CHAPTER 11

6.8K 162 0
                                    

"Jam dah pukul dua belas malam ni. Nak kena cepat tidur. Esok ada janji dengan Alex."omel Isya sendirian.

Tatkala Isya sudah baring. Tiba-tiba notification whatsapp kedengaran ditelefonnya. Whatsapp dari Tengku Irham.

"Ish, apa lagi yang Tengku Irham ni nak. Tak habis lagi ke!!" Geram Isya bila teringat kata-kata Tengku Irham semasa hari lahir Tengku Zakiah.

Irham : assalamualaikum... online kan means awak tak tidur lagi.

Dilihat status Isya yang online di whatsapp.

Isya : waalaikumsalam. Baru nak tidur ni. Dahlah Tengku. Saya nak tidur ni.
Irham : janganlah panggi Tengku. Tak sweet la sayang ni.
Isya : suka hati sayalah nak panggil tengku ke apa. Satu lagi jangan panggil saya sayang. Tak suka.

"Kenapalah hati ni rasa berbunga bila Irham ni panggil sayang"kata Isya sendirian.

Irham : suka hati sayalah nak panggil awak apa.
Isya : ish tengku ni. Okaylah saya nak tidur. Esok saya ada dating. Nanti mata panda. Tak cantiklah...😜😜😜
Irham : kita ada janji dating esok ye sayang? Esok nak jumpa pukul berapa sayang?
Isya : eh siapa kata saya nak jumpa awak. Eee perasan je!!! Dahlah saya nak tidur.
Irham : sayang jangan berani nak dating dengan orang lain. Esok abang cari sayang. 😤😤😤😤😤
Isya : ada saya kisah. 😴😴😴😴😴😴😴😴

Nampak gayanya Tengku Irham marah. Isya tidak pedulikan tentang Tengku Irham. Hanya emoji sleeping digunakan untuk memberhentikan balas membalas di whatsapp. Esok dia perlu segera keluar. Tengku Irham ni bukannya boleh pakai sangat. Segera mencari Alex di whatsapp sebelum tidur.

Isya : Alex, esok kita gerak awal ya. Pukul enam setengah pagi kita keluar. Irma esok tak ikut. Dia ada janji dengan family Haikal. Bakal adik ipar dia nak bertunang.

Alex : okay darling. See you tomorrow.

Mesti semua nak tahukan siapa Alex ni. Alex ni sepupu Isya dan juga kawan baik Isya. Sebenarnya dulu Isya dan Alex pernah bercinta tapi tiada siapa pun tahu kecuali mereka berdua. Dulu cinta mereka terhalang disebabkan berlainan agama tapi tidak bermakna mereka tidak boleh berkawan. Bagi Isya sekali dia memulakan silaturrahim dia tidak akan memutuskannya kecuali perhubungan itu akan memudaratkan orang lain dan menyebabkan pandangan negatif. Sejak Isya tahu yang Alex adalah sepupunya, persahabatan mereka juga semakin erat. Malah Isya juga turut senang dengan Alex. Panggilan "my dear", darling dan sebagainya banyak digunakan oleh Isya bila Isya dikalangan sahabat yang sekepala dengannya. Isya jenis yang open minded. Berkawan tidak kisah bangsa dan agama asalkan masing-masing ada sikap hormat menghormati antara satu sama lain. Itu kelebihan Isya dan Isya disenangi di kalangan kawan-kawannya.

Esok Isya ada janji dengan Alex untuk membantunya memikat Stephanie. Isya juga berkawan dengan Stephanie. Sudah lama mereka berkawan. Sejak dari sekolah menengah lagi. Mesti tertanya-tanyakan umur Isya. Isya kini berumur 29 tahun manakala Irma berumur 27 tahun.

Jam menunjukkan jam dua pagi tapi Tengku Irham masih tidak boleh tidur. Ini semua gara-gara whatsapp Isya. Sudahlah tadi siang Isya siap ber"dear" dan ber"darling" dengan lelaki di dalam telefon, malam ni siap beritahu dia yang esok Isya nak pergi dating. Pergi mana pula si Isya ni.

Pusing kiri dan pusing kanan Tengku Irham di atas katil tapi masih tidak mengantuk. Tidak sabar untuk tunggu siang. Dia ingin cepat siang supaya dapat pergi ke rumah Isya segera. Boleh juga dia join Isya sekali.

"Ah lebih baik aku gunakan khidmat Johan. Bagi upah untuk follow Isya. Bagus jugak ni. Esok aku ikut Isya dulu. Selebihnya dia akan minta khidmat Johan." Tengku Irham mula tersenyum.

Teringat muka Isya siang tadi selepas dia mengaku mengenai kejadian empat tahun lepas.

"kan saya dah cakap, awak mesti mengaku kan. Lain kali tak payahlah susah-susah nak nafikan. Depan orang baru nak mengaku. Nasib baiklah ada novel dan gambarkan."Tengku Irham tersenyum sinis kepada Isya selepas Isya mengaku. Kebetulan hanya mereka berdua ketika itu.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now