Selama dua minggu Tengku Irham menjauhkan diri daripada Isya namun setiap hari dia akan sentiasa menelefon dan bermesej dengan Isya. Tengku Irham sibuk dengan projek di Pahang. Bukan Tengku Irham tidak tahu yang Farhana kerap menelefon PAnya untuk bertanyakan jadual Tengku Irham. Perkara tersebut sudah diketahui oleh Tengku Irham kerana Syazana iaitu PA baru Tengku Irham memaklumkan kepadanya tentang hal tersebut malahan Tengku Irham bersubahat bersama Syazana dan menyuruh Syazana mengikut rentak Farhana.
"Syazana, awak ikut je rentak Farhana. Make sure dia tak tahu pasal ni."suruh Tengku Irham.
"Tapi Tengku, Farhana siap bagi saya duit lagi untuk kerja ni."beritahu Syazana lagi. Dia tidak mahu jika Tengku Irham menganggapnya sebagai salah menggunakan kuasa.
"Orang dah bagi, awak ambil je. Rezeki jangan ditolak tapi saya nak awak laporkan semua yang disuruh oleh Farhana."suruh Tengku Irham lagi.
Kalau dulu Tengku Irham tidak tahu permainan Farhana dan kini semenjak kepulangan Isya dan juga penerangan Tengku Rania dan Tengku Zakiah mengenai Farhana, ini lebih menyakinkan Tengku Irham. Dulu dia buta dengan persahabatan yang pernah dihulur oleh Farhana dan kini dia lebih yakin dan agresif.
Isya pula tidak menolak panggilan daripada Tengku Irham. Kalau dulu hatinya marah dan kini sudah reda. Tidak guna dia menyimpan amarahnya kerana tidak memberi apa-apa faedah. Apa yang dia dapat cumalah perasaan benci dan marah. Kini dia lebih tenang.
Farhana kini memantau pergerakan Tengku Irham dan Isya. Semenjak lali terakhir Tengku Irham berjumpa dengan Farhana yang secara kebetulan, mereka tidak pernah lagi bertemu. Farhana juga telah mengambil tindakan dengan memasang kaki-kakinya untuk memantau pergerakan Isya dan Tengku Irham.
"Macam-mana? Ada apa-apa perkembangan tak?"tanya Farhana kepada salah seorang informer melalui telefon.
"Masih sama bos. Tengku Irham memang berasa di Pahang. Tidak seminit pun dia meninggalkan Pahang. Dah dua minggu Tengku Irham berada dekat sana. Kalau bos nak gambar pun boleh. Saya boleh suruh anak-anak saya beri laporan dekat bos."jawab informer Farhana.
"Bagus. Perempuan tu pula macam-mana? Aku dengar Syarikatnya ada projel kerjasama dengan syarikat Tengku Razief. Siapa yang handle projek tu? Betul ke Tengku Irham tak ada terlibat sama dengan Projek tu?"tanya Farhana lagi untuk pengesahan.
"Tak bos. Projek tersebut diuruskan oleh Tengku Razief sendiri. Perempuan tu terlibat sama dengan Projek tu tapi hanya berurusan dengan Tengku Razief dan tidak melibatkan Tengku Irham. Yang itu saya pasti. Kalau bos tak percaya, bos boleh tanya sendiri dengan Syazana. Itu lebih menyakinkan bos."suruh Informer Farhana.
Farhana tanpa ragu-ragu mempercayai kata-kata informernya. Lebih meyakinkan apabila Syazana sendiri memberitahu jadual Tengku Irham kepadanya.
"Aku nak tengok sejauh mana kau nak lari dari aku Irham. Baik, aku percaya kau tak ada kene mengena dengan Isya tapi aku takkan lepaskan kau. Dah lama aku tunggu kau!"marah Farhana sendirian di dalam bilik.
Tengku Irham bertambah gembira walaupun dia tidak bertemu Isya secara fizikal tapi apa yang lebih menggembirakan hatinya Isya kini lebih mesra dan tidak menolaknya untuk membuat panggilan video. Dia masih boleh melihat Isya walaupun hanya melalui panggilan video. Itu sudah cukup memadai.
Isya kini lebih sibuk dengan projek kerjasama bersama syarikat Tengku Razief. Isya banyak berkomunikasi bersama Tengku Rania dan Tengku Razief. Itu merupakan salah satu projek mega mereka. Ini adalah pertama kali projek kerjasama mereka selepas Tengku Irham dan Isya bercerai.
