"Hana, kau tahu tak Isya dah balik Malaysia?"tanya Bella kepada Farhana.
"Bila? Mana kau tau? Kenapa pulak aku tak tau? Ish...tak boleh jadi ni!"Farhana mula risau. Kalau dulu dua minggu Isya balik Malaysia pun sudah mengganggu hidupnya bersama Tengku Irham disebabkan kewujudan anak Isya dan sekarang Isya sudah balik ke Malaysia dan ini bakal mengganggu gugat hidupnya untuk bersama dengan Tengku Irham. Dua tahun yang ditinggalkan Isya juga tidak cukup untuknya menggoda Tengku Irham.
"Kau ni Hana lambat sangat goda si Irham tu. Jangan sampai dia balik dekat Irham tu sudahlah. Buang masa kau je kejar Irham tu. Kalau aku, aku memang dah tinggal dah. Jimmy yang gila dengan kau tu lagi bagus dari Irham tu. Kesian aku tengok si Jimmy tu."Bella yang mula menyampah dengan Farhana. Bella boleh ngam dengan Farhana pun kerana sikap mereka lebih sama yang sukakan kebebasan.
"Setakat Jimmy tu. Malaslah aku!"jawab Farhana.
"Kalau kau tak nak Jimmy tu kau pass la dekat aku. Jimmy tu nak kata miskin tak jugak. Berharta kot. Kalau duduk rumah goyang kaki pun, bulan-bulan setakat nak shopping lima enam ribu sebulan still tak ada masalah. Setia pulak tu dengan kau Hana. Tak faham aku tengok kau ni. Kau ni memang suka berebut dengan Isya ke apa? Dulu Rayyan dan sekarang Irham pulak. Kalau Rayyan dulu boleh jugak aku faham. Ni Irham kot dah jadi bekas Isya. Ish tak faham aku!"provok Bella. Sengaja dia memanaskan hatin Farhana.
Farhana mulai bengang dengan Bella. Stress sudah sampai. Apa lagi. Bella dan Farhana sibuk berjoget di kelab malam. Itulah yang dicari mereka. Asal stress sahaja tak ada tempat lain. Sudah semestinya kelab malam. Zarina sudah masak dengan perangai mereka berdua. Kadang-kadang balik jam empat lima pagi dan ada juga langsung tak balik rumah. Penat dia bercakap langsung tidak berkesan.
Zarina risau akan keselamatan Isya. Sempat juga dia suruh Isya berhati-hati kerana Farhana dan Bella sudah mengetahui Isya sudah pulang ke Malaysia. Dia juga sempat berpesan dengan keluarga Tengku Razieff. Risau Farhana akan mengatur langkah lagi untuk menghancurkan Isya.
"Razief, nampak gayanya rancangan kamu kena berjalan cepat. Mak risau pulak kalau lambat. Mana tau Isya langsung tak nak berbalik dengan Irham!"desak Tengku Zakiah.
"Irham macam-mana? Ada plan nak pikat Isya semula? Dulu masa kahwin pun Opah yang tolong. Takkan nak pikat Isya kali ni pun Opah nak tolong juga?" Sindir Tengku Zakiah.
"Mak ni. Patutnya bagilah semangat dekat si Irham tu. Ini tidak. Disindir pulak!"kata Tengku Suraya.
"Irham bukan tak nak pikat Isya tu. Tapi Mama dan Opah pun tahukan Isya macam mana. Rania pun dah masak dengan perangai Isya tu. Irham tengah usahakanlah ni. Buat masa ni Irham tak nak terlalu drastik. Nanti takut Farhana apa-apakan Isya dan Ishal. Nanti lain pula jadinya."balas Tengku Irham.
"Mak, buat masa ni kita tak boleh drastik. Farhana baru tau Isya balik sini. Risau lain jadinya."celah Tengku Razieff.
"Alah Irham. Kamu tu je yang tak tahu cara pujuk hati si Isya tu. Hari tu Opah pujuk boleh je jumpa cicit Opah tu. Dahlah Opah nak masuk bilik. Solat Isyak."Tengku Zakiah yang penat bercakap. Selagi tak di desak Tengku Irham tu selagi tu lambat. Pening kepala Tengku Zakiah melayan perangai Tengku Irham. Bercerai tak ingat nak berbincang tapi bila nak kahwin atau nak berbalik semula boleh pulak berbincang.
Kehidupan Isya sejak balik ke Malaysia masih sama. Sibuk bekerja bersama Alex. Irma dan Haikal menjaga cawangan di Johor manakala Alex dan Isya kini bertumpu di Kuala Lumpur.
"Mumy, Ishal mana? Stephanie tak nampak pun dari tadi?"tanya Stephanie. Sejak berbadan dua ni Stephanie lebih kepada duduk bersama Datin Merry. Datin Merry tidak membenarkan Stephanie membuat kerja rumah. Lagipun kini kandungannya sudah mula sarat. Menghitung hari.
Sejak Isya balik ke Malaysia dan Stephanie duduk di rumah Datin Merry, rutin harian Stephanie adalah mencari Tengku Adam Ishal. Paginya lebih indah jika dia dapat menatap rupa Tengku Adam Ishal yang comel dan tidak banyak kerenah.
"Ishal sekejap lagi keluarlah tu. Tadi dia main dengan Desmond dekat dalam bilik. Breakfast siap kejap lagi baru panggil dia keluar."jawab Datin Merry.
"Alvin, panggil Desmond suruh bawak Ishal keluar. Saya rindu nak tengok dia."arah Stephanje. Alvin pula tidak banyak bunyi memanggil Desmond. Berlari-lari Tengku Adam Ishal dengan membawa anak patung Ultraman yang Tengku Ikram belikan baru-baru ini.
"Mummy! Mummy!"panggil Tengku Adam Ishal kepada Stephanie. Dia memeluk Stephanie dan menghadiahkan ciuman di pipi Stephanie.
"Pandainya anak mummy ni! Dah mandi ke belum ni? Busuk je Mummy cium ni."usik Stephanie kepada Tengku Adam Ishal.
"Dahlah Mummy. Tadi umi mandikan."jawab Tengku Adam Ishal yang sudah mula petah bercakap.
Berlari-lari bebas dia bermain. Pagi-pagi lagi rutin harian Tengku Adam Ishal akan mengganggu tidur Isya. Selepas itu dia akan pergi ke bilik Datuk Michael dan Datin Merry. Tahu saja dia membuka pintu bilik Datuk Michael dan Datin Merry. Sejak di London lagi Tengku Adam Ishal suka mengganggu datuknya itu. Datuk Michael dan Datin Merry pula tidak pernah mahu memarahi cucunya itu.
"Ishal, mari sini!"panggil Datuk Michael.
Sepantas kilat dia berlari menuju ke arah Datuk Michael. Tanpa disuruh dia memeluk dan mencium pipi Datuk Michael.Isya dan Alex pula masih berbincang di dalam pejabat mini di sebelah bilik Datuk Michael.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...