"Saya faham. Awak sayangkan saya sebagai ibu kepada anak awak tapi awak cintakan Eliana sebagai bakal isteri awak. Betul tak?"
"Eliana saja yang keluar dari mulut kau ni. Sekarang ni yang bercinta dengan Eliana siapa? Aku ke kau? Aku tahulah perasaan aku. Tak payah pandai-pandai nak teka. Aku tahu siapa yang layak bertakhta di hati aku."
"Saya tahu! Eliana kan?"
"Nampak tu nama Eliana lagi disebut!" Harraz mencubit pipi.
"Adoi sakitlah!" Aku menggosok pipiku.
"Iyalah macam pelik! Tiba-tiba aje nama saya naik. Awakkan tak suka saya sebab saya tak cantik, tak pandai, seorang yang agak sosial, bukan lemah lembut macam Eliana apa lagi eh?"
"Tak payah gigih sangat cari keburukan sendiri. Semuanya keburukan yang kau semua sebut tu akan hilang pada mata aku bila timbulnya rasa sayang." Kata-kata Harraz membuat aku terkedu.
Ni pengakuan sayang ke apa?
"Okey! Kalau awak sayangkan saya buktikan? Cakap dekat saya yang awak sayangkan saya!" Aku tengok sejauh mana kebenaran kata-katanya.
"Aku sayangkan kau Eryna Sofia."
"Tak sweet langsung. Macam manalah awak bercinta dengan Eliana? Ber'aku kau' macam tu?"
"Aku dengan dia tak pernah guna 'kau aku'. Aku panggil dia dengan guna nama."
"Kalau macam tu guna nama saya. Cakap lembut-lembut. Ini tak macam luahkan perasaan dekat kucing aje. Tunjukkan yang awak ikhlas faham tak? Awak ni tak pernah bercinta ke?"
"Memang tak pernah, Eliana satu-satunya perempuan yang aku bercinta dengan dia."
Aku mencebikkan bibir. Susah betullah mamat ni cakap sayang! Tapi hati masih pada bakal isteri dia yang tak jadi tu. Tak apalah tengoklah permainan dia bagaimana.
"Kau dulu pernah bercinta dengan siapa aje?" soal Harraz.
"Macam tak kenal pulak siapa lagi kalau bukan Farhan. Lelaki yang selalu awak sebut tu. Walaupun kami bercinta hanya untuk beberapa hari tapi dia baik, sweet, ambil berat tentang saya. Cakap pun lemah lembut. Beruntung siapa dapat dia!"
Harraz menjelingku. Aku nampak mimik wajahnya seolah-olah mengejekku.
"Aik, jealous ke? Saya baru puji sikit si Farhan tu."
"Buat apa nak jealous? Perempuan kan memang suka lelaki yang macam tu. Lagipun walaupun aku dengan Eliana tu bercinta tapi aku layan dia macam kawan biasa."
"Seriuslah? Awak jenis apa ni? Macam tunggul kayu tak pandai ungkapkan cinta. Kalau saya jadi Eliana baik saya bercinta dengan pokok. Nasiblah siapa dapat jadi isteri awak." Aku menggelengkan kepala. Memang sejenis tak ada perasaan rupanya Harraz ni.
"Masalahnya kau tu yang jadi isteri aku sekarang ni sedangkan dia tak jadi pun." Harraz menyedarkan aku tentang hakikatnya.
Nasiblah sangat! Nasiblah musuh sendiri jadi suami. Tu yang kat luar tu anak siapa? Anak aku dengan si mamat tunggul kayu ni lah!
Aku mengambil bantal lalu menghempuk bahu Harraz.
"Saya mengantuk saya nak tidur!" Aku kembali baring dan membetulkan posisi untuk membelakanginya.
"Dah tak menangis ke?"
"Awak suka ke tengok saya menangis?"
"Suka... sebab kau peluk aku masa menangis tadi macam budak-budak kecil yang mengadu pada ayahnya. Comel."
Aku terasa ingin menjerit dalam sekuat hati! Tanganku mula meraba mencari bantal untuk menekup muka kerana malu yang teramat sangat. Tanganku dapat menangkap sesuatu.
Tapi bukannya bantal.
"Dalam malu-malu tu tangan aku yang kau nak pegang? Tahulah semalam nyenyak tidur atas lengan aku. Nak lagi ke?" Harraz bersuara.
Makin membahang wajahku. Berdas-das Harraz mengenakan aku. Aku melarikan tanganku semula lalu dekatkan pada wajahku.
"Siapa nak pegang tangan awak? Saya cari bantallah!"
"Kau cakap kau suka lengan aku kan? Nah aku bagi." Harraz meletakkan tangannya pada bahuku. Aku segera menolak.
Aku bangun semula lalu menjelingnya dengan jelingan tajam. Sakit hati!
"Tak reti tidur ke? Saya nak bantal saya." Aku memandang bantal yang baling padanya tadi.
"Tadi dah campak nak balik ke? Nak buat apa bantal tu? Nak tutup muka tu sebab malu ke?"
"Saya nak buat bantal peluk."
Aku nampak Harraz mengambil bantal yang berada dibelakangnya lalu dicampak ke bawah.
"Kenapa awak baling!" Aku meninggikan suara sedikit.
"Baik kau peluk aku kan? Lagi bagus, pahala pun dapat."
Makin meluap rasa marahku.
"Peluk ajelah diri sendiri tu. Malas nak layan awak." Aku terus baring semula dan membelakanginya lagi. Kesal dengan perangai Harraz.
Aku memejam mata serapat-rapatnya berharap agar dapat tidur dengan cepat. Tiba-tiba aku merasa ada tangan yang berlingkar diperutku lalu dia terus memelukku dengan kemas. Aku dapat dengar bunyi dengusan nafas yang betul-betul dekat dengan telinga.
"Kalau kau anggap yang akan berkahwin itu adalah aku dengan Eliana. Kau salah. Yang sebenarnya aku dengan kau yang baru berkahwin. Kita belum pernah memulakannya dengan baik. Ada baiknya mulakannya semula. Anggap aje yang kita baru berkenalan dan juga baru berkahwin. Mulai hari ini aku akan layan kau seperti layaknya seorang isteri. Eryna Sofia isteriku sayang." Mendengar kata-kataku bulu romanya jadi menegak! Tak mampu berkata-kata. Seram sejuk dibuatnya.
Tiba-tiba satu kucupan hinggap dipipiku. Mataku yang tadinya terpejam kini menjadi terbeliak. Aku dapat rasakan kesungguhan Harraz kali ini.
"Dah tidurlah, janganlah fikirkan sangat cakap orang tentang kita. Apa yang kita lalui sebelum ini menjadikan kita semakin dewasa."
Kata-kata Harraz itu terngiang-ngiang ditelingaku. Tak lama kemudian aku dengar dengkuran halus.
Walaupun sebelum ini layanan aku padanya pun sudah berubah menjadi mesra itu bukan bermakna yang aku tunjukkan diri aku yang aku sudah buka sepenuh hati padanya namun jauh di sudut hatiku. Aku sudah mulai sayangkannya cuma aku takut untuk menunjukkannya. Kata-kata Puan Safiah masih berulang-ulang seperti rakaman suara difikiranku. Benarkah Harraz akan tinggalkanku sekali lagi jika Eliana kembali semula?

YOU ARE READING
Andaikan Cinta Itu Ada
RomansSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...