Wajah putih kemerah-merahan yang suci itu ku tatap lembut. Bayi perempuan itu kelihatan sangat manis dalam lenanya. Daripada rupanya dia mengikut raut wajahku tapi warna kulit lebih mengikut ayahnya. Aku lebih kepada berkulit kuning langsat.
"Comel betul anak Eryna. Pipi dia gebu sangat, rasa nak cubit." Mak Long yang duduk bersebelahanku berkata.
Aku hanya mampu tersenyum mendengar kata Mak Long.
"Tapi bila tengok betul-betul hidung dia mancung sikit yang lain mata, bibir, kening semua ikut Eryna." Mak Long menambah lagi.
Iya benar kulit dan hidungnya ikut Harraz.
"Mak Long nak cakap hidung Eryna ni tak mancung hodohlah?" soalku.
"Bukan macam tulah hidung Eryna bukan tak mancunglah. Hidung Eryna macam biasalah tak hodoh pun. Tuhan dah cipta wajah Eryna cukup sempurna. Mungkin sekarang Eryna rasa. Eryna tak cantik. Tunggu nanti Eryna dah pandai bergaya mesti ramai yang tergila-gilakan Eryna. Eryna ni kalau ikutkan mewarisi kecantikan arwah ibu Eryna." Tiba-tiba aku teringatkan arwah ibu. Sebak dadaku merasakan. Begini rasanya sakit saat berjuang antara hidup dan mati demi melahirkan zuriat. Inilah sakit yang arwah ibu rasakan saat dia lahirkanku dahulu. Ya Allah, adik rindukan ibu!
"Kenapa Eryna menangis ni? Mak Long minta maaf kalau Mak Long salah cakap. Mak Long tak sengaja." Mak Long gelabah saat melihat emosiku sudah berubah.
"Mak Long tak salah apa pun. Ayah bila nak sampai sini?" Soalku untuk menenangkan Mak Long.
"Ayah Eryna tengah on the way. Malam nanti sampailah."
Aku kembali merenung wajah anakku yang masih lenaku.
"Eryna dah ada nama ke untuk dia?" Mak Lang bersuara lagi.
"Eryna ingat nak bagi nama dia Inara."
"Nama penuh dia?"
"Inara Binti Adam Harraz." balasku.
"Bagilah panjang sikit nama tu. Pendek sangatlah." Mak Long mengerutkan keningnya.
"Mak Long ada cadangan nama ke?"
"Apa kata kalau kita tambah jadi Inara Sofia sempena nama Eryna. Nama Eryna kan Eryna Sofia. Comel betullah nama dua beranak ni." Mak Long tersenyum suka dengan nama tambahan yang dicadangkannya.
"Okey, cantik juga nama tu. Inara Sofia." Aku hanya bersetuju dengan cadangan Mak Long.
"Mak Long...," panggilku dengan nada perlahan.
"Iya?"
"Eryna dah buat keputusan." Aku meneguk air liur.
"Keputusan apa?" Mak Long mengerut dahinya.
"Eryna nak sambung belajar." Automatik air mataku jatuh membasahi pipiku sebelum aku menyatakan hasrat yang sebenarnya.
"Baguslah kalau nak sambung belajar sebelum ni pun tertangguh sebab mengandung Inara dulu. Sekarangkan semua dah selesai Mak Long rasa tak salah Eryna nak sambung belajar." Lembut Mak Long berkata.
Aku memegang tangan wanita yang sudah ku anggap ibu sendiri itu dan mengenggam erat.
"Bukan itu aje hasrat Eryna." Tuturku.
"Apa lagi hasrat Eryna?"
"Eryna terpaksa Mak Long. Eryna bukan pentingkan diri sendiri cuma... Eryna tak mampu nak jaga Inara buat masa ni. Eryna nak serahkan hak penjagaan anak Eryna pada Mak Long. Maafkan sebab akan menyusahkan Mak Long tapi Eryna janji. Eryna akan kerja part-time untuk belanja barang-barang Inara. Eryna takut tak ada masa nak jaga Inara. Eryna janji akan jenguk dia setiap minggu. Mak Long fahamkan macam mana keadaan Eryna sekarang?"
Mak Long membisu saat mendengar permintaanku.
"Eryna kalau ikutkan nak ayah yang jaga Inara tapi Eryna tak nak family suami Eryna tahu yang ayah dah ada cucu. Mak Long tahukan macam mana kisah Eryna sebelum ni? Eryna rasa belum masa yang sesuai untuk ceritakan semuanya. Lagipun, kalau suami Eryna tahu yang kami ada anak. Eryna yakin dia akan tuduh Eryna cuba untuk porak peranda hubungan dia dengan tunangnya sekarang. Dia pun dah sambung belajar." Aku memberi penjelasan yang kukuh supaya Mak Long dapat menerima permintaanku.
"Berat sebenarnya permintaan Eryna ni. Tapi tak apalah demi Eryna. Mak Long akan cuba jaga Inara, lagipun Mak Long tak pernah ada anak. Meh sini peluk Mak Long, jangan menangis lagi. Kitakan keluarga susah senang kita tetap bersama." Mak Long mula mendakap tubuhku seeratnya.
"Terima kasih Mak Long sudi jaga Inara untuk Eryna." Balasku. Akanku ku hargai pengorbanan Mak Long yang banyak membantuku. Memberi semangat dan mencurahkan kasih sayang padaku. Terbayang wajah Inara Sofia pada mataku kemudian bersilih ganti dengan wajah Harraz. Lelaki itu, lelaki yang sudah menghancurkan hidup aku.
******
Beberapa bulan kemudian....
"Eryna dah siap ke semua barang-barang. Ayah dah masukkan semua barang ni jangan kata ada yang tertinggal. Ayah tak nak patah balik nanti." Ayah sudah selesai menyimpan barang dalam bonet kereta.
"Sudahlah semua dah siap." Aku melipat lengan baju kurungku kerana kepanasan. Setelah berpenat mengangkat segala macam beg untuk disusun.
"Belajar baik-baik nanti. Ingat tujuan asal Eryna. Jaga diri, jaga solat dan jaga maruah. Walau apapun Eryna kena ingat yang Eryna dah ada anak dan Eryna masih bersuami. Status Eryna masih lagi isteri orang." Ayah mula berpesan tentang status diriku yang sudah lama ku lupakan. Isteri? Macam yang Harraz pernah cakap layakkah orang seperti aku menjadi isterinya?
Aku hanya mengangguk faham.
"Semalam ayah tengok post Instagram Harraz. Ayah tengok yang dia dengan tunang dia ada makan malam bersama." Ujar Ayah.
"Ayah buat akaun Instagram semata-mata nak follow Harraz ke? Ayah dahlah Eryna tak kesah pun apa yang jadi antara mereka. Eryna sedar diri kat mana kedudukan Eryna. Ayah dengar ni, Eryna dah cuba untuk aturkan hidup Eryna sekarang. Eryna dah fikir masak-masak yang Eryna nak bercerai lepas Eryna dah habis belajar."
"Jika itu pilihan baik untuk Eryna. Ayah akan sentiasa sokong Eryna." Ayah hanya tersenyum namun aku nampak matanya sudah berair menunggu masa untuk jatuh saja.
Mak Long datang sambil mendukung tubuh montel Inara.
"Ibu ni belum pergi dah lupa Inara ke?" Mak Long mengomel mewakili suara hati Inara.
"Ibu tak lupa awaklah sayang. Ibu cuma teruja nak pergi mencapai cita-cita Ibu." jawabku lalu mencuit pipi tembam Inara. Inara ketawa mengekek seakan faham dengan apa yang ku katakan.
"Eii, makin besar makin gebu anak Eryna ni. Putih sungguh kulitnya memang tak bolehlah berenggang dengan Nek Long nanti." Mak Long mencium berkali-kali pipi Inara.
"Inara meh sini" Aku mendepa tangan supaya Inara mahu padaku pula.
Cepat saja Inara ingin beralih kepadaku. Makin lama aku makin obses dengan kecomelan anak sendiri. Seorang ibu pasti akan merasa anak sendiri paling comel bukan?
Pipi tembam Inara aku cium sepuas-puasnya. Sebelum berangkat pergi aku mahu dakap dia kerana selepas ini aku tak dapat memeluk dan menciumnya seperti selalu kerana kesibukkan aku belajar nanti.
Berat rasanya hati untuk meninggalkannya jauh berbatu-batu. Kasih sayangku padanya semakin menebal. Aku akui dulu aku agak membenci anak ini dan terfikir mahu mengugurkannya kerana dia hadir tanpa kerelaan aku. Tapi perlahan-lahan aku menerima kehadirannya. Kini aku lebih menyayanginya daripada diriku sendiri.
"Maafkan ibu sebabkan tinggalkan Inara. Ibu janji, ibu akan selalu ingat Inara." Air mataku turut membasahi pipi Inara saat aku mengucupkan ciuman terakhir buatmya sebelum aku berangkat pergi. Kini segala rasa cintaku tumpah buat insan bernama Inara Sofia sahaja. Dia adalah insan yang bermakna bagiku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...