Selepas dua minggu Tengku Irham pula sibuk mengendalikan projek di Pulau Pinang bersama Alex. Projek tersebut adalah projek baru yang diperoleh oleh Tengku Irham. Disebabkan Alex lebih berpengalaman di sebelah Pulau Pinang maka Tengku Irham membuat keputusan untuk menerima projek tersebut. Pada mulanya Farhana ingin bekerjasama dalam projek tersebut tetapi ditolak mentah-mentah oleh Tengku Irham. Bukan dia tidak tahu tujuan Farhana.
Ini kali kedua percubaan Farhana untuk menjerat Tengku Irham namun gagal juga. Sanggup Tengku Irham bekerjasama dengan Alex. Kali ini dia juga memasang kaki-kakinya untuk menjerat Tengku Irham. Jika dia tahu Isya terlibat sama, dia akan bertindak lebih agresif.
Kali ini gagal juga Farhana mengesan perhubungan Tengku Irham. Jadual Tengku Irham dihantar seminggu awal oleh Syazana. Itu semua adalah selepas dapat izin daripada Tengku Irham. Sebelum Syazana menghantar maklumat kepada Farhana, dia akan terlebih dahulu berbincang bersama Tengku Irham.
"Farhana, tengoklah sejauh mana permainan kau. Kau ingat kau seorang je ke bijak. Kalau dulu kau terlepas sebab aku dibutakan dengan sikap wayang kau tu dan sekarang tengoklah aku pulak yang nak buat wayang."senyum Tengku Irham sendirian selepas mendapat panggilan daripada Syazana.
Tengku Irham juga meminta pertolongan daripada Desmond dan Alvin. Dia tidak mahu Farhana tahu dia berkomunikasi bersama Desmond dan Alvin. Jika dia meminta bantuan sahabatnya mungkin sahaja akan menimbulkan lagi syak wasangka Farhana. Dia tidak mahu Farhana tahu yang dia juga menyiasat pergerakan Farhana.
Sebulan telah berlalu dan Farhana masih tidak dapat mengesan perhubungan Tengku Irham dan Isya tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila dia mendapat kad jemputan pertunangan Tengku Rania bersama Tengku Ikram. Sungguh tak disangka perhubungan Tengku Rania berjaya bersama Tengku Ikram.
"Ah, ni lagi susah kalau Tengku Ikram yang nak kahwin dengan Rania. Sepatutnya Tengku Ikram bertunang dengam Isya dan bukannya Rania!"marah Farhana. Kad pertunangan Tengku Rania dibaling. Begitu marahnya dia.
Telefon di ambil dan nombor Tengku Ikram di dail.
"Kenapa kau bertunang dengan Rania? Kenapa tidak dengan Isya sahaja!"marah Farhana.
"Siapa ni?"tanya Tengku Ikram.
"Bukan kau cintakan Isya ke? Kenapa bertunang dengan Rania? Aku takkan biarkan kau bertunang dengan Rania! Ingat ni! Aku akan ganggu perhubungan kamu berdua. Kau kena kahwin dengan Isya. Aku akan buat kau berdua kahwin!"Farhana mengugut Tengku Ikram.
Tengku Ikram bukan tidak tahu nombor telefon Farhana. Isya sempat berkongsi nombor telefon Farhana. Dia sengaja buat tidak kenal. Isya terlebih dahulu telah menjelaskan kepada Tengku Rania dan Tengku Ikram. Kali ini dia tidak mahu nasib buruk mengganggu perhubungan Tengku Ikram dan Tengku Rania. Cukuplah dia sahaja yang terkena. Mujur sahaja kepercayaan Tengku Ikram dan Tengku Rania kuat terhadap Isya. Jika tidak mungkin sahaja rancangan Farhana akan berjaya.
"Rania, ingat! Jangan sesekali terpedaya dengan helah Farhana. Kalau ada yang mencurigakan, Rania beritahu akak. Akak akan bantu Rania."pinta Isya kepada Tengku Rania.
"Baik kak. Rania akan ingat perkara ni."Tengku Rania berjanji dengan Isya.
"Ikram, kalau you rasa ada sesuatu yang pelik jangan lupa inform I. Kalau you tak nak inform direct, you call Desmond atau Alvin. Mereka akan guide you. Jangan buat keputusan sendiri. Share informasi. InshaAllah segalanya dapat dielakkan."pesan Isya kepada Tengku Ikram.
Kini masing-masing membuat wayang di depan Farhana seolah-olah tiada apa yang berlaku. Farhana pula tetap dengan tindakannya.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...