CHAPTER 2

8.6K 239 0
                                    

4 tahun kemudian.....

Gara-gara ingin cepat Qirana terlanggar seseorang.

"Maaf Encik, saya tak sengaja"ucap Isya.

"Lain kali ada mata tu guna. Jangan main langgar saja. Habis semua paperwork saya berterabur" marah lelaki tersebut.

Tanpa berlengah Isya segera mengutip kertas beterbangan. Ada lagi 10 minit sebelum shiftnya sampai. Dia kena segera kerana dia belum lagi bertukar baju. Gara-gara mengambil Irma balik kerja kini dia pula yang terlambat masuk kerja. Sebenarnya bukan lambat tapi sedikit lewat seperti sebelumnya. Kebiasaannya dia sampai 30 minit awal. Jadi masa yang selebihnya digunakan untuk menyiapkan dirinya untuk bekerja. 10 minit terlalu singkat.

"Sayang, kenapa ni?" Tiba- tiba muncul pula seorang gadis gedik dengan pakaian yang tidak cukup kain menegur lelaki tersebut.

"Ni ha entah siapa tak ada mata main langgar. Habis paperwork saya. Dah la nak kena hantar pada Papa. Geram betul." Marah lelaki tersebut.

Isya berasa sakit hati tapi disebabkan dia ingin cepat dia tidak mempedulikan lelaki tersebut. Dia harus cepat tapi yang pasti orang yang dilanggar ni pasti orang atasan. Kelihatan sangat kemas orangnya.

Ketika Isya ingin berlalu tetapi di tahan perempuan gedik.

"Hei perempuan!!! Nak pergi mana tu? Main blah je." Jerit Lisa. Ya Lisa nama perempuan gedik tersebut.

"Maaf ya. Saya terpaksa pergi. Encik saya minta maaf sekali lagi." - Isya

"Sekejap. Awak macam saya pernah nampak. Sebelum ni kita pernah berjumpa ke? Nama awak apa? Soal Tengku Irham.

"Saya Qirana. Saya rasa kita tak pernah berjumpa. Maaf ya saya terpaksa undur diri dulu. Saya dah lewat ni" pinta Isya.

Di Hotel Wellington Isya hanya mengenalkan diri sebagai Qirana. Dia tidak mahu dirinya dikenali sebagai Isya.
Sebenarnya Isya masih mengenali Irham. Isya jenis yang lambat lupa orang. Lagi-lagi bila orang yang ramah dengan dia. Lagipun dia tidak mahu menghuru-harakan hubungan orang lain.

"Aku pasti aku pernah jumpa perempuan tadi. Kenapa dia cakap tak kenal aku pula. Sekejap, bila difikirkan balik dekat mana aku jumpa dia ye?" Bisik Tengku Irham dalam hati.

"Sayang, you kenapa tiba-tiba senyap je. Jomlah kita pergi dinner. "Ajak Lisa kepada Tengku Irham.

"You ni dah kenapa. Jangan panggil I sayang la. You ni. I rimas lah. Dah, pergilah you balik. I ada meeting dengan pihak hotel."balas Tengku Irham.

Tengku Irham meninggalkan Lisa begitu sahaja. Isya pula cepat-cepat menukar pakaian kerjanya. Hari ini dia kena bertugas di Dewan Jasmine. Ada program di sana. Dia kena memastikan segalanya berjalan lancar.

Isya mengenakan baju kebaya berwarna turqoise dan tudung putih. Nametag bernama Qirana dipinkan pada tudungnya. Walkie talkie sentiasa di tangan. Isya cuma bekerja sebagai staff kontrak selama 1 tahun di Hotel Wellington. Hotel Wellington merupakan salah satu hotel kepunyaan Tengku Razif sekaligus di bawah kelolaan Tengku Irham.

...........................................................................

Di Dewan Jasmine...

Isya membantu staff yang lain untuk menyusun meja dan juga perhiasan di dewan. Ada lagi 30 minit sebelum majlis bermula. Buffet makanan juga sudah mula dihidang.

Kini segalanya tersedia. Isya memberitahu kepada Cik Balqis iaitu staff yang bertanggungjawab untuk majlis tersebut. Setelah menyerahkan semuanya pada Cik Balqis, Isya segera keluar. En Khairul akan bertanggungjawab pula semasa majlis berlangsung. Isya pergi ke dapur hotel untuk memastikan segalanya yang telah di atur berjalan dengan lancar.

Ketika hendak ke dapur hotel, dia terserempak dengan Irham. Dia hanya menunduk hormat sahaja dan terus masuk ke dapur hotel.

Tengku Irham seperti terkaku terlihat Isya dan teringat peristiwa 4 tahun lalu.

"Yes, aku dah ingat. Itu Isya." Bisik hati Tengku Irham.

Hendak menahan Isya tapi tidak sempat.
Tengku Irham segera membuka gelari di telefonnya. Memang nampak seiras tapi kenapa Isya mengenalkan diri sebagai Qirana. Nametag yang dipakai juga tertulis nama Qirana.

"Aku kena siasat siapa Qirana. Selama 4 tahun aku tunggu baru kini aku jumpa. Aku takkan lepaskan dia kali ini. Aku akan pastikan aku dapat apa yang aku nak."tekad Tengku Irham.

Memandangkan dia tahu Isya kerja di hotel dia jadi dia mempunyai masa yang banyak. Dia akan mencari maklumat yang dia inginkan. Lepas ni dia akan minta pada Sofea iaitu PA dia untuk mencari semua maklumat tentang pekerja yang bernama Isya.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now