"Isya, boleh saya tanya sikit tak?" Semenjak pengumuman berita perkahwinan Isya dan Tengku Irham, Daniel tidak dapat menahan diri daripada bertanya kepada Isya. Dia perlu bertanya juga kepada Isya.
"Ada apa Daniel?"tanya Isya kepada Daniel. Kali ini hanya pertemuan dia dan Syarikat Daniel sahaja. Meeting juga diadakan di pejabat Isya.
"Kenapa awak tolong Hana? Awak tolong Syarikat Hana? Terima Hana untuk terlibat sama dalam projek kerjasama ini? Sejak kita bertemu di Hotel Wellington tempoh hari, saya asyik tertanya-tanya. Kenapa awak nak bahayakan diri awak? Awak tahu Hana tu macam-mana. Saya tahu kemampuan Hana. Awak tak takut ke dengan Hana?"tanya Daniel. Kali ini dia tidak dapat menahan diri daripada bertanya. Dia tahu mesti Isya sudah mengetahui sedikit sebanyak mengenai hubungannya dengan Farhana.
"Daniel, saya juga tahu awak sayangkan Hana. Sebagaimana awak tak takutkan Hana dan setia di samping Hana, seperti itu juga saya masih anggap Hana masih ada sikap kemanusiaannya. Saya tahu Hana masih ada lagi sikap baiknya cuma sekarang dia masih terpengaruh dengan emosi dia sendiri. Saya hanya takutkan Allah s.w.t sahaja Daniel. Saya tak mahu Hana terpesong jauh. Penglibatan Hana dalam projek ini hanya untuk membantu pekerja syarikatnya. Saya tahu banyak syarikat yang cuba menolak penglibatan mereka bersama syarikat Hana. Selagi Hana tak membahayakan nyawa keluarga saya, saya akan cuba tolong dia. Saya harap awak juga dapat tolong saya. Saya tahu awak rapat dengan dia. Tolong saya kembalikan semula kawan saya ya Daniel."kali ini Isya meminta bantuan Daniel. Dia tahu sedikit sebanyak Daniel juga terusik.
Daniel sendiri tidak tahu apa yang dia mahu katakan kepada Isya. Sungguh dia tidak menyangka Isya akan menjawab sebegitu. Walaupun seteruk itu yang Farhana lakukan kepada Isya, Isya masih menganggap Farhana sebagai kawannya.
Isya tahu Daniel sedikit terkesan dengan kata-katanya. Dia bukan menipu Daniel. Memang benar dia masih menganggap Farhana sebagai kawannya. Dia mahu kembalikan Farhana seperti dahulu. Sepertimana dia rapat dengan Farhana. Dia bukannya tidak serik ataupun tidak berhati-hati dengan Farhana tetapi dia tidak mahu Farhana terpesong jauh. Dia tidak mahu melihat kehidupan Farhana berakhir di penjara.
Selepas perjumpaan Daniel dan Isya tadi, Daniel banyak termenung. Kepalanya ligat berfikir mengenai Farhana dan Isya. Kini dia mengupah orang untuk memerhatikan Farhana tanpa pengetahuan Farhana. Dia tidak mahu terlepas mengenai rancangan Farhana. Dia juga perlu membantu Farhana. Dia tidak mahu Farhana berjauhan dengannya lagi. Dia akan pastikan Farhana akan sentiasa bersamanya.
"Isya, terima kasih sebab menyedarkan aku. Aku akan tolong Hana. Aku juga tak sanggup memikirkan orang yang aku sayang semakin jauh daripada aku!"Daniel seperti tersedar. Dia perlu membantu Isya juga. Dia perlu selamatkan orang yang dia sayang. Farhana satu-satunya perempuan yang dia sayang. Dia tidak mahu kehilangan Farhana.
Farhana masih seperti biasa. Malamnya akan berada di kelab malam ditemani Daniel. Tidurnya di rumah Daniel. Tidak sah tidak mabuk. Cuma Daniel sahaja yang sudah jarang menyentuh air haran itu. Daniel akan berusaha menjauhi air itu demi untuk membawa Farhana ke jalan yang benar. Dia perlu memikirkan cara bagaimana mahu mengikat Farhana hidup bersamanya.
