CHAPTER 78

2.9K 102 5
                                    

Farhana dengan muka bengangnya. Entah kenapa hari ni dia marah sangat terhadap Daniel. Daniel pula begitu gembira. Rancangannya berjaya.

"Bodoh betul kau ni Hana! Badan kau sendiri pun kau tak dapat nak jaga!"

Farhana mengamuk bagaikan orang gila.  empat bulan. Bukan jangka masa yang pendek. Tapi disebabkan kesibukannya melayan perasaan marahnya terhadap Isya menyebabkan dia abaikan dirinya. Nak menyesal pun sudah tidak berguna. Dia tidak tahu bagaimana nak undurkan balik masa. Semua sudah tidak berguna.

Malam itu Farhana tidak berjumpa dengan Daniel di kelab yang biasa mereka berjumpa. Daniel tahu Farhana marahkan dirinya. Berita gembira itu dia akan simpan dahulu. Dia akan fikirkan bagaimana mahu mengikat Farhana berterusan. Informer Daniel sentiasa mengikuti perkembangan Farhana. Jadi bagi Daniel dia tidak kisah jika Farhana tidak berjumpa dengannya kerana dia sudah memasang spy bagi mengikuti gerak geri Farhana.

Bilik Farhana berselerak. Akhirnya Farhana tewas dengan kemarahannya. Dia tertidur.

"Bos, Cik Hana tak keluar pun. Seharian dia dekat rumah."beritahu informer Daniel.

"Perhatikan dia. Aku nak kau sentiasa alert ke mana sahaja dia pergi. Apa-apa yang terjadi pada dia kau yang akan bertanggungjawab. Pasang kaki-kaki kau lebih sikit. Aku sanggup bayar mahal asalkan buah hati aku sentiasa dalam keadaan baik."Daniel kini lebih berwaspada. Dia kena pastikan keselamatan Farhana. Kini bila tiba masanya dia akan bertindak.

Daniel masuk ke rumah Farhana. Dia risau keadaan Farhana. Dia tidak mahu rancangan dia gagal. Tuah bukan selalu menyebelahi dirinya. Walaupun dia tahu apa yang dia lakukan salah dari segi agama tetapi dia terpaksa.

Semenjak Daniel mengenali Isya, Isya banyak menyedarkan dirinya. Apa yang dia lakukan sehingga kini telah terpesong dari agama. Dia perlu kembalikan dirinya dan juga Farhana ke jalan yang benar. Dia tidak sanggup lagi bergelumang dengan dosa. Dia perlu berusaha lebih lagi untuk menarik Farhana ke jalan lurus.

"Irham, maaf ganggu. Boleh kita berjumpa? Aku rungsing la. Aku tak banyak kawan. Aku tau kau tak suka aku sangat tapi aku selesa bersembang dengan kau dan Isya. Ajak Alex sekali. Aku ada hal nak bincang dengan kau dan Alex. Aku tak nak libatkan Isya dalam rancangan ni. Kalau Isya tanya kau, kau jangan cakap kau jumpa aku."Daniel menelefon Tengku Irham. Kali ini dia mahu meminta pertolongan Tengku Irham dan juga Alex. Dia tahu Isya lebih memahami Farhana tetapi dia tidak mahu membebani Isya. Dia tidak mahu Isya bergaduh dengan Tengku Irham mengenai dirinya. Dia juga sedar bahawa Tengku Irham sentiasa cemburu bila melihat Isya rapat dengan lelaki lain. Dia tidak mahu disebabkan dia, rumahtangga Isya goyah.

"Eh abang nak ke mana tu? Marah Isya lagi ke?"tanya Isya apabila melihat Tengku Irham bersiap hendak ke luar.

"Tak lah sayang. Abang ni mana sanggup nak marah sayang lama-lama. Lagipun dulu salah abang kan. Abang minta maaf ya sayang. Abang nak keluar kejap jumpa kawan. Abang keluar dengan Alex sekali. Sayang tidurlah dulu ya. Jangan tunggu abang tau."Tengku Irham menarik Isya ke dalam pelukannya dan memberi ciuman di dahi Isya. Isya hanya tersenyum dan selesa dalam pelukan suaminya.

Tengku Irham menghantar Isya ke katil. Isya hanya mengikut sahaja. Tengku Irham menyelimutkan Isya dan menyuruh Isya tidur dahulu. Anaknya Tengku Adam Ishal sudah pun tidur.

