Selepas Encik Halim mengamuk memarahi anak menantunya. Kami diberi ruang untuk berdua-duaan di dalam bilik. Selagi kami belum berbaik sepenuhnya kami dilarang untuk keluar. Terbit rasa simpati aku pada Harraz kerana telah makan penampar abahnya. Lama Harraz mendiamkan diri dipinggir katil. Aku pula membelakanginya.
Harraz pun boleh tahan jugak lepas abah dia kunci pintu bilik. Dia pun guna kunci yang ada dalam bilik dia dan mengunci semula dari dalam.
Masing-masing melayan perasaan sendiri. Sudah hampir setengah jam waktu berlalu tak ada suara yang keluar. Yang ada hanyalah bunyi kipas siling yang berpusing. Bilik inilah yang berlakunya peristiwa hitam tujuh tahun yang lalu.
Aku menoleh melihat Harraz yang masih pegun dengan kedudukan. Sedikit pun dia tak bergerak walaupun 30 minit telah berlalu..
Jam menunjukkan sudah pukul 7:30 sepatutnya waktu solat maghrib sudah masuk. Aku ingin menunaikan solat tapi memandangkan yang aku di dalam bilik seorang lelaki. Adakah telekung untuk aku pakai?
Aku memberanikan diri memanggil Harraz. Tak menyahut langsung. Aku bangun untuk melihatnya. Dia sedang memeluk tubuhnya. Patutlah tak bergerak! Tidur rupanya. Boleh pula tidur dalam keadaan duduk.
"Harraz." Aku memanggil lembut namanya. Memang tak menyahutlah kalau tidur pun dah macam tidur mati. Macam manalah dia boleh selesa tidur dalam keadaan macam itu.
Aku mendekatinya lalu mencuit bahunya. Ikutkan hati nak buka pintu tapi takut. Melihat amarah bapa mertua tadi. Tak berani nak cakap apa-apa.
Harraz masih tak menyahut. Aku mengoncang bahunya. Akhirnya, dia sedar. Dia pandang wajahku. Aku dah bersedia kalau kena marah lagi. Dengan keadaannya yang masih mamai. Entah apa yang merasuk dia, dia boleh pula merebahkan kepalanya pada pangkuanku tanpa segan silu dia memeluk pinggangku.
Badanku menggeras dengan tindakan gila Harraz.
"Seronoknya bila dah selamat kahwin macam ni kan sayang? Dapat peluk awak erat macam ni." Harraz bersuara dengan suara yang paling lembut yang tak pernah aku dengar sebelum ini.
Aku yakin yang dia maksudkan adalah Eliana sebenarnya. Harraz menyangka bahawa aku adalah Eliana.
"Saya bahagia sangat bila awak dah jadi isteri saya. Dari dulu saya impikan kita akan menjadi keluarga bahagia dan ada anak yang comel. Saya cintakan awak sejak pertama kali kita berkenalan walaupun luaran awak nampak garang tapi saya tahu hati awak penuh kelembutan. Mula-mula kita kenal hampir setiap hari kita bergaduh sampai ada mulut cikgu yang mendoakan agar kita berjodoh dan akhirnya kita ditakdirkan juga untuk bersama. Walaupun kita berdua tak pernah mengungkapkan rasa cinta selama ini. Percayalah yang saya cintakan awak."
Aku mula terbayang saat perkenalan antara Harraz dengan Eliana. Tak sangka yang mereka dulu suka bergaduh dulu. Nampaknya Eliana pun tak adalah suka sangat dengan perangai hampeh si Harraz tapi macam mana mereka boleh saling jatuh cinta kalau tak pernah ungkapkan rasa cinta.
"Sejujurnya saya cemburu dulu bila tengok awak boleh berkawan dengan lelaki lain. Boleh layan kawan lelaki awak yang lain dengan mesra tapi kalau dengan saya dulu. Baru saja saya pandang awak dah menjeling pada saya."
Eliana dulu ramai kawan lelaki ke? Bukan ke dia ni pemalu orangnya. Ah, baru aku teringat yang Eliana sebelum ni peramah sikit orangnya tapi lepas rapat dengan Harraz tiba-tiba jadi pemalu. Tak tahu atas sebab apa mungkin Harraz yang melarang agar Eliana jangan rapat dengan lelaki lain. Tu dia belum kahwin dah larang macam-macam ya.
"Tapi, disebabkan kehadiran dia. Dia yang hancurkan segalanya. Kalau dia tak ada menyibuk dalam hubungan kita pasti kita pun dah bahagia sekarang." Mendengar luahan Harraz tentang 'dia' yang dimaksudkan oleh Harraz yang aku yakin adalah aku terus berderau darah aku.
