Kini Daniel, Tengku Irham dan juga Alex semeja dengan Isya. Isya mengajak mereka berjumpa. Semua ini berkaitan dengan Farhana. Isya tidak betah membiarkan mereka menjalankan rancangan mereka.
"Isya, mana you tahu I ada plan dengan husband dan Alex?"tanya Daniel
"Come on Daniel, I kenal mereka bukan setahun dua. Dah masak dengan perangai mereka ni. Husband I ni semenjak kebelakangan ni balik lewat. I cakap dua tiga patah dan dia balas sepatah. Alex pun sama. Bukan setakat mereka berdua ni, Daddy I dan bodyguard I pun sama. I tanya, semua jawapan yang sama. Berahsia sangat. Tak faham I. Sebenarnya apa yang you all plan ni?"kali ini Isya terang-terang bertanya plan mereka.
Tiada satu pun jawapan dari mereka. Diam membisu.
"Tak nak beritahu?"soal Isya lagi.
Keadaan masih sama. Senyap.
"Desmond? I tahu you pun tahu plan mereka kan? Tak nak explain dengan I?"tanya Isya kepada Desmond. Desmond pula hanya sekejap mengangguk dan sekejap menggeleng.
"Okaylah. Suka hati kamu semua. Isya malas nak masuk campur. You all pun jangan masuk campur dengan plan Isya. Kalau you all ada plan begitu juga dengan Isya. Okaylah. Rasanya Isya pun dah tak ada benda nak cakap. Better Isya balik."Isya berura-ura hendak balik kerana sudah penat bertanya tetapi masih tiada jawapan daripada mereka. Isya juga tidak tahu apa rancangan mereka tetapi apa yang pasti Isya perlu menjalankan rancangan dia terlebih dahulu.
Tengku Irham hanya melihat Isya bangun. Dia juga tidak pasti samada ingin memberitahu rancangannya kepada Isya ataupun tidak. Dalam hatinya juga turut risau dengan rancangan Isya. Dia tidak tahu apakah rancangan isterinya itu. Dia tidak mahu Isya turut serta dalam rancangan mereka tetapi kini isterinya sendiri sudah ada rancangannya sendiri malahan berani berjumpa dengan Farhana hanya bertemankan Desmond.
"Sayang, please jangan masuk campur hal Farhana. Abang risau kalau Farhana buat perkara bukan-bukan dekat sayang."akhirnya Tengku Irham bercakap juga.
Isya pula hanya tersenyum. Itu membuatkan Tengku Irham berasa agak marah. Tiada jawapan daripada mulut Isya.
"Sis, tolong jauhkan diri you dari Farhana. You pun tahu dia merbahaya. she can harm you."kata Alex kepada Isya.
Isya pula masih sama. Memberi jawapan dalam bentuk senyuman. Berbeza dengan Daniel. Dia tengah berfikir-fikir untuk bercakap dengan Isya.
"Isya, wait! Can you explain what your plan. You tak takut ke dengan Hana? You pun tahu Hana macam-mana kan. Kenapa you berani sangat."Daniel pula memulakan persoalan.
Isya duduk kembali.
"So, you nak share your plan to me?"soal Isya.
Mereka berpandangan. Alex seperti memberi signal kepada Daniel supaya berdiam diri. Kini mereka bertiga mula senyap kembali.
"Okaylah, apa pun plan kamu bertiga jangan jalan dulu. Let me try with my plan. If I failed so you all boleh continue your plan. I tak tahu apa plan kamu semua tapi apa yang I tahu I akan jalankan plan I dulu. You guys just wait and see."Kata Isya.
Isya meninggalkan mereka. Isya juga tidak pasti apa plan mereka. Mereka abaiakan Isya tetapi Isya tetap dengan rancangannya.
"Alex, you tak takut ke Isya nanti diapa-apakan dengan Hana?"tiba-tiba Daniel bersuara.
"I rasa kita kena share juga plan kita dengan Isya. Sekarang ni pun Isya tak nak share plan dia. I pun risau juga."Tengku Irham meluahkan kerisauannya. Entah kenapa dari tadi dia asyik risau sahaja dengan campur tangan Isya dalam hal Farhana.
Desmond setia bersama Isya. Tengku Irham mengarahkan Desmond supaya tidak meninggalkan Isya setelah perjumpaan Isya bersama Farhana tadi.
"Isya, you tak takut ke dengan Farhana?"tanya Desmond.