Kereta Alex sudah di luar rumah Tengku Razieff. Tengku Irham segera ke luar. Selagi hal Farhana tidak selesai Tengku Irham tidak akan berpindah daripada rumah keluarganya. Mereka akan bergilir-gilir. Seminggu tidur di rumah Datuk Michael dan seminggu di rumah Tengku Razieff. Begitulah seterusnya sehingga keselamatan Isya dan anaknya terjamin daripada gangguan Farhana.

"Bro, apasal Daniel call? Dia ada cakap apa-apa tak? Peliklah. Boleh percaya ke dia tu?"tanya Alex sebaik sahaja Tengku Irham masuk ke keretanya.

"I think we can trust him. Kita dengar saja dulu apa yang dia nak cerita. Lepas tu baru kita siasat balik. You pun ada pasang spy kan?"tanya Tengku Irham kepada Alex.

Alex mengangguk. Dia dan Datuk Michael sudah lama memasang kaki-kaki mereka. Dia tidak hanya berharap pada Alvin dan Desmond. Dia ada memberitahu Desmond dan Alvin mengenai hal kaki-kaki yang diupah mereka. Dia tidak mahu Desmond dan Alvin terkejut dan juga minta mereka merahsiakan daripada Isya. Dia tidak mahu Isya risau mengenai hal tersebut.

Pada mulanya Alex tidak mahu memberitahu Desmond dan Alvin tetapi Desmond pula terlebih dahulu sedar akan kehadiran orang upahan Alex dan Datuk Michael. Mujur sahaja ketika itu mereka tidak memberitahu Isya terlebih dahulu. Jika tidak sudah tentu Isya akan sedar akan kehadiran orang upahan Datuk Michael dan Alex.

Daniel sudah mengaturkan perjumpaan mereka pada malam itu di Starbucks Starling Mall. Dia perlukan pertolongan Tengku Irham dan Alex. Daniel memilih tempat agak berjauhan sikit daripada orang lain. Dia perlukan sedikit privacy.

Tengku Irham menggunakan khidmat joki parking. Itu lebih cepat daripada mencari tempat parking sendiri melainkan dia terpaksa mencari tempat parking sendiri jika tiada khidmat tersebut.

Alex menyapa Daniel terlebih dahulu. Daniel menghulur berjabat tangannya dengan Alex dan Tengku Irham.

"So? What's up? Any urgent?"tanya Alex bersahaja.

"I need your opinion and help!"senada saja Daniel bercakap.

"You cerita dulu. After that I will decide if we can help you. Depends on what kind of help you need."kali ini Tengku Irham berkata.

Daniel tanpa membuang masa bercerita masalahnya kepada Tengku Irham dan Alex. Mereka berdua khusyuk mendengar masalah Daniel. Mereka tidak menyangka Daniel akan mencari mereka.

"So? Boleh tolong I?"tanya Daniel kepada Tengku Irham dan Alex.

"Isya tidak terlibatkan?"Tengku Irham memastikan sekali lagi. Daniel hanya mengangguk.

"Bagus! I tak nak Isya terlibat sama. You tunggu jawapan dari I dan Irham. Kami akan pertimbangkan. I tak pasti samada dapat bantu you ataupun tidak. Tapi bagi masa untuk I fikir dahulu. Esok I call you ya."kali ini Alex pula menjawab. Dia tidak mahu membuat keputusan terburu-buru. Hal ini melibatkan keselamatan Isya juga. Dia tidak mahu mengambil sebarang risiko.

Daniel memahami keadaan Alex. Jika dia menjadi Alex dan Tengku Irham, sudah pasti dia akan mengambil langkah berjaga-jaga juga. Lagi-lagi apabila melibatkan orang yang mereka sayang.

Ketika mereka dalam perjalanan pulang, mereka banyak berbincang mengenai hal Daniel.

"You rasa kita boleh percaya dia?" Tanya Tengku Irham.

"I rass boleh tapi kita minta kaki-kaki kita siasat dulu hal ini. I dah call mereka tadi. Esok pagi mereka akan beritahu hasil siasatan mereka. Esok kita bincang lagi. You jangan pula terlepas cakap dengan Isya. Nanti semua sia-sia. Ingat tu!" Alex memberi amaran kepada Tengku Irham.

Mereka berdua sudah mereka cerita tentang perjumpaan mereka bersama Daniel. Ini bagi mengelakkan percanggahan maklumat. Risau dihidu Isya. Alex dan Tengku Irham juga sudah memberitahu segala maklumat perjumpaan Alex dan Tengku Irham bersama Daniel kepada Tengku Razieff, Desmond dan Alvin. Ini penting bagi menjayakan rancangan mereka.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now