Genap seminggu Isya di rumah Tengku Zakiah. Tengku Suraya mengarahkan Tengku Irham membawa pulang Isya dan juga Tengku Zakiah ke rumahnya. Tarikh perkahwinan Isya dan Tengku Irham juga telah ditetapkan. Lebih kurang sebulan sahaja lagi. Jadi Tengku Suraya mahu Isya dan Tengku Irham menyiapkan persediaan untuk perkahwinan mereka. Wedding planner juga telah dilantik oleh Tengku Suraya. Majlis perkahwinan Isya dan Tengku Irham akan disambut dua kali. Satu majlis resepsi di Hotel Wellington dan satu lagi majlis bertandang di rumah Tengku Razif.
Ketika di dalam kereta, Isya termenung jauh. Tengku Zakiah yang duduk di bahagian belakang pula tertidur. Tengku Irham melihat Isya di sebelahnya. Isya teringat kata-kata Tengku Zakiah semasa di kampung.
"Isya, boleh Opah nak tanya. Isya tak suka ke dengan Irham. Opah tengok Isya macam dingin je layan Irham."
"Taklah Opah. Susah Isya nak cakap. Semuanya secara mendadak. Isya tak tahu perasaan Isya sekarang ni. Isya keliru sebenarnya."jawab Isya.
"Apa kata Isya solat Istikharah. Opah tak nak Isya buat keputusan yang salah. Memang Opah nak sangat Isya jadi cucu menantu Opah tapi perasaan Isya juga Isya kena dahulukan. Kahwin bukan main-main Isya." Nasihat Tengku Zakiah.
Selama Isya berada di rumah Tengku Zakiah dia memang ada melakukan solat istikharah dan semuanya melorong hatinya untuk menerima Tengku Irham. Mungkin ini jodoh dia. Apa pun dia akan cuba berbincang dengan Tengku Irham nanti. Tidak mahu masalah terjadi selepas majlis perkahwinannya.
Tengku Irham hanya membiarkan Isya melayan perasaannya. Biarlah Isya bertenang dahulu. Dari mengelamun hinggalah Isya terlena. Tidak tahu bila masanya Isya tertidur.
"Opah, Isya, kita dah sampai ni. Jom masuk."panggil Tengku Irham lembut.
Isya dan Tengku Zakiah menapak masuk ke rumah Tengku Razif. Malam itu Isya tidur di rumah Tengku Razif.
Mereka sampai ke rumah Tengku Razif dalam jam empat petang. Tengku Suraya menghidangkan kuih seri muka dan air teh panas sebagai minum petang.
"Isya, mak, jomlah kita minum petang dulu. Bolehlah kita bersantai dekat tepi kolam sana."ajak Tengku Suraya.
Mereka bertiga menuju ke taman di tepi kolam renang. Tengku Irham dan Tengku Rania pula sedang bermain air di kolam renang.
"Isya, bila nak kursus kahwin? Lebih kurang sebulan saja lagi ni. Takut tak sempat nanti. Nak kena uruskan dekat pejabat agama lagi untuk majlis pernikahan Isya ni. Blood test lagi nak kena buat. Banyak lagi ni persiapan yang perlu dilakukan."Tengku Suraya memulakan bicara.
"Eh mama. Isya dah ada sijil kursus kahwin. Isya dah pernah pergi kursus. Rasanya tak perlu dah. Blood test dengan urusan pejabat agama tu minggu depan Isya selesaikan. Irham dah pergi ke kursus kahwin mama?" Tengku Suraya terkejut mendengar jawapan dari Isya. Isya sudah ada sijil menghadiri kursus kahwin.
"Isya dah pernah pergi kursus kahwin? Bila? Irham tak pergi lagi. Apa kata Isya dengan Irham pergi sekali lagi."jawab Tengku Suraya.
Isya memberitahu bahawa dia pernah menghadiri kursus kahwin semasa di UUM. Tengku Irham yang sedang berenang memasang telinga.
"Mama, Irham pun dah ada sijil dah mana. Irham pergi dua minggu lepas. Esok Irham settelkan blood test dan yang lain-lain ya mama. Fitting baju bila mama?" Tengku Irham menyampuk perbualan Isya dan Tengku Suraya.
Nampaknya sebahagian daripada persedian perkahwinan Isya dan Tengku Irham telah lengkap. Kini tinggal tema perkahwinan dan pakaian pengantin sahaja.
Tengku Razif dan Datuk Michael datang ke arah mereka. Mereka baru sahaja selesai membincangkan mengenai majlis perkahwinan Isya dan Tengku Irham.
