"Tadi sayang buat apa dekat atas?" Soal Harraz setelah aku agak lama termenung sendiri sambil melihat pemandangan luar.
"Saya jumpa Faiz sekejap."
"Sorang aje ke?"
"Taklah, dengan mama dia sekalilah ada."
"Sembang pasal apa aje tadi? Macam mana dengan mama Faiz tu jadi ke nak beli syer syarikat sayang?"
"Tak, dia tak nak. Dia tak nak Eryna mengalah. Dia nak Eryna teruskan apa yang Eryna mulakan dulu."
"Baguslah kalau macam tu, itukan impian sayang. Teruskan apa yang sayang dah mulakan selama ini, mana tau kut-kut abang nak kahwin lagi boleh abang minta tolong sayang." Usik Harraz sambil tergelak-gelak.
Berdesing telingaku mendengar lantas aku memukul bahuku.
"Ya Allah, sayang! Abang tengah bawak kereta ni!" Harraz berteriak.
"Ingat saya peduli? Ada hati nak kahwin lagi kang ada yang kena smackdown nanti." Aku menjeling Harraz.
"Gurau tak boleh ke? Dulu sayang juga yang beria sponsor majlis abang dengan Eliana."
"Dulu lain masa tu saya benci dekat abang. Sekarang kalau nak kahwin jugak memang cari nahaslah!"
"So sekarang ni sayang, cintakan abang ke tak?"
"Taklah meluat tengok."
"Okey, kalau meluat boleh abang kahwin lain. Iyalah, isteri kalau dah meluat tengok kita. Kita carilah yang lainlah."
"Abang, janganlah gurau macam tu!" Aku agak berkecil hati dengan gurauan nak kahwin lain. Nasib baik laki aku ni tengah bawak kereta. Kalau tak memang dah makan buku lima aku.
"Okeylah, kalau cintakan abang ucap apa?"
"Terima kasih."
"Apa ni sayang betul-betullah."
"Terima kasih."
"Betul-betullah sayang, abang serius ni."
"I hate you."
"Sayang...." Harraz merenungku.
Berat lidahku untuk mengucapkannya.
"Terima kasih."
"Sayang, okeylah kalau macam tu abang merajuklah." Harraz memasamkan wajahnya.
"Itupun nak merajuk, macam budak-budak. Inara pun tak macam abang."
Diam Harraz sebagai tanda protes tak mahu merespon kata-kataku. Akhirnya aku mengalah.
"Okeylah, sorry abang. I love you!"
Harraz masih lagi berpura-pura merajuk. Mengada betullah laki aku ni. Cakap sekali buat-buat tak dengar pulak.
"I love you! I love you! I love you Adam Harraz!"
Aku nampak segaris senyuman mula muncul dibibirnya tapi segera dimatikan semula senyuman itu.
"Baby, take my hand
I want you to be my husband
'Cause you're my Iron Man
And I love you 3000."Harraz tergelak.
"Apa gelak-gelak?" Bengang pulak aku tengok Harraz gelakkan aku. Apa yang kelakar sangat ni?
"Tak sedaplah sayang menyanyi."
Tersentap pulak hati aku mendengarnya. Kut iya pun pujilah sikit walaupun aku sedar diri suara serupa katak panggil hujan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...