"Tapi saya dah tak peduli semua itu sebab saya tahu yang dia pun dah bertemu dengan pilihan hati dia. Dia tu hanya perosak hubungan!"
Aku menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya. Yakin betul mamat ni kata aku dah ada pilihan hati sendiri.
"Saya cintakan awak E...." Harraz tak sempat menghabiskan ayatnya. Aku terus menolak tubuhnya. Apa lagi Harraz yang refleks matanya terbuka memandangku dihadapannya. Terkejutlah tu bukan Eliana dipangkuannya tapi si Eryna isteri dari neraka yang dalam pangkuan kau.
Harraz masih terkejut hingga tak mampu berkata apa-apa.
"Awak ni kenapa Harraz?" Aku menyoalnya.
Harraz terus berlari ke dalam bilik air. Eloklah tu pergi basuh muka tu. Dia punya angau sampai aku ni diingatkan Eliana. Tak lama kemudian kelibat Harraz muncul semula. Dia seperti sudah selesai mandi. Pinggangnya dililit dengan tuala mandi sahaja.
Aku tiba-tiba rasa kecut perut melihat kelakuan aneh si Harraz. Sekejap okey, sekejap macam orang gila. Terlihat bentuk tubuh badannya yang semakin kekar berbanding masa zaman sekolah dulu. Dulu masa sekolah badan kurus sikit dari sekarang.
Aku segera memalingkan wajahku ke arah lain. Sumpah aku takut perkara yang sama kembali berulang lagi.
Melihat aku yang sudah memaling wajah arah lain Harraz mulai menegurku.
"Kau malu ke tengok aku?" Soalnya.
Soalan apalah yang diatanya ni? Kalau dah nampak aku berpaling muka macam tu takkanlah suka pulak.
"Cepatlah pakai baju." Ringkas saja aku menjawab.
"Kenapa kau tak keluar aje dari bilik ni?" soal Harraz lagi.
"Saya takut kalau abah awak marah lagi. Kan dia cakap selagi kita belum berbaik dia tak izinkan kita keluar."
"Kenapa kau kejut aku tadi?"
"Saya nak solat sebab tu saya nak tanya awak kat mana nak ambil telekung. Saya nak pinjam."
"Okey, kau malu ke tengok aku macam ni?" soal Harraz berbalik pada topik tadi.
"Malulah, sepatutnya awak tunjuk pemandangan macam ni depan Eliana nanti bukan saya."
"Memang cadangnya macam tu tapi memandangkan belum halal lagi jadi aku nak tanya pendapat kau yang masih halal macam mana badan aku sekarang ni okey tak dari dulu?"
Hampir melopong mulutku mendengar soalan daripadanya. Dia minta pendapat aku tentang bentuk tubuh badannya yang makin kekar itu? Dia suruh mataku menjamah melihat tubuh badannya. Gila betullah mamat ni.
"Tak payah malulah sebelum ni kau sebilik dengan aku elok aje kau tengok aku tukar baju depan kau. Kau ingat aku tak tahu yang kau curi pandang tengok aku kan?" Harraz ketawa mengejek.
"Mana ada! Fitnah!" Aku menoleh dari memandangnya.
"Kalau tak betul kenapa muka tu berubah jadi merah?"
"Astagfirullahalazim, dah awak macam tarzan depan muka saya macam ni. Mestilah saya malu. Awak tahukan yang saya ada bilik ni at least keluar dari bilik air tu biarlah pakai baju ke. Ini tak dah macam tarzan lepas tu mintak pendapat saya tentang bentuk tubuh badan awak. Gila!" Aku mendengus.
"Hei sedara, siapa dalam bilik siapa? Suka hati akulah nak pakai macam tarzan ke. Nak berbogel ke ada masalah ke?"
"Gila! Dasar gila." marah aku.
"Amboi dahlah duduk dalam bilik orang bahasa tu jaga sikit. Kang aku gila betul-betul kang aku tukar baju depan kau nak tak?" Harraz mula mengambil bajunya dan bersedia seperti hendak melepaskan kain tualanya.
Laju kakiku melompat turun dari katil sepantas kilat aku berlari masuk ke dalam bilik air. Pintu aku tutup sekuat hati dan terus dikunci. Itu sahaja teknik yang ada untuk aku menyelamatkan diri.
"Eryna, robohlah pintu bilik air aku!" Aku dengar Harraz membebel tentang pintu bilik airnya yang ku hempas kuat tadi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...