CHAPTER 43 REV 1

5.3K 131 3
                                    

Kepada pembaca sekalian untuk memahami cerita ini sila baca dari chapter 1 hingga chapter 42. Chapter revision dibuat untuk pengakhiran yang berlainan daripada sebelum ini.
Harap chapter revision ini dapat memberi kepuasan kepada pembaca yang mana mengharap kelainan pengakhiran Tengku Irham dan Isya.

Selamat membaca...😊
...............................................................

Lapan bulan Isya hidup di Kota London. Kini umur Tengku Adam Ishal sudah genap empat bulan. Kulitnya yang putih dan rupa Ishal saling tak tumpah seperti chinese look. Ishal lebih mengikut kepada rupa sebelah keluarga Isya. Datin Merry pula sangat bahagia. Keterujaannya terhadap Ishal yang melampau sehinggakan bilik Ishal penuh dengan alat permainan dan lengkap dengan semua perabot. Walaupun Datuk Michael menghalangnya tetapi kedegilan Datin Merry tidak dapat dihalangnya.

Tengku Ikram juga sentiasa ada bersama Isya.

"Ikram, awak tak nak cari girlfriend ke?"tanya Isya

"Kenapa? Awak tak sudi ke jadi girlfriend saya?"soalan dijawab dengan soalan.

"Hati saya masih tak terbuka lagi dan saya tak bercadang nak berkahwin pun. Awak nak kenal dengan kawan saya tak?"sebenarnya Isya bercadang mahu mengenalkan Tengku Ikram dengan Zarina. Sepanjang dia di London dia sering berhubung dengan Zarina. Selain itu juga Zarina merupakan salah satu informer Alex juga. Zarina berpihak kepada Isya dalam diam menyelidik kes Isya. Zarina juga yang menolong Alex mencari bukti selain dari Desmond.

"Awak ni beriya betul nak kenalkan saya dengan kawan awak. Kenapa bukan awak je yang terima saya? Anak awak pun anak saya juga."balas Tengku Ikram.

"Saya bersyukur dengan kehadiran awak, Daddy dan juga Alex. Dengan adanya lelaki di sisi saya juga menyebabkan Ishal tidak kekurangan kasih sayang seorang ayah. Terima kasih sebab sudi jadi papa kepada Ishal tapi hati saya masih lagi tak terbuka untuk terima orang lain. Saya harap awak faham. Umur awak pun semakin meningkat Ikram. Saya anggap awak sebagai kawan baik saya je. Awak jangan berharap lebih dari itu."balas Isya lagi.

Sungguh dia tidak mahu Tengku Ikram menunggu dia. Dia cukup menghargai kehadiran lelaki-lelaki yang sentiasa bersama dia kini.

Tengku Ikram memahami keadaan Isya dan dalam masa yang sama masih berharap. Dia juga tidak mahu Isya berasa tidak selesa dengan perhubungan mereka dan juga bersetuju untuk dikenalkan dengan Zarina.

Genap umur Tengku Adam Ishal enam bulan, mereka balik ke Malaysia selama dua minggu memandangkan Alex dan Haikal kini mendapat projek besar di Johor dan memerlukan bimbingan Datuk Michael dan Isya. Projek di London kini di bawah pengendalian Shaz Holding iaitu Tengku Ikram.

Ketibaan keluarga Datuk Michael di sambut oleh keluarga Alex dan keluarga Irma. Farish Hakimi juga sudah besar. Tersenyum mereka melihat Tengku Adam Ishal di dukungan Datin Merry.

"Mummy, give me your grandson to me!"pinta Alex. Stephanie juga teruja melihat kecomelan Tengku Adam Ishal.

"Mummy, boleh jadi anak kamilah. Muka sebiji macam anak cina!"kata Stephanie. Sempat juga dia berselfie dan di upload di Instagram. Desmond sentiasa setia bersama Isya.

Ketika di KLIA tidak henti-henti mereka bertukar-tukar mendukung Tengku Adam Ishal. Nasiblah Tengku Adam Ishal seorang anak yang tidak banyak kerenah. Jadi tidak susah untuk menjaganya. Mereka menaiki kereta Velfire yang dipandu oleh pemandu Alex. Stephanie pula tidak berenggang dengan Tengku Adam Ishal.

Kini banglo Datuk Michael riuh dengan tawa riang anak dan menantunya. Keluarga Irma juga tidur di rumah Datuk Michael.

"Daddy, esok ada meeting dekat Hotel Wellington. Kak Isya pergi sekali tak?"taya Irma kepada Datuk Michael dan Isya.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now