Dalam Harraz cakap tak nak ambil tahu tentang aku, dia yang awal-awal pagi bersiap hendak menghantarku pulang. Pada mulanya aku hairan dengan sikap Harraz tapi tak mengapalah. Alang-alang dia nak hantarkan apa salahnya. Aku pun bukannya sihat sangat pun.
"Awak hantar saya pakai kereta saya habis tu awak nak balik naik apa?" Soalku pada Harraz.
"Bas ada apa susah naik jelah."
"Kita naik kereta asinglah. Awak bawak ajelah kereta awak, saya bawak kereta saya. Menyusahkan awak aje nanti nak balik cari bas lagi." Risau pulak kalau dia yang tak sampai kalau balik naik bas.
"Kenapalah degil sangat? Cubalah kalau aku cakap tu sekali aje kau dengar. Tak payahlah nak membangkang. Susah sangat, aku suruh nanti Eliana ikut belakang drive kereta aku. Nanti kalau nak balik, aku baliklah dengan dia." Usai Harraz berkata aku begitu terasa dengan kata-katanya.
Balik dengan Eliana? Biar betul dia ni?
"Bukan awak ke yang cakap dulu tak manis duduk berdua. Lagipun awak dengan Eliana belum kahwin." Aku membalas.
"Kenapa kau tanya macam tu? Kau cemburu ke? Bukan kau cakap kau anggap aku sebagai kawan kau kan. Suka hati akulah."
Rasa setepek sindiran Harraz lemparkan tepat pada wajahku. Cemburu? Gila tak cemburu, suami sendiri kut. Kalau tak cinta, tak ada maknanya sampai dah nak masuk anak kedua ni.
"Saya cuma cakap aje. Kut-kutlah kalau lupa. Susah sangat biar ajelah saya balik sendiri. Tak perlu memenatkan badan dan buang tenaga awak semata-mata nak tunjuk prihatin dekat saya. Tak ada guna pun Harraz. Saya tahu awak pura-pura prihatin dengan saya pun sebab umi yang suruh kan?" Geram aku dengan sindiran Harraz. Kini aku pula yang memulangkan semula sindiran buatnya dengan harapan agar dia pun terasa.
"Aku tahulah yang kau dah cintakan sangat si Faiz tu. Sampai macam tu sekali kau nilai aku? Teruk sangat ke aku ni sampai nak ambil berat pasal kau pun nak kena suruh dengan umi? Benci sangat ke kau dengan aku?" Harraz mendekatiku.
Terdiam aku membisu saat disoal begitu. Sejujurnya bukan niatku untuk buat dia terasa sehingga begitu.
"Saya nak pergi dapur." Aku melarikan diri daripadanya dengan cepat-cepat keluar daripada bilik. Takut melihat pandangan Harraz yang begitu tajam sehingga bisa menembusi kepalaku.
SEPANJANG perjalanan aku dan Harraz membisu hanya ditemani dengan suara daripada radio. Aku sebenarnya nak ajak Harraz bersembang tapi tak punya topik untuk mulakan perbualan. Maklumlah baru lepas bergaduh. Harraz masih berkeras untuk menghantarku pulang dan orang yang membawa keretanya bukannya Eliana tetapi kawannya.
Aku tak berapa kenal sangat dengan kawan Harraz ni. Tapi tadi aku sempat dengar yang dia memanggil nama kawannya dengan nama Naim. Nasib baik, Naim bukannya Eliana yang gatal tu. Dulu tak ada pun nampak menggatal macam tu pun. Sekarang bukan main lagi, macam-macam dia buat semata-mata nak ambil hati umi dengan Harraz. Abah? Dia pun malas dah nak ambil tahu tentang Eliana.
"Awak dah berapa lama kenal dengan Naim?" Soal aku ingin memulakan perbualan.
"Adalah dekat tiga tahun jugak."
"Kenapa awak tak suruh Eliana aje yang bawak kereta awak. Bukan tadi awak cakap nak suruh Eliana aje."
"Takkan aku nak biarkan dia drive kereta aku sorang-sorang. Jauh pulak perjalanan tu. Lagipun dia perempuan, kalau apa-apa jadi nanti. Aku jugak yang susah." Membahang hati aku mendengar kata-kata Harraz.
Eleh, dulu aku ulang-alik sana sini elok aje balik sorang-sorang. Tak ada pun siapa nak risaukan. Bila tiba tentang Eliana, semua nak risau. Meluat! Aku menjuihkan bibir.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...