"Isya, esok Alex datang ambil Isya ya. Hal majlis perkahwinan Isya ni Isya jangan risau. Sikit saja lagi siaplah. Auntie Mery pun sudah siap dengan cenderahati tetamu untuk majlis Isya nanti dekat hotel."beritahu Datuk Michael.
Isya hanya mengangguk sahaja. Tiada bantahan dari Isya..
"Uncle, esok Irham hantar Isya ke rumah Uncle. Uncle jangan risau ya. Lagipun esok Irham nak ajak Isya beli cincin kahwin. Then settlekan blood test "jawab Tengku Irham. Tengku Irham kurang selesa bila mendengar Alex mahu mengambil Isya. Memang dia sudah tahu Isya adalah sepupu Isya tapi dia juga tahu Alex adalah first love Isya. Dia mengetahui hal tersebut daripada Stephanie, tunang Alex. Walaupun begitu perasaan cemburu tetap ada. Yelah siapa tidak sayang tunangkan.
Persedian demi persediaan dilakukan oleh kedua keluarga. Irma juga sudah pulang daripada honeymoon. Dia menolong kakaknya dalam segala persedian perkahwinan Isya. Isya kini diarahkan oleh Tengku Razif untun berhenti awal dari tarikh sepatutnya. Lebih kurang dua bulan sahaja lagi sebelum Isya melanjutkan pengajiannya ke Kedah.
Isya semakin tenang walaupun majlis perkahwinannya hampir tiba. Kini Isya menginap di rumah Uncle Michael. Sebahagian dari pakaian Isya juga telah dipindahkan ke rumah Tengku Irham. Datuk Michael telah menghadiahkan sebuah rumah berdekatan dengan rumahnya. Rumah tersebut masih lagi dalam proses pengubahsuaian.
Malam menjelang. Isya termenung sebelum terlelap. Notification whatsapp berbunyi di telefonnya. Tertera nama Tengku Irham.
T.Irham : salam...sayang dah tidur ke?
Semenjak majlis perkahwinan mereka hampir tiba, Tengku Irham telah menukar panggilan Isya kepada sayang walaupun dihalang oleh Isya.
Isya : wslm...belum lagi. Kenapa?
T.Irham : tak ada apa. Saja je. Rindu awak.
Isya : yela tu.
T.Irham : esok last fitting baju. Abang jemput sayang ya.
Isya : okay. Pukul dua kan?
T.Irham : yup pukul dua. Tapi abang datang awal. Kita keluar makan dulu.
Isya : fitting dulu la baru makan. Nanti makan dulu test baju tak muat pulak.😂😂😂
T.Irham : sayang ni. Nanti betul-betul tak muat baru tau..
Isya : kalau tak muat kita tak yah kahwin la..😛😛😛😛
T.Irham : sayang jangan nak mengada-ngada ye. Mana ada orang cancel kahwin sebab tak muat baju. Esok abang jemput sayang awal. Pakai simple je.Tengku Irham berasa sedikit lega. Dia dapat melihat perubahan Isya terhadap penerimaan Isya kepada dirinya. Sengaja dia menukar nama panggilan Isya kepada sayang dan dia pula bahasakan diri dia sebagai abang sebagai langkah permulaan hidup dia dengan Isya.
Sebenarnya masih banyak lagi perkara yang dia tidak tahu mengenai Isya. Apa yang penting sekarang ini adalah majlis perkahwinannya dahulu. Selepas majlis baru dia akan cuba mengorek rahsia hidup Isya.
Isya : awak, mesti tak tidur lagi kan?
T.Irham : tidur dah ni....😴😴
Isya : hahahaha....orang tidur mana reply whatsapp...😛😛😛
T.Irham : kenapa tak tidur lagi? Rindu saya ke? 😙😙😙😙
Isya : awak, esok saya ada perkara nak bincang sikit. Lepas fitting kita minum-minum sekejap ye.
T.Irham : hal apa? Jangan cakap awak nak cancel wedding kita sudahlah.
Isya : taklah awak. Esok kita discuss ye. Okaylah saya dah mengantuk ni. Awak pun tidur awal ya. Jumpa esok. Sweet dream..😊😊
T.Irham : okay sayang. Sweet dream...Hati Tengku Irham dilanda risau. Tidur malamnya diganggu dengan teringat perbualan whatsapp bersama Isya. Apakah yang ingin Isya bincangkan lagi. Semua sudah hampir siap.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
عاطفيةStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...