Kertas akhir peperiksaan bagi tahun ini telah selesai. Segelintir calon bersorak gembira kerana berjaya menamatkan segalanya sehingga hari ini.
Aku pula sehingga saat ini aku dapat menyorokkan kandunganku yang semakin membuncit. Lagipun belum nampak sangat pun yang aku sedang mengandung.
Pelajar lain sudah mula bergambar sebagai tanda kenangan akhir sebagai pelajar sekolah. Aku lebih selesa menyendiri lagipun sejak aku dah berbadan dua aku lebih selesa bersendiri berbanding berkumpulan. Hal itu akan membuatkan aku menjadi sesak.
Aku nampak Maryam dan Farhan bergambar berdua. Gambar diambil oleh Ayu. Masing-masing tertawa mengusik Maryam dan Farhan. Ternyata benar sangkaanku yang Maryam dan Farhan benar-benar bercinta. Kini giliran Harraz pula bergambar berdua dengan Eliana.
Hatiku sudah beku melihat mereka. Aku yakin pilihan aku tepat. Aku mahu tinggalkan tempat ini. Tak ada gunanya tinggal di sini tapi mereka membenciku. Apa yang Farhan cakap sebelum ini benar. Harraz dan Eliana akan bertunang sebelum mereka berdua melanjutkan pelajaran.
"Oi, Eryna nak pi mana? Tak nak bergambar ke?" Ayu menegurku atau lebih tepat menyindir.
Aku sebenarnya tak ada rasa nak bergaduh sesiapa aku memilih untuk berdiam diri saja. Kepala pun sebenarnya tengah pening dek kerana pancaran sinaran matahari yang terik.
"Ops! Lupa tak ada pasangan nak bergambar kan? Kesiannya, sekejap aku panggilkan Imran. Imran mari sini." Ayu memanggil Imran yang kebetulan lalu dihadapan mereka.
Imran yang memakai seluar labuh, berbaju besar. Badannya kurus keding dan mengenakan cermin mata. Memang kena kalau dipanggil gaya skema senang cerita.
"Sesuai betul kalau kau orang berdua bersatu. Sorang buruk sorang hodoh." Sakan Ayu dan kawan-kawannya ketawa. Aku nampak Farhan seperti tak puas hati dengan kata-kata Ayu.
Aku menghela nafas.
"Biarlah hodoh buruk asalkan hati dia lebih mulia dari hati korang yang keji,busuk, kotor dan lebih hina daripada bangkai." Aku jeling Farhan dan terus meninggalkan mereka tanpa menghiraukan Ayu yang sudah meroyan dengan kata-kataku.
Akhirnya kata-kata yang sudah lama aku simpan telah berjaya aku luahkan. Tepat pada masanya ayah sudah tunggu aku di pintu pagar dengan sebatang payung. Ayah sememangnya setia orangnya dia takkan berganjak sesekali dari tempat itu sehinggalah aku tiba.
Aku terus memeluk tubuh ayah.
"Ayah, adik dah habis exam. Bermakna adik kena tinggalkan tempat ini kan ayah? Adik tak dapat jumpa ayah selalu lepas ni."
"Anak ayah kan anak yang baik, adik takkan lupakan ayah kan. Dah jom balik, ayah nak bawak adik makan luar sempena dah habis peperiksaan ni." Kami meleraikan pelukan lalu menuju ke kereta ayah. Kereta kancil yang buruk sahaja. Hidup kami memang sederhana tapi itu sudah cukup bahagia bagi kami.
SETELAH membeli tiket bas. Aku duduk bersebelahan ayah sambil melentok kepala pada bahu ayah.
"Nanti adik mesti rindu ayah."
"Ayah pun akan rindu adik. Sekarang ni adiklah satu-satunya waris yang ayah ada. Jagalah diri baik-baik dan yang penting jaga bakal cucu ayah. Ayah nak tengok bakal cucu ayah membesar sihat macam anak ayah." Perasaan sebak mulai menjalar dalam hati.
"Ayah doakan terbaik untuk Eryna ya. Eryna janji. Eryna akan bagitau perkembangan Eryna setiap hari bila ada kat sana. Mak Long pun kena ingatkan Eryna supaya setiap hari hubungi ayah. Ayah jangan bagitau kat sesiapa mana Eryna pergi. Eryna tak nak sesiapa pun cari Eryna. Boleh ke?"
"Ayah akan janji sayang." Ayah cuma mengangguk.
"Bas adik dah sampailah ayah." Aku mula bangun untuk mengambil beg. Belum sempat aku angkat tangan ayah sudah menghalangnya.
"Biar ayah angkat. Jangan susahkan diri, adikkan tengah mengandung tak elok untuk kesihatan kalau angkat berat-berat." Ayah mengambil alih tangan laju mencapai beg aku.
Alangkah bagusnya jika layanan itu adalah dari suami sendiri tapi aku sedar yang Harraz sampai mati pun takkan memperlakukan aku sebegitu. Dia lebih rela tunggu Eliana sampai mati daripada menghadap mukaku. Aku menghela nafasku.
Beg sudah dimasukkan di dalam bas. Aku naik ke atas lalu mengambil tempat sebelah tingkap. Sengaja aku pilih disitu agar dapat melihat ayah yang ada dibawah.
Beberapa minit kemudian bas mulai bergerak meninggalkan kawasan. Aku sempat melambai pada ayah. Aku tatap wajahnya untuk kali terakhir sebelum kami berpisah. Senyuman ayah itu sebenarnya palsu belaka! Aku tahu dia sebenarnya berat nak melepaskan aku pergi. Adik akan rindukan ayah!

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...