Tak ada apa pun sebenarnya. Aku nak tanya ni. Kau banggalah semalam kau dipijak, ditindas dan hari ni kau disanjung sebab kau cantik. Kesian kau ni, nak cantik tapi atas ehsan Faiz. Faiz tu sebenarnya kesian aje dekat kau sebab tu dia tolong kau." Sekali lagi Selena cuba menyakiti hatiku.

"Saya tak bangga pun tapi saya bersyukur walaupun atas ehsan Faiz. Saya percaya yang dia ikhlas terima saya sebagai kawan. Dia tak pernah merendah-rendahkan saya malah dia yang selalu ada dengan saya."

"Eh, kau tak payah nak perasan! Kau nak cakap yang Faiz cintakan kau macam tu?" Lantang suara Selena bergema matanya bulat memandangku.

"Kalau betul apa yang kau nak buat dengan dia?" Suara garau yang datang dari belakangku membuatkan Selena terdiam.

Aku menoleh ternyata Faiz dengan wajahnya begitu tegang.

"So betullah yang kau cintakan perempuan buruk ni? Tak ada taste langsung" Selena mengerakkan jarinya menunjukkan padaku.

"Muka buruk boleh cantik tapi kalau hati busuk boleh ke jadi wangi wahai si pendengki?" Faiz mengejek dan menjongketkan sebelah keningnya.

"Aku rasa dulu aku pernah cakap dengan kau Selena. Kau memang cantik Selena tapi sayang dengan kecantikkan kau satu pun tak mampu menarik hati aku sebab apa? Sebab bad attitude kau! Sedarlah Selena sampai bila kau nak jadi macam ni?" Selepas Faiz berkata aku nampak air mata Selena jatuh dari tubir matanya.

"Kau menang kali ni Eryna." Balas Selena.

"Tak ada siapa menang atau kalah. Sekali lagi aku tau kau kacau dan sakiti Eryna. Aku akan pastikan yang kau takkan berada di sini lagi. Pegang kata-kata aku Selena." Usai berkata Faiz menarik lengan. Kakiku hanya mengatur mengikut arah jalan yang Faiz bawa.

Pandanganku masih pada Selena yang masih menangis. Cinta benarkah Selena pada Faiz sehingga tak mampu melihat Faiz bersama orang lain. Faiz? Kenapa sehingga begitu dia menolak Selena. Selena itu lima lipat kali ganda lagi bagus dariku dengan wajahnya ayu kacukkan turki. Tapi setelah mendengar asbab Faiz menolak cinta Selena tidak hairanlah mengapa Faiz begitu marah dengan Selena.

Aku menghentikan langkah lalu menarik tanganku yang dipegang oleh Faiz.

"Apa maksud awak akan pastikan Selena takkan ada disini jika dia ganggu saya lagi?" Soalku sambil memegang lenganku.

"Sebab saya dan Selena dah lama kenal. Saya tahu macam mana nak uruskan dia kalau dia buat hal."

"Awak nak bunuh dia ke?" Entah kenapa boleh terlintas pula dalam fikiranku tentang perkara itu.

"Saya tak sekejam itu Eryna Sofia."

"Lagi satu, kenapa awak mengaku yang awak cintakan saya? Awak janji yang awak takkan jatuh cinta dengan saya sebab awak hormatkan saya sebagai status isteri orang? Awak mungkir janji dengan saya ke?"

"Awak tahukan Eryna pantang seorang lelaki dan perempuan apabila mereka menjadi kawan. Salah seorang antara mereka akan jatuh cinta dan perkara itu berlaku pada saya." Faiz menundukkan wajahnya memandangkan. Dia terlihat kesal.

Aku terdiam mendengar kenyataan itu.

Faiz mengangkat semula wajah lalu dia tersenyum. Aku menjadi hairan.

"Takkanlah awak nak percaya dengan kata-kata saya? Saya orang berpegang pada janji. Saya takkan jatuh cinta pada awak. Saya mengaku macam tu sebab saya dah penat tengok Selena yang suka serang awak semata-mata mahu tahu jawapan samada saya dan awak bercinta atau tak. Saya tak ada pilihan. Saya terpaksa sebab dengan cara ini saya yakin mereka takkan ganggu awak lepas ni. Saya juga lagi yakin mereka takut untuk cari pasal dengan awak sebab bila mereka cari pasal dengan awak bermakna mereka cari pasal dengan saya sekali."

Aku kagum dengan cara Faiz berusaha melindungi. Bertuah siapa yang mampu memiliki hatinya.

"Terima kasih Faiz sebab sudi kawan dengan saya. Saya dari dulu tak pernah jumpa kawan lelaki sebaik awak. Saya hargai awak. Bertuah siapa jadi wife awak. Mesti dia rasa seronok sebab dia tahu yang suami dia seorang yang ambil berat, protective dan sangat pandai ambil hati orang." Pujiku yang paling ikhlas dari dalam lubuk hati ini.

Faiz senyum mendengar pujianku.

"Tapi betul ke tak ada kawan lelaki yang pernah ikhlas dengan awak? Cuba awak ingat balik." Pertanyaan Faiz membuatkan aku kembali kepada masa lampau.

Iya, selain Faiz ada seseorang di masa lalu yang begitu ambil berat denganku. Dia sangat baik dan dia pernah menyatakan cinta padaku. Aku tak pasti apakah perasaanku padanya setelah mendengar khabar angin yang dia telah bertunang dengan bekas kawan baikku.

Farhan.

Lelaki itu, dia persis Faiz kini. Tindak tanduk Faiz bagaikan jelmaan Farhan ataukah aku sahaja yang berperasaan seperti itu. Aku harus sedar, Farhan seharusnya mati dalam fikiranku sejak dari dulu lagi.

"Ada kut tapi dia dah berubah. Berubah tanpa sebab, sehingga kini saya tak faham kenapa. Saya tak kesah mungkin itu jalan terbaik untuk kami lagipun dia pernah menaruh perasaan pada saya. Lagipun dia dah bertunang entah-entah dah kahwin kut." Sangkalku. Aku sudah tak ambil peduli tentang mereka. Nombor telefon pun sudah ku tukar agar mereka tak dapat menjejakiku.

Faiz merenung kepadaku.

"Kenapa nak tahu?" Aku tanya kembali.

"Tak ada saja tanya jom makan nak?" Dia mula mengajakku makan.

"Baiknya Tuan Faiz nak ajak saya makan. Rasa macam jadi tuan puteri pulak." Aku mengejeknya bila teringat yang Kak Dilla semalam yang memanggilnya Tuan Faiz. Rupa-rupanya Faiz bukan orang yang biasa. Ibunya pemilik butik semalam yang Faiz bawaku itu. Butik semalam adalah cawangan milik mereka yang ke 15. Secara keseluruhannya ibunya memiliki sebanyak 30 cawangan di serata negeri. Itulah sedikit sebanyak tentang latar belakang Faiz yang diceritakan Kak Dilla. Maklumlah Faiz terlampau berahsia soal kehidupannya. Jadi terpaksa mengorek sendiri rahsia dari orang lain.

Bukan main marah bila aku memanggil Faiz dengan nama tambahan 'Tuan Faiz'. Dia kata dia geli dengan panggilan tersebut dan berasa tak layak dipanggil begitu.

Andaikan Cinta Itu AdaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang