BAB 11

514 10 2
                                    

"Hai awek!" Tiba-tiba seorang lelaki yang tak ku kenali datang duduk berhadapanku.

"Kau siapa?" Soal aku sambil memandang sekeliling kutlah kalau aku yang syok sendiri.

"Cari siapa?" Soal lelaki itu lagi.

"Kutlah kau salah orang kan? Tiba-tiba 'hai awek' dengan tak dak salam." Aku menggelengkan kepala.

"Okeylah, jujurlah saya datang sini sebab nak mengorat awak. Nama saya Faiz. Nama penuh Nik Muhammad Faiz." Tanpa segan silu itu memperkenalkan diri.

"Oh ye ke? Tak tanya pun." Aku membalas tak berminat. Aku meneruskan membelek pembacaanku.

"Sampai hati awak layan saya macam ni. Awak tahu tak perempuan lain beria-ia nak kenal dengan saya tapi awak sombong ya?" Faiz mengigit bibirnya menahan geram.

"Macam tu pergilah mengorat orang lain. Jangan nak jadi lelaki kasanova dekat sini. Saya ni ibu anak sorang dan saya dah kahwin." Aku terus jujur saja malas nak bersembang panjang dengan lelaki bernama Faiz ni.

"Tipu tak nampak macam dah ada anak pun. Awak tipu kan? Saya bukan kasanovalah!"

"Terpulang pada awaklah. Apa nama awak tadi Nik Muhammad Faiz kan?" Aku menyoal sekali lagi.

"Sekejap aje awak dah ingat nama saya bagus!" Faiz bertepuk tangan sambil tersenyum nakal.

Aku menganggukkan kepala.

"Bagus juga untuk saya ingat nama dan muka awak. Senang sikit saya nak jauhkan diri dari awak okeylah saya ada class. Adios!" Aku mengemas barang dan terus melangkah jauh dari lelaki aneh itu. Tak ada angin tak ada ribut sibuk nak berkenalan dengan orang. Entah-entah mamat Faiz ni stalker tak?

Tak mahu kusutkan fikiran. Aku terus tumpukan pada niat aku. Fikiran aku terus melayang pada Inara. Baru sahaja aku menghubungi Mak Long untuk bersua di dalam panggilan video. Dapatlah melihatnya walaupun sebentar saja. Aku tekad untuk berusaha bersungguh-sungguh belajar dan berkerja sambilan demi keperluan anakku Inara Sofia.

*****

"Awak tunggu saya!" Aku berpaling wajah melihat hamba Allah yang memanggil aku. Walaupun bukan namaku disebut tapi aku tahu dia memanggil aku maklumlah aku seorang aje yang kat sini takkanlah dia nak panggil hantu pulak kan. Aku nampak kegigihan lelaki itu mengejarku sambil membawa dua buah cawan padaku.

Faiz dekat denganku dan menghulurkan secawan kopi itu.

"Penatlah kejar, ni kopi saya belikan."

Aku pandang dirinya dari atas hinggalah bawah. Boleh percaya ke mamat ni? Entah-entah letak pil tidur ke? Tak pasal-pasal jadi mangsa sekali lagi. Manusia kan pantang dapat peluang mesti dia akan ambil kesempatan.

Aku menolak padanya semula.

"Maaf, saya tak minum kopi." Bohongku.

"Wahai Cik Eryna Sofia saya tak letak pun racun dalam air awak. Kalau awak nak menipu yang awak tak minum kopi. Habis tu masa saya jumpa awak minum kopi kat kafeteria tu apa benda? Tak percaya, saya tak letak racunlah." Faiz meminum kopi itu tanpa segan silu.

Aku pandang dirinya dengan mengecilkan mata.

"Tadi kata nak bagi tapi kenapa awak yang minum? Saya tak cakap pun awak letak racun ke apa." Selepas aku berkata dia yang sedang minum terus tersedak sehingga air kopi yang pekat hitam menyembur terkena pada bajunya yang putih itu. Habis bertompok baju Faiz.

Aku yang kasihan dengan keadaan serba salah terus membantunya. Laju tanganku mengambil cawan pada tangannya.

"Eh! Okey tak ni?" Aku bertanya padanya.

"Ada nampak macam saya okey ke?" Faiz melihat bajunya lalu dia memandang aku. Pandangannya bersilih ganti. Pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Dia ni marah aku ke atau dia kecewa? Kalau kecewa atas sebab apa? Bukan aku yang sembur air kopi kat dia. Dia yang minum tak baca Bismillah sampai tersedak.

"Pergi tandas jom!" Aku berkata.

Faiz pandang aku dia mengelap bibirnya yang basah dengan menggunakan tangannya.

"Awak buat apa nak ikut saya ke tandas?" Keningnya terangkat sebelah.

Hah sudah! Apa kejadahnya aku nak ikut dia pergi tandas. Dia ni takkan tak faham apa yang aku cakap?

"Maksud saya, awak yang pergi tandas bukan saya. Buat apa saya pergi tandas? Baju awak yang kotor bukan saya!" Dia terus meninggalkan aku. Terdengar dia mendengus tadi.

"Dia yang buat hal, aku yang macam nak dipersalahkan. Kira nasib baik, aku tak buka penutup cawan lepas tu jirus kepala dia." Sebenarnya aku simpati dengannya dan aku terus mengikutinya sehinggalah aku melalui bahagian yang ada ramai pelajar. Aku nampak ada yang berbisik mungkin tentang ternampak baju Faiz yang basah bertompok hitam air kopi.

Ikutkan Faiz ini adalah antara lelaki yang kacak boleh dikatakan top five senarai lelaki kacak di sini. Handsome with brain dan kaya. Aku tak adalah peduli sangat pun dengan mana-mana lelaki tapi pengalaman yang lalu dan mengajarkan aku banyak benda. Lagipun dengan status aku kini jangankan bertegur, berkawan pun tak boleh jika tanpa izin suami. Hukum tetap hukum walaupun dia mengabaikan aku tapi ikatan yang sah ini masih teguh walaupun umpama menunggu hari saja untuk roboh. Kadang-kadang aku terfikir juga benarkah dia tak pernah melafazkan cerai padaku walaupun setelah dia bertunang dengan Eliana.

Apakah maksud Harraz sebenarnya? Sanggup pula dia menahan rasa dosa selama ini yang telah menganiayaku, mengabaikan nafkah dan lain lagi. Aku tak mampu untuk menyenaraikannya kerana aku sedar aku pun seorang pendosa walaupun Harraz begitu aku masih menyimpan rasa untuk berbaik dengannya dan memutuskan ikatan cara baik. Doaku adalah supaya dia berubah fikiran dan cepat sedar dari kesilapannya.

Andaikan Cinta Itu AdaWhere stories live. Discover now