BAB 53

871 18 2
                                        

"Mak Long apa khabar sihat ke? Tengah buat apa tu?" soalku baru saja menelefon Mak Long. Aku ingin menjelaskan keadaan yang aku dan Inara tak dapat pulang dalam masa terdekat ini.

"Sihat, Alhamdulillah dah lama mak long tunggu Eryna telefon. Ada apa-apa jadi ke? Semuanya berjalan dengan lancar ke?" Mak Long benar-benar ingin tahu.

Aku mengaru kepalaku sambil itu mataku melilau memandang pintu bilik. Risau kalau Harraz mendengar.

"Mereka tak jadi kahwin mak long. Si Eliana dah tau yang kami berdua dah ada anak sebab tu dia larikan diri masa majlis. Marah juga Harraz bila dia tahu perkara sebenar. Teruk jugalah kami bergaduh."

"Mak Long dah cakap jangan buat rancangan macam tu nanti jadi lagi huru-hara. Sekarang Eryna ada dekat mana? Dekat rumah ayah lagi ke?"

"Ada aje kat rumah ni."

"Harraz buat apa dekat kamu? Dia ada apa-apakan Eryna ke?" Mak Long risaukan keadaanku.

"Tak ada, dia tak buat apa-apa pun cuma masa mula-mula tu dia memang ada marah. Kami dah berbincang elok-elok. Kami dah berbaik. Mak Long jangan risau, tujuan Eryna call mak long pun sebab nak cakap yang Eryna tak dapat balik. Esok baru Faiz balik tapi dia sorang aje. Eryna ada hal sikit."

"Betul ni Eryna okey? Tak ada apa-apa kan?"

"Iya mak long, Eryna okey dahlah mak long jangan risau. Kami pun dah besar, Insya-Allah kami akan sehabis baik cuba untuk berbaik. Kalau dah jodoh kami takat itu aje, kami nak buat macam mana lagi. Sekurang-kurangnya kami masih boleh berkawan demi Inara."

"Okeylah, kalau macam tu. Masing-masing dah besarkan? Buat keputusan jangan ikutkan hati sangat. Lagi satu jaga batas dengan suami kamu tu. Jangan bagi dia ambil kesempatan dekat kamu. Esok-esok kalau kamu mengandung nanti dia tinggalkan kamu lagi pulak. Mak Long bukan apa, sampai sekarang mak long tak boleh terima perbuatan dia yang dah sedap tabur benih lepas tu tinggalkan kamu dan dia pulak nak hidup dengan perempuan lain yang dia cinta. Kamu pulak nanti yang merana." Aku akui yang sehingga kini mak long masih menyimpan amarah pada Harraz.

Aku ingat lagi tatkala aku dan Inara menumpang kereta Harraz kerana rosak. Saat Harraz memberi salam pada mak long. Mak Long hanya buat tak endah dengan kehadiran Harraz. Aku tahu ketika itu Harraz agak makan hati dengan sikap mak long.

"Mak Long doa yang baik-baik ya. Assalamualaikum, selamat malam mak long." Aku tak mampu nak menjawab apa-apa. Akhirnya aku memutuskan untuk tidak lanjut berbicara dengan mak long. Setelah talian dimatikan ketika itu pintu bilikku ditolak perlahan. Terkejut juga aku melihat Harraz mengintaiku di pintu.

Setelah itu dia masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu lalu mendekatiku dan duduk betul-betul bersebelahanku.

"Mana Inara?" soalku apabila sedar Inara tak ada dengannya.

"Dia tidur dengan ayah. Ayah yang suruh Inara dengan dia. Kau jangan ingat aku yang sengaja pulak suruh Inara tidur dengan ayah."

"Okeylah, saya nak tidur." Aku menarik selimut hingga menutupi paras pinggangku. Ku pusing belakang sambil menepuk bantal dan akhirnya aku rebahkan badan sambil membelakangi Harraz. Harraz kelihatan bingung dengan perubahanku.

Tiba-tiba aku terasa bahuku disentuh.

"Kenapa cakap macam tu depan ayah tadi? Kau cakap pasal bila kau dah tak ada nanti macam kau ada niat tinggalkan Inara. Kau tau tak berubah muka ayah tadi bila dengar kau cakap macam tu? Kenapa tiba-tiba kau jadi macam ni?" Walaupun suara Harraz bertutur agak perlahan tapi begitu menusuk hatiku.

