Tepat pukul 12 tengahari aku dapat mesej pesanan dari Harraz yang menyatakan ingin bertemu dengan aku. Kebetulan pula ketika itu aku sedang mengemas untuk keluar mengambil pulang Inara dari sekolah. Aku memilih untuk mengabaikan sahaja. Lantak dekat kaulah lain kali kalau nak jumpa biarlah masa yang betul. Aku tak ada masa nak melayan kerenah Harraz hari ini.
"Fathia, macam biasa ya." Sambilku melangkah keluar aku menegur Fathia. Fathia hanya membalas senyumanku dia faham kalau waktu begini aku keluar semestinya ambil Inara pulang dari sekolah.
Setelah keluar dari butik aku segera menghampiri ke kereta.
"Oii! Menonong betul jalan. Memang tak tengok kiri kanan eh?" Suara lelaki itu datang dari belakangku.
Langkahku terhenti seketika dan aku cukup kenal suara lelaki itu. Aku berpaling memandang lelaki itu.
"Kan, saya cakap saya tak nak jumpa awak yang sibuk cari ni kenapa?" Aku mengeluh.
"Dah pandai tinggi suara ya?" Harraz mendekatiku.
"Mana Eliana? Suruh dia jaga tunang dia ni. Menyibuk aje kacau orang." Aku mengetap bibirku.
"Eliana dah balik."
"Seriuslah? Awak bagi perempuan balik sorang-sorang. Ei, tak sweet langsung. Awak dengan Eliana tu tengah bertunang orang tua-tua cakap tengah darah manis. Saya tak mendoakan sebaliknya. Sepatutnya awak sebagai bakal suami seharusnya ada disamping dia. Nasib baiklah saya ni dah tak lama dengan awak." ujarku sambil menjeling Harraz.
"Kau nak lelaki yang selalu ada disamping kau macam Faiz? Selalu pertahankan kau? Ambil berat pasal kau macam tu ke?" Harraz bertanya.
"Iya, Faiz tu adalah ciri-ciri lelaki idaman yang saya nak." Apa salahnya berterus terangkan?
"Jadi kau ada terfikir nak kahwin dengan dialah?"
"Kalau dah tertulis jodoh takkan saya nak menolak. Rugilah kalau saya tolak lelaki sebaik Faiz tu kan?"
Wajah Harraz kelihatan seperti berbahang. Tak mungkin kerana dia sedang marah. Mungkin sekarang tengah panas terik itu yang wajahnya merah macam dah macam udang terbakar.
"Aku pun boleh jadi macam Faiz malah jauh lagi bagus dari Faiz." Dengan angkuh Harraz berkata.
"Oh ye ke? Kalau macam tu bertuahlah kalau Eliana dapat awak." balasku.
"Mana Faiz?" Mendadak Harraz bertanya lagi soalan. Matanya juga meliar memandang sekeliling.
Aku mengerutkan dahiku. Dah kenapa mamat ni tak keruan aku tengok. Dah macam mati bini pulak. Astagfirullahalazim, akulah bini dia sekarang ni. Takkan nak mendoakan kematian diri sendiri pulak. Ya Allah! Apalah aku!
"Awak ni kenapa Harraz? Tak ada maknanya dia nak melekat dekat butik saya 24/7 jam dengan saya. Awak ingat Faiz tak ada kerja lain ke?"
"Jangan rapat dengan Faiz lagi." Harraz memberi amaran.
"Aik, kenapa pulak saya nak jauh dengan Faiz. Saya dengan Faiz selalu ada urusan kerja tahu tak. Mana boleh senang-senang tak boleh rapat ataupun...." Aku senyum mengejek lalu merenung mata Harraz.
"Awak sebenarnya cemburu eh tengok saya dengan Faiz rapat? Awak cemburu sebab saya lebih mesra dengan Faiz kan? Orang kata cemburu tu tandanya cinta. Takkanlah dah termakan kata-kata sendiri? Takkan jatuh cinta konon." Aku ketawa mengejek.
"Jangan nak perasan. Aku tak jatuh cinta pun dengan kau. Aku cuma tak suka kau rapat sangat dengan Faiz itu aje. Sampai orang ingat kau orang couple. Padahal bukan ada hubungan istimewa pun." Harraz seperti mengawal riak wajahnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...