Selama seminggu Isya berulang alik dari University Inn ke bilik kuliah. Ini semua gara-gara cemburu Tengku Irham. Sanggup Tengku Irham menghantar dan menjemput Isya ke kuliah semata-mata tidak mahu Isya bersembang ataupun berada berdekatan dengan lelaki lain. Cincin kahwin Isya juga tidak dibenarkan untuk ditanggal keran risau nanti ada lelaki lain cuba mengorat Isya.
"Abang tak penat ke hantar dan ambil Isya ni? Kerja abang macam mana? Hotel bila start operasi?"tanya Isya.
"Isya jangan risau pasal abang. Abang okay je. Hotel minggu depan dah start operasi. Perasmian dua minggu lagi. Bilik kita dah siap dekat sana. Nanti Isya ikut pindah sekali. Abang tak kira. Pemandu juga abang dah cari. Dia akan jemput dan hantar sayang nanti."beritahu Tengku Irham dan tetapi lebih kepada arahan untuk Isya penuhi. Mahu atau tidak Isya kena juga patuh. Itulah perangai Tengku Irham. Jika dulu Tengku Irham kelihatan cool tetapi kini tidak lagi. Risau dengan kehadiran Rayyan. Lagi risau bila Isya memberitahu bahawa Rayyan ada mengajar di dalam kelas Isya. Itu lagi merisaukan dia.
"Abang, abang janganlah cemburu sangat dengan Rayyan tu. Isya cuma anggap dia sebagai kawan je. Kalau Isya nak dia, dari dulu lagi Isya dah cari dia. Please abang. Percaya dekat Isya."
"Abang bukan tak percaya dengan sayang cuma abang tak suka tengok Rayyan tu."
"Rayyan dah bertunanglah abang. Dr Diana tunang Rayyan. Isya pun rapat dengan Diana tu. Satu benda abang kena ingat, Isya tak suka rampas hak orang lain. Abang tak ingat ke kenapa dulu Isya tak layan abang?"
Soalan itu memancing Tengku Irham. Isya memberitahu sebabnya. Isya juga meluahkan perasaan hatinya yang sebenar.
"Sebenarnya Isya dah lama sukakan abang. Sejak pertama kali kita jumpa dalam flight ke Korea hari tu. Isya tak dapat nak lupakan abang sampai Isya juga berharap dapat balik sekali dengan abang. Pernah juga terlintas dekat hati Isya masa tu nak minta nombor phone abang tapi Isya malu. Sampai novel Isya pun Isya lupa. Isya juga harap dapat jumpa abang dekat Malaysia tapi Isya pun tak banyak info tentang abang. Lama-lama Isya lupakan niat Isya dan Isya fokus dekat kerja Isya. Masa pertama kali Isya terlanggar abang pun Isya dah dapat cam abang. Kebetulan Lisa ada masa tu. Jadi Isya lupakan nuat Isya sebab Isya tak nak rosakkan hubungan orang lain. Isya tak nak sakitkan hati perempuan lain sebab Isya tau macam mana sakitnya hati bila orang yang kita sayang berpaling kasih pada orang lain."luah Isya.
Sungguh Tengku Irham tidak menyangka rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan. Isya juga mempunyai perasaan yang sama. Lega Tengku Irham mendengar luahan hati Isya. Hatinya semakin berbunga-bunga.
"Tapi Isya kan tahu Lisa tu macam mana. Sampai hati Isya nak biarkan abang macam tu je. Takkan nak bagi abang dekat Lisa. Lisa tu bukannya bagus sangat. Pakaian pun tak cukup kain."kritik Tengku Irham.
"Abang, semua tu boleh ubah. Abang tak boleh nilai siapa diri orang tu sebelum ni. Kalau abang bimbing Lisa mesti Lisa tu bagus. Itulah peranan lelaki. Isya percaya mesti ada sebab kenapa Lisa tu jadi macam tu. Tak baik abang berprasangka buruk. Isya tengok Lisa tu cuma bebas je. Mungkin dia tak cukup perhatian dan kasih sayang. Tak cukup bimbingan. Isya pun bukannya bagus pun. Banyak sisi gelap Isya yang abang tak nampak lagi. Tapi satu je Isya nak beritahu abang, Isya tak suka ditipu. Isya juga harap ada kejujuran dalam hubungan kita."beritahu Isya lagi.
Begitulah Isya. Sentiasa mencari sisi positif dan berfikiran positif.
Perhubungan Isya dan Tengku Irham bertambah baik sejak Isya meluahkan perasaannya kepada Tengku Irham. Kini mereka sudah berpindah masuk ke Hotel Wellington. Isya tidak lagi duduk di dalam kampus. Pergi dan baliknya dijemput oleh Zamri iaitu pemandu upahan Tengku Irham. Selain itu Zamri juga ditugaskan khas untuk kerja-kerja khas dari Tengku Irham.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...