Chalet Datuk Fikri kene dikepung dengan sekumpulan lelaki berkopiah dan berjubah putih. Johan hanya memerhatikan dari jauh dan sempat dia merakam dari jauh apa yang berlaku.
Kejutan demi kejutan yang dihadiahkan Tengku Irham kepada Lisa dan Datuk Fikri. Kejutan pertama mereka didatangi dengan sekumpulan lelaki berjubah dan berkopiah putih dan kini dengan kehadiran isteri-isteri Datuk Fikri.
"Kurang ajar punya perempuan. Aku susah payah bawa kau ke dunia peragaan sampai kau popular macam sekarang tapi apa yang kau bagi dekat aku!!!! Kau kebas suami aku pula!!! Dasar perempuan tak kenang diuntung."tengking Pn Suzila sambil menghadiahkan penampar di pipi Lisa.
Lisa hanya teresak-esak. Pipinya merah kerana hadiah penampar dari Pn Suzila. Dengan penampilan yang serabut. Datin Azilah hanya melihat sahaja. Dia sudah tidak tahu mahu buat apa. Malu melihat perangai Datuk Fikri dan Lisa. Tidak cukup dengan isteri dua kini berselingkuh pula dengan Lisa.
"Encik, lebih baik Encik nikahkab saja suami saya dengan perempuan ni." Kata Datin Azilah dengan tenang.
Tidak cukup dengan kedatangan isteri-isteri Datuk Fikri dan kini pula wartawan menyerbu ke tempat mereka.
Malu tidak tertanggung Lisa. Segera menyembunyikan diri disebalik pintu."Kak Azilah, saya tak setuju abang kahwin dengan perempuan ni!!!"bantah Pn Suzila.
Datin Azilah memanggil bodyguard upahannya untuk menghalau wartawan yang menyerbu mereka sekarang. Mahu tidak mahu kini Datuk Fikri terpaksa berkahwin dengan Lisa. Pn Suzila terpaksa bersetuju selepas dipujuk dengan Datin Azilah. Lisa juga mahu tidak mahu dia terpaksa bernikah dengan Datuk Fikri. Datuk Fikri bukankah lelaki idaman Lisa. Lisa hanya nempergunakan Datuk Fikri untuk kepentingan dirinya.
Setelah selesai, Johan menghantar pesanan melalui aplikasi whatsapp.
Johan : Settle hal Lisa. I dah send video mereka nikah. Dapatkan?
Johan sempat menyelit kamera pada pokok bunga berhampiran dengan chalet Datuk Fikri dan Lisa. Segala-galanya terakam sempurna.
T.I : Bagus Johan. Good job..😁😁😁
Tengku Irham tersenyum puas dan bahagia. Masalahnya kini dengan Lisa telah selesai. Kini dia bolwh fokus kepada Isya pula. Di mana pula Isya sekarang ni ya. Telefon Tengku Irham ditatap lama. Direnung koleksi gambar Isya lama.
"Alex, cepatlah nanti lambat. Parti dah nak start."jerit Isya yang sedang menunggu Alex bersiap.
"Isya, cuba you tengok kat depan tu. Ada apa ya. Siap wartawan bagai. Jom kita pergi sana. Jomlah cepat!!!"jerit Carolina dan Wilson.
Irma dan Haikal juga pergi ke sana. Tidak ketinggalan juga dengan Tengku Rania. Mereka membuat parti bujang untuk Irma dan Haikal sempena mereka akan mengakhiri zaman bujang mereka di Cameron Highlands.
"Isya, if I'm not mistaken is it Lisa? Top model yang terkenal tu?" Kening Alex berkerut-kerut memberitahu Isya.
Semua memandang ke arah Lisa. Mereka semua terkejut dan begitu juga dengan Tengku Rania. Ketika itu Lisa baru sahaja lepas diijab kabulkan dengan Datuk Fikri. Ketika itu Lisa tiba-tiba terlihat kelibat Isya dan laju menerpa ke arah Isya.
"Hoi perempuan!! Ni mesti kau punya pasal. Kau intip aku ya. So ini semua kerja kau kan!!!" Jerkah dan tengking Lisa ke arah Isya yang tidak tahu menahu. Lisa mahu menampar dan menarik tudung Isya namun sempat di halang oleh Alex.
"Watch out your mouth girl. You yang buat salah then nak salahkan orang lain. Tak ada masa kami nak intip you. Nak buat apa intip you. You not bring us any benefit."balas Alex.
"Wah hebat kau ya perempuan!!! Ada pula yang tolong kau sekarang ni. Kau ingat aku tak dapat Tengku Irham, kau akan dapat? Jangan harap. Aku akan sentiasa tengok kau!!!"Lisa memberi amaran kepada Isya.
