BAB 34

645 10 2
                                    

"Busy betul Cik Puan Eryna kita ni mengalahkan menteri. Memang dah jarangkan nak nampak muka kat butik. Selalunya muka awaklah dah terpacak kat depan pintu. Sekarang nampak muka Fathia je." Suara lembut Faiz menyapa telingaku. Sebenarnya hampir lama juga aku sudah tak menghubungi dia begitu juga dia. Sama-sama saling sibuk dan tak menghubungi antara satu sama lain.

"Minta maaflah, saya betul-betul sibuk. Lagipun mesej yang awak hantar hari tu. Saya tak sempat nak baca. Sorry." Aku juga baru teringatkan mesejnya yang hampir tiga hari berlalu. Pada mulanya aku tangguh untuk membaca dan akhirnya aku langsung terlupa hingga hari ini.

"Astagfirullahalazim, mentang-mentang kita ni tak penting. Awak abaikan mesej saya?"

"Ala, sorry. Saya memang tak sengaja." Aku mula rasa serba salah pada Faiz. Tak berniat langsung nak lupakan Faiz. Dia pun dah banyak membantu aku sebelum ini takkanlah aku tak tahu mengenang budinya pula.

"Kalau macam tu saya terpaksa cari orang lainlah. Memandangkan awak terlalu sibuk dengan kerja sampai mesej saya yang dah tiga hari tak dibaca." Nada Faiz seperti kesal.

"Cari orang untuk apa? Awak ada projek apa-apa?" soal aku yang bingung.

"Ala, tak payah tahulah. Awakkan sibuk Eryna. Saya takkan kacau awak. Awak buatlah kerja awak nanti kalau ada apa-apa awak call saya." Faiz seperti mahu mematikan telefon.

"Nanti! Nanti dulu! Kenapa ni?" Aku makin jadi panik setelah Faiz berubah jadi dingin.

"Kenapa?" Suara Faiz masih lagi kedengaran.

"Okey, saya tengah free ni ada apa-apa ke? Sumpah saya tengah tak ada kerja ni. Kalau awak memerlukan khidmat saya ke apa. Saya sedia membantu awak Nik Muhammad Faiz."

Lama Faiz mendiamkan diri.

"Awak bacalah dulu mesej saya kemudian datanglah kalau nak. Kalau tak boleh jangan paksa diri." Dingin Faiz membalas lalu talian dimatikan begitu saja.

Pantas aku membaca mesej dari Faiz yang tiga hari sudah berlalu.

Nik Faiz
Assalamualaikum, Eryna saya nak minta tolong kalau free khamis ni saya nak awak jadi model photoshoot saya dalam pukul 2 datanglah. Saya ada projek terbaru.

Model untuk si Faiz ni? Model apa? Muka macam aku ni pun nak ambil jadi model juga ke! Pelik betullah dia ni.

Tanpa berlengah aku terus mengemas apa yang patut mengambil beg dan keluar sempat juga aku berpesan pada Fathia seperti biasa. Laju kakiku melangkah menuju ke kereta dan aku mendengar namaku seperti dipanggil. Aku memandang sekeliling mataku meliar mencari kelibat pemilik suara.

"Eryna, sinilah!" Suara lembut wanita itu betul-betul dibelakangku. Aku segera menoleh.

"Eryna! Jadi dekat sinilah butik awak! Cantiknya design dekat sini!" Puji Eliana sambil matanya melirik pada butikku.

Tak lupa juga kalau ada Eliana mestilah ada juga bakal suaminya iaitu Harraz. Aku hanya berlagak buat-buat tak nampak susuk tubuh Harraz yang setia berdiri bersebelahan Eliana.

"Biasa aje Eliana, tak sebagus orang lain tapi saya bersyukur itu saja kemampuan saya setakat ini." Bersahaja aku menjawabnya.

"Awak terlalu merendah diri Eryna. Saya kagum dengan awak. Iyalah, semua tahu yang awak dulu pun bukannya duduk kelas pertama tapi sekarang awak dah buktikan yang awak dah berjaya." Eliana membalas lagi. Entah kenapa kata-kata Eliana lebih kepada menghinaku. Hina sangat ke duduk kelas bawahan? Hina sangat ke ambil aliran seni? Apakah subjek itu tak menggunakan otak ke?

"Macam mana korang berdua boleh sampai sini? Iyalah kalau ikutkan jauh jugak perjalanan kan?" Kalau nak tanya macam mana boleh jumpa kedai aku memang soalan bodohlah jawabnya. Aku dah pernah bagi business card pada mereka.

"Kami berdua ada kerja sikit dekat sini sebab tu ambil kesempatan nak datang sini. Iyalah saja nak jumpa Eryna. By the way, awak tengah tergesa-gesa ni. Awak sibuk ke Eryna?"

"Agak sibuk, saya nak jumpa Faiz. Sebelum saya terlupa. Faiz ni kawan saya dan dia yang uruskan gambar perkahwinan awak berdua. Eliana, awak dah bincang dengan Faiz kan?"

"Oh iya! Nik Faiz, dia peramah orangnya. Kalau tengok gambar memang kacak orangnya. Dah lama ke kenal dia?" soal Eliana lagi. Masa itu wajah Harraz sudah menjadi kelat.

"Kenal masa zaman belajar kat kolej dulu. Korang datang sini memang berdua ke?"

Mereka memandang sesama sendiri. Eliana segera menafikannya.

"Jangan salah faham Eryna. Saya ada bawa mama saya sekali. Iyalah lagipun saya faham yang awak masih isteri Harraz."

"Kenapa saya nak salah faham? Awak berdua dah nak kahwin pun. Saya rasa saya pun tak ada hak nak salah faham. Its okay, lagipun korangkan orang yang baik-baik takkan nak buat benda yang tak elok pulak kan!" Puas hati aku dapat menyindir Eliana.

"Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu." Aku meminta diri untuk berlalu.

"Eryna, kalau saya dengan Harraz nak ikut awak boleh? Boleh kami berkenalan dengan Encik Faiz." Eliana mencelah lagi.

Kalau tak kacau aku tak boleh ke? Ada saja nak menganggu aku mereka ni! Lama juga aku berfikir.

"Okey, jomlah." Aku memutuskan untuk membenarkan saja. Manalah tahu kalau ada dua mangkuk hayun ni. Si Faiz tu kurang sikit tunjuk perangai merajuk dia tu.

Andaikan Cinta Itu AdaWhere stories live. Discover now