Aku tak pernah ada niat tinggalkan anak aku mahupun sesiapa tapi entah kenapa kata-kata dari Puan Safiah sewaktu petang tadi betul-betul menghiris hatiku. Sebenarnya, sewaktu petang aku keluar dengan ayah sebentar memang berniat hendak membeli barang dapur tapi setelah terserempak dengan Puan Safiah dekat kawasan parkir kereta. Aku terus minta ayah hantar aku pulang.

"Bahagia nampak kau ya? Patutnya kau bercerai-berai. Ini tak anak aku yang merana hilangkan diri entah kemana! Kau dua beranak ni memang bawak bala! Kau ingat aku tak tau yang kau dah berbaik dengan Harraz. Kau kena ingat Harraz tu berbaik dengan kau sebab anak aje. Kau tunggulah esok-esok bila Eliana anak aku tu dah balik. Mesti Harraz balik pada Eliana. Dia tinggalkan kau terkontang-kanting macam mana dia tinggalkan kau masa kau mengandung dulu. Kau tu bukannya cantik mana pun. Aku pun tak faham kenapa orang kampung ramai puji kau. Eliana tu jauh lagi bagus dari kau. Eh, bang kau tak ajar anak kau ke?"

"Kau jangan biadap Piah, aku dah lama bersabar dengan perangai kau. Jangan sampai tangan ni naik kat muka kau. Aku tak kira adik-beradik dah. Kalau mulut kau tu dah macam longkang." Suara ayah berubah mempertahankanku.

"Eh, kau ingat aku takut ke bang. Dah memang anak kau gatal. Busuk hati dia tak boleh tengok orang bahagia. Sanggup kau gadai maruah kau. Kau konon perangkap Harraz atas tuduhan buat benda tak elok atas dia. Hakikatnya kau dah sedap buat dengan jantan lain. Kau tuduh Harraz. Entah-entah budak tu pun bukan anak Harraz. Anak haram mana entah yang kau kandungkan!"

Ringan tangan aku menampar pipi Puan Safiah. Dia memegang pipinya yang memerah. Aku sudah tak peduli dengan mata yang memerhati.

"Kau ingat aku ni jahil sangat ke sampai tak tahu halal haram! Dah lama aku sabar dengan kau! Kau hina keluarga aku! Kau ingat kau siapa? Besar sangat ke pangkat kau sampai kau rasa diri kau bagus sangat!" Aku yang sudah naik angin ingin menyerang Puan Safiah.

Puan Safiah pun sudah naik gila dia ingin menyerangku. Mujur ayah sempat menahan kami berdua daripada terjadinya pergaduhan. Ayah meleraikan lalu dia menarikku untuk masuk ke dalam kereta semula. Kedengaran hanya maki hamun yang keluar dari mulut Puan Safiah.

"Adik kenapa tampar Acik Safiah tadi? Kalau dia buat laporan polis sebab adik tampar dia macam mana?"

"Ayah pun tadi cakap nak tampar dia."

"Ayah cuma cakap aje, ayah tak ada niat pun nak tampar betul-betul. Nasib baik orang tak ramai tadi. Malu orang nampak dia. Orang ingat nanti adik tak reti hormat orang tua."

"Ayah! Dia hina adik tau tak? Ingat adik ni apa tunggul kayu? Senang-senang nak terima hinaan dia tentang anak adik. Dia memang dah melampau! Kalau dia ingat adik ni macam ibu dia salah! Ibu lainlah tak pandai nak melawan cakap dia sebab tu senang-senang dia hina ibu dulu. Ikutkan hati adik yang membara ni memang adik dah tampar-tampar dia! Tak kira mak saudara ke apa!"

"Bawak mengucap adik. Ayah tahu adik marah. Ayah pun marah sebab dia hina cucu ayah tapi ayah pun tahu kawal diri dari membalas perbuatan dia."

"Dahlah ayah, adik nak balik! Makin lama makin membara hati ni!" Dadaku masih berombak menahan amarah.

Andaikan Cinta Itu AdaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang