BAB 78

621 15 3
                                        

Sebenarnya aku dah berniat nak balik ke rumah ayah saja hari ini juga. Tapi Harraz awal-awal melarangku sekeras-kerasnya. Jadi aku akurkan saja arahan Harraz. Nak melawan sangat pun tak boleh dah nama pun suami kan. Sambil aku melayan kerenah Inara.

Aku menyikat rambut Inara lalu mendandan bagi nampak lebih cantik. Aku ingat lagi beberapa hari selepas aku dan Harraz bergaduh besar. Harraz menelefonku atas sebab mahu menuntut hak penjagaan Inara. Aku sebenarnya tahu permainan yang disusun oleh Harraz. Dia mahu menggunakan alasan anak supaya kembali kepadanya.

Walaupun hatiku sakit dengan keputusan mendadak Harraz aku terpaksa menyerahkan hak penjagaan padanya. Dah nama pun anak, siapa yang tak sayangkan anak. Dari kecil aku yang menjaganya. Pada pendapat aku, eloklah juga Inara duduk di sana. Sekurang-kurangnya disana masih ramai yang sayangkannya. Aku kalau boleh dah tak mahu menyusahkan mak long. Mak long sekarang pun bukannya sihat.

Sekurang-kurangnya aku tahu yang Harraz tak pernah terlepas bagi nafkah pada anaknya. Kebanyakkan anak yang lepas ibu bapanya bercerai tentu si bapa akan lepas tangan bab nafkah.

Aku pula terlalu sibuk dengan kerja. Takut tak sempat berikan perhatian sepenuhnya pada Inara. Demi kebaikan Inara, aku terpaksa mengalah.

"Inara nak makan laksa dengan aunty tak?" soal Eliana yang tiba-tiba datang entah dari mana. Dengar cerita yang Eliana tidur disini malam ini. Patutlah dah malam buta macam ni terpacak aje lagi kat sini.

"Nak."

"Jomlah." Eliana mengajak.

"Ibu, jomlah!" Inara pula menarik tanganku. Aku hanya mengekori Inara. Memang teringin nak makan tapi dah tuannya tak bagi. Tak apalah, maknanya tak ada rezekilah. Esok pun boleh beli, apalah setakat laksa masakan Eliana tu.

Selesai mengambil tempat. Aku nampak Harraz dan umi sudah duduk untuk makan malam. Eliana pula menyerahkan mangkuk berisi laksa.

"Umi, baru Eryna perasan abah mana ya?" soalku setelah sedari yang aku langsung tak melihat abah sejak aku tiba.

"Sekarang ni abah memang duduk masjid saja. Baru-baru dia dilantik menjadi Imam baru. Imam yang lama sekarang dah sakit lutut. Tak boleh berdiri lama." Umi bercerita tentang perkembangan abah. Dengar cerita abah pun dah tak baran seperti dulu. Alhamdulillah.

"Alhamdulillah." Hanya itu mampu ku lafazkan. Suka aku lihat yang abah makin bahagia bersama keluarganya.

"Eryna nak laksa ke?" Soal Umi tiba-tiba.

Sempat aku melirik pada Eliana.

"Tapi umi laksa ni tinggal sikit aje." Eliana mencelah.

"Teringin tapi tak apalah umi. Lain kali ajelah." Aku menjawab. Dah orang tak bagi buat apa nak terhegeh-hegeh.

"Eliana, apa salahnya bagi Eryna merasa sikit." Umi menegur perangai Eliana.

Dalam hati aku dah bersorak gembira. Padan muka! Tunjuk sangat perangai mengada-ngada tu! Kau ingat umi kesah ke?

Tanpa berkata banyak umi sendiri yang menyediakan laksa buatku lalu hidangkan padaku.

"Rasalah sikit. Apa pendapat Eryna tentang resepi dari umi?" Umi teruja ingin mengetahui ulasanku.

Sebenarnya segan juga aku bila umi memperlakukan begini. Tapi demi menjaga hati umi aku rasa juga. Saat aku mahu merasa kuah laksa masuk sahaja ke dalam mulut.

Tiba-tiba aku terhidu aroma yang kurang enak. Rasanya sedap sangat! Tapi baunya aku tak boleh terima. Aku sendiri tak tahu mengapa. Padahal sebelum ini aku hantu laksa. Pantang nampak laksa berpinggan-pinggan aku sorang saja yang hadap.

Andaikan Cinta Itu AdaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang