Chapter 65

3.1K 108 3
                                    

Sudah 3 hari Isya pergi ke London dan selama tiga hari juga dia tidak dapat menghubungi Isya.

"Sayang, please jangan buat begini dengan abang. Abang minta maaf."sedih Tengku Irham. Isya kini merajuk.

Beratus pesanan sudah dihantar tetapi tidak satu pun pesanannya dilihat oleh Isya. Isya pula lebih fokus dengan kerjanya di London.

Datuk Michael dan Tengku Razief pula sudah memulakan perbincangan mereka mengenai majlis Isya dan Tengku Irham. Mereka mengikut syarat yang dimahukan oleh Isya. Tengku Razief akan pastikan majlis kali ini berjaya.

Tengku Irham kelihatan gelisah. Kini telefon Alex pula mula di dail. Alex terlalu sibuk dengan hal di London. Dia juga tidak sempat untuk mengangkat panggilan Tengku Irham.

Akhirnya...

"Alex, kenapa Isya tak angkat call I?"tanya Tengku Irham yang kelihatan gelisah.

"Bro, relax. Bagi dia masa. Daddy tetap akan teruskan majlis tu. You gunalah masa ni untuk berfikir macam-mana nak  pujuk Isya. Pikat hati dia. Hati dia tu tak sekeras mana pun. Dia sayang you. Trust me."nasihat yang diberikan oleh Alex.

Tengku Razief sibuk dengan majlis Tengku Irham. Tengku Zakiah pula sudah balik ke kampungnya. Dia gembira kerana rumahnya menjadi pilihan untuk menyatukan Tengku Irham dan Isya.

"Irham, macam-mana dah settle ke hal pejabat agama? Jangan nanti bila dah tiba majlis, tak boleh pula nak teruskan majlis sebab tak settle lagi hal di pejabat agama. Hal ni jangan buat main-main. Papa tak nak Irham ambil remeh hal ni. Papa dengan Datuk Michael dah tetapkan tarikh. Kamu akan nikah semula dengan Isya selepas dua minggu Isya balik dari London. Nanti Papa nak Irham buat helah macam-mana nak elak Farhana tahu mengenai majlis ni. Irham fikir sendiri. Itu permintaan Isya sebelum pergi ke London. Semuanya diserahkan seratus peratus kepada Datuk Michael untuk buat keputusan."beritahu Tengku Razief.

Tengku Irham hanya mengangguk. Betulkah apa yang diperkatakan oleh Tengku Razief bahawa Isya setuju untuk kembali kepadanya. Sampai sekarang Isya gagal dihubungi.

Isya pula menggunakan masa di London sepenuhnya. Sepatutnya dia hanya seminggu di London tetapi dia mengambil keputusan untuk menyambung dua tiga hari menetap di London.

"Alex, you balik bersama Desmond dan Alvin ya. Bawa Ishal juga. Isya nak continue stay dua tiga hari di sini. Lepas tu Isya akan balik ya."pinta Isya kepada Alex.

"Sis, you nak buat apa sendiri dekat sini? Bukan ada apa pun. Jomlah balik sama. Takkan sebab Irham you tak nak balik. Majlis you pun tak lama lagi."pujuk Alex.

Tiada satu pun yang berkesan. Isya juga sudah berjaya memujuk anaknya supaya pulang bersama Desmond dan Alvin. Anaknya nenurut kata ibunya.

Tengku Irham menunggu Isya di lapangan terbang. Datuk Michael memberitahunya Alex akan pulang pada hari ini. Sejambak bunga diletakkan di dalam keretanya dan akan diberikan ketika dia bersama Isya. Senyuman lebar sambil menunggu kepulangan orang tersayang.

Tiga puluh minit sudah berlalu dan akhirnya dia nampak kemunculan Tengku Adam Ishal. Tersenyum Ishal melihat Papanya. Segera dia menjerit dan memeluk Tengku Irham.

"Sorry Bro! Isya tak balik sama dengan kami. Daddy pun tak tahu mengenai hal ni. I balik dengan mereka sahaja."beritahu Alex.

"Isya pergi mana? Kenapa dia tak balik?"tanya Tengku Irham. Kini Isya sudah berani pergi sendirian.

"I dah cuba pujuk. Dahlah. Jom kita balik. Nanti I cuba lagi pujuk Isya."beritahu Alex lagi.

Isya kali ini memang perlukan masa. Telefonnya dimatikan. Dia gunakan masa tersebut untuk dirinya. Selain itu dia juga mempunyai agenda lain. Semasa dia berjumpa client di London tempoh hari dia mendapat peluang untuk mengembangkan lagi perniagaannya. Dia gunakan masa tersebut untuk itu. Kejutan itu hadiah untuknya kepada Datuk Michael.

Isya sibuk dengan mesyuarat bersama client. Janjinya kepada Alex hanya mengambil masa tiga hari paling lama dan kini masanya berada di London sudah bertambah. Dari tiga hari dan kini sudah lima hari.

Alex dan Tengku Irham kini semakin risau. Telefon Isya telah dimatikan dan sehingga kini mereka tidak berjaya menghubungi Isya.

Lima hari telah berlalu. Akhirnya Isya berjaya mendapatkan tender terbaru untuk Datuk Michael. Isya kini sudah bersedia untuk pulang. Hatinya juga semakin tenang.

Telefon Alex berdering. Nama Isya tertera dia skrin. Tersenyum Alex.

"Daddy, Isya call!" Jerit Alex. Kebetulan Tengku Irham juga bersama mereka.

Isya menelefon kerana memberitahu tentang keberangkatannya dari London ke Kuala Lumpur. Dia meminta Desmond mengambilnya di KLIA. Ketika itu Isya sudah berada di lapangan terbang. Bernanah juga telinga Isya mendengar bebelan Datuk Michael dan Alex. Belum lagi Tengku Irham. Isya hanya mampu menadah telinga. Mana tidaknya memang salahnya. Janji tiga hari tapi sudah terlajak dua hari. Bukan setakat itu sahaja, telefon bimbit yang lupa di buka semula selepas dimatikan lagi menyebabkan mereka bertambah marah.

"Daddy, sorry. Isya tak buat lagi. Isya sibuk sangat sampai lupa nak on telefon. Jangan lupa minta Desmond ambil Isya di airport."pesan Isya.

Isya menamatkan panggilan. Tidak mampu dia mahu mendengar leteran Datuk Michael dan Alex. Hal mengenai kontrak yang berjaya diraih tidak sempat dikongsi bersama memandangkan masing-masing berganti memberi ceramah pada Isya.

Telefon Isya penuh dengan pelbagai pesanan dan tidak terkecuali Tengku Irham.

Isya sibuk membalas pesanan whatsapp daripada Tengku Irham.

Isya : sorrylah Isya lupa on phone hari tu.
T.Irham : lain kali buang je phone tu kalau tak guna.
Isya : okay....

Isya malas mahu membalas panjang. Makin panjang dia membalas pesanan whatsapp Tengku Irham makin banyak pula perli dan sindiran dek kerana marah. Jadi Isya membuat keputusan hanya mahu membiarkan masing-masing melepaskan marah mereka terlebih dahulu. Selepas masing-masing tenang baru Isya akan memberitahu hal yang sebenar.

Sambungan whatsapp...

Isya : okaylah saya naik flight dulu. Chat later...
T. Irham : nanti saya ambil awak. Tunggu saya. Banyak perkara nak bincang.
Isya : tak perlu. Saya balik dengan Desmond. Bincang kemudian.
T. Irham : no...kita mesti berbincang.
Isya : kemudian kita bincang atau awak nak saya sambung lagi stay dekat London?
T. Irham : jangan sesekali buat macam tu atau awak nak saya datang ke London?
Isya : London besar. Awak pergi London dan saya tak nak balik Malaysia. Saya pergi ke tempat lain. Awak pilih?

Isya cuba menakutkan Tengku Irham. Dia penat mahu melayan karenah Tengku Irham. Bukan dia tidak mahu dan tidak rindukan Tengku Irham tetapi dia malas mahu mendengar leteran orang. Dia juga bukan mahu mengelak tetapi dia minta ruang untuk berehat.

Satu demi satu leteran yang datang kepada Isya. Fikiran tenang dan kini jadi bercelaru. Agaknya balik ke Isya ke Malaysia atau dia berubah fikiran menukar destinasinya?

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now