Chapter 79

2.8K 108 0
                                    

"Lewat abang balik malam tadi. Keluar dengan siapa lama sangat?"tanya Isya. Dia pelik. Ini kali pertama suaminya balik lewat sejak mereka bersatu.

"Abang keluar dengan Alex. Kenapa? Sayang cemburu ye? Abang bukan keluar berfoya-foya la. Abang sayang sayang seorang je. Jangan fikir bukan-bukan!"Tengku Irham sempat menarik hidung Isya.

"Abang ni! Isya tanya je la. Selalu abang balik awal. Ni pukul 3 pagi baru sampai rumah."jawab Isya lagi sambil menghadiahkan pukulan manja di bahu suaminya.

Tengku Irham tergelak. Tidak sangka yang isterinya masih belum tidur lena. Fikirnya malam tadi Isya sudah tidur. Rupa-rupanya tidur-tidur ayam. Patutlah selepas dia menarik selimut baru dia mendengar dengkuran halus daripada Isya.

"Jadi, malam tadi sayang tak tidurlah ya? Sampai hati sayang tak tegur abang."sengaja Tengku Irham menarik muka acah-acah merajuk. Sengaja mengusik isterinya.

Isya hanya tersenyum sahaja. Malas melayan karenah suaminya itu. Ditinggalkan Tengku Irham di dalam bilik bersendirian. Tengku Adam Ishal pula masih belum bangun. Begitulah perangai Isya dari dahulu lagi. Tidak pernah mahu melayan rajuk Tengku Irham. Dia juga tahu Tengku Irham sengaja mengusiknya.

"Sayang, sampai hati tinggal abang seorang diri dalam bilik ni! Pujuk abang pun tak nak!"jerit Tengku Irham dari dalam bilik.

Isya turun ke meja makan untuk menyediakan sarapan pagi buat suaminya.

"Isya, apa yang terjerit-jerit tu! Opah boleh dengar dari bawah ni. Kamu ni! Tak malu ke kalau jiran-jiran kita dengar!"marah Tengku Zakiah kepada cucu menantunya.

"Eh bila Opah sampai? Isya tak tahu pun Opah datang?"cepat sahaja dia menukar topik. Malas mahu mendengar bebelan Tengku Zakiah. Salah dia juga. Sepatutnya dia melayan karenah suaminya itu. Jika tidak, tidaklah Tengku Irham terjerit daripada bilik mereka. Terlupa pula dia yang mereka masih berada di rumah Tengku Razieff.

"Itulah, sampai Opah sampai pun kamu tak perasan. Opah sampai awal pagi tadi. Dalam pukul empat pagi. Saja je dah lama tak datang sini. Ingatkan perangai dah berubah lepas kahwin. Masih sama juga ya. Suka sangat Isya ni mengusik si Irham ya."sempat Tengku Zakiah menarik manja telinga cucu menantunya itu.

"Opah nikan...Isya saja je usik cucu Opah tu. Sampai hati Opah tarik telinga Isya ya."kali ini Isya memuncungkan bibirnya.

Tengku Irham mengambil peluang tersebut untuk membalas balik kepada Isya kerana mengabaikan dia tadi. Ditepuk manja mulut Isya.

"Abang! Apa ni! Tangan abang tu dah basuh belum? Ambil kesempatan pulak. Opah! Tengoklah cucu Opah ni.."meleret-leret nada Isya bercakap. Sengaja mahu mengambil perhatian Tengku Zakiah.

Akhirnya Tengku Zakiah menarik manja telinga Tengku Irham. Dua-dua sama sahaja perangai. Mengada lebih.

"Emak ni! Ada-ada sajalah pagi-pagi ni. Awal pagilah dah riuh meja makan ni. Hah..mana sarapannya? Dari tadi gelak je. Nak makan apa ni? Kalau gelak je memang tak kenyang ni!"kali ini Tengku Razieff pula mengusik emak, anak dan menantunya.

Isya hanya tersenyum. Tengku Zakiah dan Tengku Irham pula sudah tergelak. Galak sangat tadi Tengku Zakiah mengusik Isya sampai terlupa tujuan asalnya ke dapur.

"Sorry Papa. Bagi Isya 10 minit ye. Isya dah masak tadi. Tinggal hidang je lagi. Ingat tadi lepas gerak abang Irham tadi nak siapkan meja makan. Lupa pulak lepas jumpa Opah."Isya tersenyum malu. Dia juga lupa tujuan asal dia ke dapur.

Masing-masing tergelak mendengar jawapan Isya. Ini kali pertama semua ahli keluarga telah duduk di meja makan tetapi makanan masih belum dihidang.

