"Abang ni nak keluar pergi mana bawak Inara? Selalu sangat nak keluar tak malu ke muka ada lagi lebam-lebam tu?" Aku mengomel melihat Harraz yang bersiap kemain segak lagi nak bawak anak berjalan.
"Sayang jangan melebih pulak ya. Kan dah surut lebam ni."
"Abang segak macam ni betul ke nak bawak anak berjalan? Entah-entah sibuk menjeling perempuan lain. Iyalah, abangkan muda lagi."
"Sayang dah lupa ke?"
"Lupa apa?"
"Kitakan sebaya sayang. Kita sama-sama masih muda kan. Cara sayang bercakap tu macam sayang tu dah tua sangat aje." Harraz mencuit hidungkan.
"Memanglah kita sebaya sebab tu saya risau. Orang ingat bukan abang bawak anak berjalan tapi bawak adik yang berjalan. Perempuan sekarangkan pantang tengok lelaki layan budak-budak mulalah diorang cop nak mengoratlah apalah."
"Abang dah tau dah apa yang sayang rasakan sekarang ni."
"Rasa apa pulak?"
"Sayang cemburu kan kalau ada perempuan lain nak mengorat abang kan?"
Aku terkaku seketika memikirkan kata-kataku semula. Nampak sangat ke aku tengah cemburu?
"Taklah mana ada cuma nak kasi abang ingat yang abang dah ada anak bini aje." Aku memeluk tubuhku sambil melihat Harraz mula memakai minyak wangi. Kemain kau bau kuat. Ini kalau perempuan lalu sebelah bukan terteleng siap datang dekat lagi adalah.
"Amboi kuatnya minyak wangi." Tegurku lalu mengambil botol minyak wangi yang berada ditangan Harraz lalu menyembur pada bajuku.
"Eh, sayang!" Belum sempat Harraz menghalang tapi tanganku lebih laju.
"Wangi." Itu sahaja yang mampu ucapkan setelah haruman itu melekat baju padaku.
"Sayang ni kenapa? Sebelum ni pun abang memang pakai perfume ni. Dari masa kita bergaduh lagi abang pakai minyak wangi ni. Tak ada pulak sayang cakap apa-apa pulak." Harraz mengomel.
"Iye ke? Maaflah masa tu saya tak berminat nak ambik tau pasal abang. Iyalah tengah gaduh kan. Masa tu yang buruk aje saya nampak dekat abang. Sampai perfume yang abang pakai ni saya anggap bau taik aje." Aku menyerahkan semula botol minyak wangi pada Harraz.
Harraz menghela nafasnya.
"Macam mana yang sayang rasa cemburu dekat abang ni. Macam tu lah yang abang rasa bila nampak lelaki lain yang cuba nak dekat sayang. Abang terlalu banyak saingan untuk dapatkan sayang tau tak."
"Eleh, tipu. Pandai abang nak mulut manis ya. Banyak saingan konon. Cakap ajelah hati abang masa tu dekat Eliana sorang aje kan. Nak jaga hati kita konon." Aku mencebikkan bibir.
"Boleh tak kita jangan ungkit pasal Eliana lagi?"
"Aik, takkan sebut nama pun dah tak boleh? Kalau macam tu meh saya sebut. Eliana... Eliana... Eliana... Eliana... Eliana...." Pup! Harraz menekup mulutku. Meronta aku minta dilepaskan.
"Apa ni!"
"Orang dah cakap jangan, degil sangat kenapa?"
"Biarlah, nama aje pun."
"Dah memang fakta daripada zaman sekolah dulu sayang paling ramai yang diminati lelaki sebab kemesraan sayang bergaul dengan lelaki. Abang tahu kebanyakkan pelajar lelaki sebaya kita semuanya jadi kawan sayang cuma sorang aje yang sayang tak nak berkawan."
"Abanglah orangnya. Poyo, sombong, bajet pandai, budak atlet konon, top student. Selalu cari pasal dengan Eryna. Dia pulak mentang-mentang dari sekolah dulu segak ramai peminat perempuan. Ada ke patut peminat perempuan dia tu anti dengan saya? Geram pulak rasa hati ni bila fikir balik dan yang paling dahsyat siap ada lagi grup peminat awak. Allahuakbar, itu saya tak kesah sangat yang jadikan saya bahan kutukan sebab selalu terpalit isu dengan awak tu yang tak tahan tu." Membara hatiku bila teringatkan kejadian dahulu.
YOU ARE READING
Andaikan Cinta Itu Ada
RomansaSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...