"Desmond, tadi pun you perasankan ada dua tiga orang yang tak jauh daripada kita? Itu semua informer I. I bukan takut dengan Hana tapi I cuma kasihan je dengan dia. Dia sebenarnya hidup dalam keadaan yang kurang baik. Persekitaran yang tidak bagus untuk dia. You pun tahukan bagaimana kehidupan Hana. Hana kawan I Desmond. Seburuk-buruk Hana, I rasa I masih boleh lagi get along dengan dia. I akan cuba Desmond. I tak rasa Hana tu teruk sangat. Arwah Mama dan Papa I pernah pesan dengan I dulu, balaslah kejahatan dengan kebaikan walaupun sungguh susah nak buat kebaikan kepada orang yang dah buat jahat dengan kita. Tak rugi pun. InshaAllah lama-lama orang akan sedar. Jangan balas kejahatan dengan kejahatan kerana sesungguhnya diri kita dengan orang tersebut sama. I tak nak diri I sama dengan Hana. I rasa Hana tu cuma lost je. Kalau dia nak buat lagi jahat terhadap I pun boleh. Dah lama dia buat tapi kenapa ambil masa yang lama? I nak kawan I balik Desmond. I dah penat hidup macam ni. You tak rasa penat ke handle si Hana ni? Takkan you nak handle sampai I tua?"balas Isya.
"You nak tau plan mereka?"Desmond terbuka hati ingin berkongsi plan Tengku Irham, Alex dan Daniel kepada Isya.
Kali ini Isya mendengar cerita Desmond. Sungguh mengejutkan.
"Desmond, you minta mereka semua jumpa I. I nak kita discuss sama-sama. I tak nak plan mereka jalan dulu. I rasa I boleh pujuk Hana."arah Isya kepada Desmond.
Desmond dengan segera menghantar pesanan ringkas kepada mereka bertiga. Dia juga turut memaklumkan yang dia telah memberitahu Isya plan mereka. Nampaknya plan mereka kali ini memaksa mereka untuk melibatkan Isya.
Farhana pula lebih banyak menyendiri. Dia sendiri keliru dengan dirinya. Dia lebih banyak mengimbas kembali kenangannya bersama Isya semasa zaman persekolahannya dulu.
"Hana, nanti bila dah habis sekolah, Hana nak buat apa?"tanya Isya semasa mengulangkaji pelajaran bersama.
"Hana rasa nak jadi CEO. Ada syarikat sendiri.Best je rasanya. Ada pekerja sendiri. Boleh arah sana sini."kata Farhana sambil tergelak.
Mereka berdua tergelak. Semasa itu hanya mereka berdua sahaja dan rakan yang lain tidak turut serta kerana ada hal.
"Isya pun nak jadi businesswomen. Nanti bolehla kita share opinion kan. Lepas tu buat kerjasama. Mesti seronokkan?"Isya berkongsi impiannya.
"Isya, nanti kalau Isya ada masalah bolehla Isya share dengan Hana. Ayah Hana businessmen. So Hana boleh advice Isya juga."tambah Farhana lagi.
Satu demi satu kenangan mereka bersama diimbas kembali oleh Farhana. Entah kenapa hatinya sedikit lembut.
"Isya, sekarang ni bukan Hana yang tolong Isya tapi Isya yang tolong Hana. Hana, mana diri kau sebelum ni!!!"jerit Farhana sendirian di dalam bilik.
Farhana juga tertanya-tanya apakah perasaan sebenarnya dia terhadap Tengku Irham. Cintakah dia kepada Tengku Irham.
"Baby, maafkan mama ya. Mama keliru dengan diri mama sekarang ini. Apakah yang mama harus buat baby."Farhana mengeluh dan bercakap sendirian dengan kandungannya. Inilah kali pertama dia berbuat demikian. Sebelum ini dia merasakan kehadiran bayi itu hanyalah satu musibah dan kesusahan kepada dirinya tetapi berbeza selepas berjumpa dengan Isya.
Farhana kini berbaring di atas buaian di balkoni biliknya. Angin sepoi-sepoi dan juga taman mini di balkoni biliknya mendamaikannya. Sungguh kali ini dia rasa tenang.
"Macam-mana pandangan Isya kalau dia tahu aku mengandung sebelum berkahwin. Aku malu dengan cara hidup dan diri aku sekarang."Farhana mengeluh dan kecewa dengan dirinya.
"Mahu ke Isya terima aku jadi kawan balik?"Farhana tertanya-tanya.
"Ikhlaskah Isya terima aku sebagai kawannya? Tak malu ke dia dapat kawan yang mengandung sebelum berkahwin?"Pelbagai soalan yang timbul difikiran Farhana.
Isya, Hana pregnant...nak ke Isya terima Hana? Isya tak malu ke kawan dengan Hana?
Farhana menghantar pesanan melalui aplikasi whatsapp kepada Isya.
Isya hanya tersenyum apabila menerima pesanan daripada Farhana.
"Alhamdulillah...."
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...