"Kak Lisa, dengar sini. Akak pun dah kahwin sekarang ni. Kenapa nak kerjar abang Irham lagi. Kalau akak sayang abang Irham, akak tak akan buat macam ni dekat abang Irham. Jangan berani sentuh Kak Isya. Ingat ni. Kalau akak berani buat, jangan harap hidup akak akan bahagia. Ingat tu!!!" Tengku Rania yang tiba-tiba mencelah.
Kini Lisa hilang kata-kata. Wartawan yang berada tidak jauh dari mereka segera menyerbu Lisa. Berita ini lebih hangat dari gosip pertunangannTengku Irham dan Lisa. Manakan tidak dilihat Lisa sedang bertikam lidah dengab Tengku Rania dan Alex. Pasti saja ada yang ingin memuat berita ke dalam akhbar mereka. Esok pasti rating mereka tinggi dengan cerita hari ini.
Johan: Irham, got problem now. Rania dan Isya ada dekat sini.
T.I : Damn...macam mana pula boleh ada dekat situ. Macam mana sekarang ni. Jauhkan mereka sebelum wartawan sempat menemubual mereka.
Johan segera pergi ke arah Alex dan juga yang lain. Kini mereka berada di dalam kereta Johan. Nasib saja Johan membawa Starex. Jika tidak memang tidak tahu bagaimana ingin memuatkan orang yang ramai di dalam kereta.
"Abang Johan! Macam mana abang boleh sampai sini?" tanya Tengku Rania yang pelik dengan kehadiran Johan.
" well abang ada kerja dekat sini. Tiba-tiba dengar pula kecoh-kecoh. Tengok-tengok Lisa pula yang kena cekup dengan pegawai agama. Abang baru saja nak beredar tiba-tiba nampak pula Rania. Abang whatsapp la Irham. Irham suruh abang jauhkan kamu semua dari sana. Wartawan ramai dekat sana. Nanti lain pula yang jadinya."Johan yang cuba sedaya upaya menutup aktivitinya.
"Anyway thanks Bro. I Alex. Cousin Isya." Alex yang memperkenalkan diri dan berterima kasih dengan Johan.
Johan menurunkan mereka di sebuat guest house dekat Berinchang. Guest house milik Isya. Itu salah satu peninggalan Arwah family Isya. Mereka juga turut menjemput Johan untuk parti yang mereka adakan untuk Irma. Johan mengambil kesempatan dengan memberikan moment indah untuk Tengku Irham dengan mengambil gambar Isya dan yang lain secara life tanpa perlu bersembunyi. Pelbagai aksi Isya yang sempat dirakam oleh Johan.
"Bro, I got somethibg surprise for you Irham"desis hati Johan.
"Johan, nanti jangan lupa datang majlus cousin I dekat Hotel Wellington next week ya. Ni invitation card." Alex menghulur kad jemputan kepada Johan.
"No worries I will. Apa kata I jadi cameraman untuk you all masa wedding nanti."cadang Johan.
"Bagus juga tu. Boleh buat photo booth bagi jemputan yang hadir nanti. I will pay for that."jawab Alex.
Isya dan Irma hanya bersetuju sahaja. Bagi Alex mereka salah satu sepupu yang paling rapat dengan keluarganya.
Mereka berparti sehingga ke pagi. Pelbagai aktiviti yang mereka lakukan. Kini mereka masuk ke bilik masing-masing. Nasib saja rumah peninggalan family Isya besar. Cukup untuk memuatkan mereka tidur di sana. Keesokan harinya Johan menghantar Alex ke chalet untuk mengambil kereta mereka. Masing-masing kepenatan. Johan sempat memerhatikan chalet yang disewa oleh Datuk Fikri. Kini Lisa dan Datuk Fikri telah pulang ke Kuala Lumpur semula.
Johan tidak meninggalkan Isya dan yang lain-lain begitu sahaja. Dipasang kaki-kakinya untuk memerhatikan pergerakan Alex dan lain-lain. Dia risau jika terjadi apa-apa terhadap mereka. Kejadian semalam juga sudah mula merisaukan dia. Isya dan Tengku Rania yang tiba-tiba sahaja berada di tempat yang sama.
Teringat Johan pesanan daripada Tengku Irham.
"Johan, you jangan tinggalkan mereka begitu sahaja. Make sure mereka berada dalam keadaan selamat. Pasang kaki-kaki untuk perhatikan mereka. Jika ada apa-apa berlaku, cepat-cepat inform I" pesan Tengku Irham
Rasa menyesal Tengku Irham tidak meneruskan pantauan aktiviti Isya. Jika tidak sudah tentu Tengku Rania dan Isya tidak akan melihat kejadian semalam.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...