Tengku Suraya tidak betah membiarkan menantu perempuannya menghidang sarapan pagi walaupun ada pembantu rumah yang membantu menantunya itu. Meriah rumahnya dengan kehadiran Isya. Semenjak Isya tinggal bersama mereka walaupun mereka bergilir-gilir dengan Datuk Michael, itu cukup menggembirakannya. Memang ancaman Farhana mengganggu gugat keselamata cucu dan juga kebahagian anaknya menjadi taruhan tetapi dia juga tetap bersyukur kerana masih lagi mengecapi kebahagian hidup dengan kehadiran anak dan menantunya di rumahnya. Itu sudah cukup menggembirakannya. Kebahagiaan yang dirasakan oleh Tengku Suraya seolah-olah tiada wujudnya ancaman Farhana. Dia memerhati dari dapur sambil menghulurkan makanan kepada Isya. Tidak sudah-sudah emak mertuanya mengusik cucu menantunya itu. Letusan ketawa dari ahli keluarganya itu memeriahkan lagi suasana di meja makan. Sekali lagi Tengku Suraya tersenyum tanpa sedar.

Suasana pagi yang sangat menggembirakan bagi keluarga Tengku Razieff. Desmond dan Alvin juga turut serta makan bersama mereka. Tengku Adam Ishal pula sentiasa melekat bersama Desmond. Manjanya makin menjadi-jadi bersama Desmond. Mana tidaknya Desmond memang sentiasa ada bersamanya sejak dari lahir lagi. Desmond juga yang menjaga keselamatan Tengku Adam Ishal daripada ancaman Farhan.

"Desmond, tak payahlah kamu tu melayan perangai si Ishal tu. Bagi je sudu dan garfu tu. Tahulah dia makan sendiri. Nanti bila dah ada adik, macam mana? Manja sangat."tegur Tengku Zakiah.

Desmond hanya tersenyum sahaja. Dia tahu Tengku Zakiah mahu mengusik cicitnya itu. Tengku Adam Ishal pula hanya tersenyum bangga kerana Desmond sentiasa melayan karenahnya. Isya pula hanya tersenyum. Dia tidak kisah jika anaknya itu manja bersama Desmond kerana anaknya itu seorang yang mendengar kata, patuh, taat dan juga mudah dijaga. Jadi bagi dia itu tidak menjadi masalah padanya.

"Sayang, kita tak nak bagi adik ke dekat Ishal tu? Dah besar pun anak kita tu. Nanti jarak jauh sangat anak kita tu dengan adiknya."sekali lagi Tengku Irham menyuarakan hasrat hatinya ingin menimang cahaya mata lagi semasa menolong isterinya mengemas bilik mereka sesudah sarapan pagi.

Isya bukan tidak kasihan dengan suaminya itu tetapi tidak mahu menambahkan kerisauan suaminya.

"Abang, kita selesaikan masalah kita yang sekarang ni dulu ya. Hal Farhana pun tak selesai lagi. Lepas selesai semuanya baru kita fikir balik ya. Isya janji. Lagipun semua itu rezeki dari Allah. Kita hanya mampu berdoa je. Abang pun tahukan yang Isya tak ambil apa-apa pelan nak merancang keluarga. Kalau ada rezeki tu adalah. Isya harap buat masa sekarang kita fokus dulu hal Farhana ya."jawab Isya dengan tenang.

Isya tahu apa yang dilakukannya sekarang salah tapi dia cuba meringankan beban suaminya. Dia perlu pastikan segalanya dalam keadaan selamat. Dia juga risau dengan keadaan Farhana. Mujur sahaja dengan kehadiran Daniel dapat mengurangkan tahap kerisauannya terhadap Farhana. Dia juga masih berharap yang Farhana tidak tersasar jauh. Farhana dulu pernah menjadi salah seorang sahabat baiknya.

Tengku Irham hanya menerima sahaja apa yang dijawab oleh isteri kesayangannya. Dia teringin mahu merasa pengalaman bagaimana mahu menjaga isteri mengandung. Dulu silap dia sendiri kerana percaya dengan kata-kata Farhana. Dek kerana kurang kepercayaan kepada Isya dia telah terlepas peluang tersebut. Tengku Ikram yang tidak berkahwin telah mendapat peluang tersebut dan kini mengaplikasikan kepada Tengku Rania yang sedang mengandungkan cahaya mata sulung mereka.

Tangan Isya dan Tengku Irham ligat mengemas bilik tidur mereka. Semenjak mereka berkahwin, mereka memang tidak membenarkan mana-mana pembantu rumah masuk ke bilik mereka untul mengemas. Baginya itu ruang privasi mereka. Jadi mereka yang akan mengemas sendiri malahan pakaian Tengku Irham juga digosok dan dibasuh sendiri oleh Isya melainkan aa hal tertentu yang memaksa mereka menggunakan khidmat pembantu rumah.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now