"Kau betul ke sayangkan Hana?" Teringat Daniel pada soalan Tengku Irham semasa dia terserempak tengahari tadi.
"Kenapa? Kau pun ada hati dengan dia?"balas Daniel dengan muka serius.
"Relaxlah Bro. Muka jangan serius sangar. Jom kita pergi punch. Itupun kalau kau tak busy. Aku ada hal nak cakap dengan kau."muka Tengku Irham berubah seratus percent. Daripada muka serius dan kini lebih kepada mood sebagai kawan.
Tanpa berlengah Daniel menerima pelawaan Tengku Irham. Bukan dia mahu marah ataupun apa cuma dia tidak suka dengan cara Tengku Irhan bertanya. Mujur sahaja Tengku Irham bijak menukar mood. Jika tidak sudah tentu lain yang jadinya.
Perbincangan antara Tengku Irham dan Daniel. Kini mereka tidak lagi seperti dahulu. Kelihatan lebih rapat demo menjayakan rancangan mereka. Memang tidak disangka persahabatan yang terjalin hanya disebabkan oleh Farhana.
Tengku Irham juga tahu Farhana tidak jahat mana. Farhana juga pernah menjadi sahabat dia. Dia juga sama seperti Isya yang mahukan perhubungan mereka sama seperti dahulu. Tiada sifat mazmumah diantara mereka.
"Bro, better kau cari bodyguard perempuan juga. Aku pun risau dengan Isya. Aku tak nak jadi macam semalam. Bodyguard lelaki cuma boleh tunggu kat luar wash room wanita. Kalau ada apa-apa yang jadi susah juga. Aku kesian kat wife kau."Daniel memberi pendapat.
Kini mereka tidak lagi menggunakan kata panggilan diri formal. Kini mereka lebih selesa beraku kau ketika berbual.
Daniel kini seperti mendapat sokongan daripada Isya dan Tengku Irham. Sepanjang perkenalannya dengan Isya, tidak pernah sekalipun Isya menunjukkan sisi negatif dirinya. Pada Daniel, Tengku Irham sungguh bertuah memiliki isteri sebaik Isya. Namun dia juga tidak pernah menyesal mengenali Farhana. Dia sudah memilih Farhana. Dia tidak akan sesekali meninggalkan Farhana. Dia kini bertekad untuk masa depan yang baik bersama Farhana.
Farhana nyenak tidur dalam pelukan Daniel. Daniel dengan teliti memerhati Farhana yang lena.
"Daniel, maaf tanya, boleh saya tau hubungan awak dengan Hana setakat mana?"Daniel teringat akan soalan yang keluar dari mulut Isya pagi tadi.
"Maksud awak?"Daniel bertanya ingin kepastian. Dia pasti Isya sudah mengetahui kedudukan Farhana dalam hatinya.
"Hari tu kebetulan saya ada dinner dengan Family saya. Saya ternampak awak dekat hotel yang sama dengan Farhana. Maaf ya. Kalau awak rasa macam saya mengganggu privasi awak, awak boleh lupakan saja. Tak perlu jawab. Saya faham." Entah kenapa pagi itu gatal mulut Isya ingin bertanya kepada Daniel.
"Saya tau apa yang awak nak cakap Isya. Ya Isya. Saya dengan Farhana memang dah tersasar jauh. Pada Farhana saya macam seorang kawan tetapi hubungan kami dah seperti suami isteri." Daniel selesa berbual dengan Isya.
Itulah kelebihan diri Isya. Mampu membuat orang lain selesa dengannya. Isya juga seorang yang pandai berahsia. Itu yang membuatkan Daniel selesa berbual dengan Isya. Pada mulanya topik mereka hanyalah berkenaan kerja tetapi dengan kebijaksanaan Isya, Isya mampu menukar suasana kerja kepada matlamatnya yang lain tanpa pengetahuan orang lain.
"Hana, kau tahu tak yang aku betul-betul sayangkan kau. Kenapa kau hanya melihat Tengku Irham sahaja sedangkan setiap malam aku yang kau cari." Daniel bercakap perlahan sambil memerhatikan Farhana yang lena dalam dakapannya.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...