CHAPTER 33

5.1K 139 0
                                    

Isya termenung sambil merenung salji turun. Suasana yang sejuk tapi cukup menyejukkan hatinya apabila teringat peristiwa dua belas tahun yang lepas.

"Sayang, termenung jauh nampak. Sayang fikir apa? Sayang, sekarang sayang ada abang tau. Abang suami sayang. Sekarang abang nak jadi best friend sayang pula. Boleh kan?" Tengku Irham memeluk Isya dari belakang sambil meletakkan dagu di leher Isya. Tangan diletak rapat di perut Isya. Isya hanya membiarkan sahaja kelakuan Tengku Irham.

"Isya teringat dengan Rayyan. Agak-agaklah dia macam mana sekarang ye. Masih hensem tak? Brian dan Alex tu dah selalu jumpa."usik Isya kepada Tengku Irham.

"Sayang, jangan main-main dengan abang. Mana boleh ingat orang lain. Isya tu hak abang. Sayang jangan ingat senang-senang abang nak lepaskan sayang. Nak dapat bukan main susah. Nasib baik Opah ada tolong abang tau. Opah sporting."Tengku Irham sempat memberi amaran kepada Isya dan dalam masa yang sama memuji Tengku Zakiah yang sporting.

"Abang, agak-agaklah kalau jadi perkara macam tu lagi, abang percaya tak dengan Isya?"duga Isya.

"Apalah Isya ni. Mestilah abang percaya Isya. Isya kan isteri kesayangan abang."jawab Tengku Irham.

"Harap macam tu lah tapi kalau perkara ini jadi lagi dan abang tak percaya Isya, abang jangan tanya kenapa Isya tak balik rumah nanti tau. Masa tu abang akan nampak macam mana Isya yang sebenar. Sekarang ni abang cuma nampak sisi baik Isya je."Isya cuba memberi amaran kepada Tengku Irham. Dia sendiri tidak pasti masa hadapannya dengan Tengku Irham. Memang benar dia ada perasaan dengan Tengku Irham sejak pertama kali pertemuannya di kapal terbang hari itu tetapi dia masih tidak yakin dengan hubungannya bersama Tengku Irham.

"Sayang cakap apa ni. Tak naklah cerita yang tak best. Sebab ni ke sayang tak nak abang sentuh sayang?"tiba-tiba Tengku Irham terhidu sebab sebenar Isya masih tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Isya cuma menggeleng. Dia tahu tanggungjawabnya. Dia tidak akan mengelak lagi. Baru tiga puluh minit yang lepas Tengku Zakiah menelefon Isya bertanya khabar. Sempat juga meninggalkan tazkirah berupa pesanan kepada Isya. Sekarang dia sudah menjadi isteri Tengku Irham. Syurga isteri kini pada suaminya. Dia perlu patuh dan taat. Hati Isya menjadi lembut. Dirasakan pesanan dari Tengku Zakiah mengingatkannya kepada arwah mama dan papanya. Dia juga teringat kepada arwah adiknya iaitu Ilyana.

"Abang, Isya rindu pada arwah Papa, Mama dan Ilyana. Rindu nak dengar pesanan arwah mama dan Papa. Isya rindu dengan gelak tawa Ilyana. Agaknya kalau mati tu boleh masuk syurga, Isya nak mati cepatlah abang. Nak jumpa Papa, Mama dan Ilyana."mata Isya mula berair.

"Sayang, sampai hati sayang cakap macam tu. Abang sayang sayang tau. Janganlah cakap macam tu lagi. Kita baru je kahwin tapi sayang dah cakap pasal mati. Sayang tak sayang abang ke? Ingat sayang. Berdosa bila cakap macam tu. Tak salah kita ingat mati tapi bukan dengan cara bunuh diri. Berdosa. Sayang tak ingat pesan arwah mama ke? Tadi baru je sayang cerita dekat abang apa yang arwah mama pesan tapi sekarang sayang dah cakap macam tu. Ingat sayang berdosa bila kita cakap pasal nak bunuh diri."Tengku Irham yang mengingatkan Isya kembali pesanan arwah Puan Aini. Tengku Irham menarik Isya rapat dalam pelukannya. Kini mereka baring dan Isya mula tersedu sedan apabila teringat akan arwah keluarganya yang telah meninggalkannya.

Isya lena dalam pelukan Tengku Irham dan hari itu juga Isya telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Jam kini menunjukkan jam lima pagi. Isya bangun awal. Dia mandi dan kemudian mengejutkan Tengku Irham untuk menunaikan solat subuh bersama.

"Abang, bangun. Sudah pukul berapa ni? Pergi mandi cepat. Lepas tu solat subuh sama-sama."kejut Isya.

Tengku Irham menarik Isya dalam pelukannya. Semakin Isya cuba melepaskan diri semakin kuat pelukan Tengku Irham.

"Abang!!! Bangunlah cepat. Kalau abang tak nak bangun, Isya solat dulu lah."Isya cuba melepaskan diri sekali lagi tetapi gagal.

"Sayang cubalah lepaskan diri dulu. Lepas tu baru cakap nak solat sendiri."ejek Tengku Irham

"Okay, tak apalah abang. Kita tak payah solatlah. Isya tak kisah. Dosa Isya abang yang tanggung."Isya mencuba lagi malah kini dia menarik selimut dan tidak menghiraukan pelukan Tengku Irham lagi.

Tengku Irham segera melepaskan pelukan dan bangun apabila mendengar balasan Isya. Dia segera mencapai tuala dan mengajak Isya bangun. Begitu mudah Isya melawan Tengku Irham hanya bermain dengan kata-kata.

Isya mengambil wudhuk dan membentang sejadah buat Tengku Irham. Dia setia menunggu Tengku Irham di sejadah. Baju Tengku Irham juga sudah tersedia di atas katil.

Mereka solat berjemaah. Sudah menjadi kebiasaan bagi Isya dan Tengku Irham untuk solat bersama semenjak mereka menjadi suami isteri. Tengku Irham juga tahu itu salah satu cara untuk mengikat Isya sentiasa bersama dia.

Setelah siap solat, Isya menukar pakaian mereka. Hari ini mereka akan berpindah hotel. Mereka akan berpindah ke hotel berhampiran dengan Ski Resort. Aktiviti petang mereka ialah bermain ski. Tepat jam sebelas pagi waktu Korea mereka akan check out dari Hotel.

"Sayang, kita duduk hotel jelah. Abang tak puas lagi nak manja-manja dengan sayang." Tengku Irham tidak membenarkan Isya menukar baju dan menarik Isya dalam pelukannya.

"Abang tak lapar ke? Isya laparlah. Nak breakfast dulu. Jomlah makan. Perut Isya ni dah menyanyi dah tau."pujuk Isya. Memang benar dia lapar.

Tengku Irham sengaja mendekatkan telinganya ke perut Isya seolah-olah cuba mendengar bunyi perut Isya. Isya menolak bahu Tengku Irham secara lembut dan Tengku Irham ketawa melihat kelakuan Isya. Pelukan dileraikan oleh Tengku Irham. Tengku Irham juga segera bertukar pakaian kepada pakaian yang bersesuaian dengan suasana sejuk. Mereka berdua kini menuju ke arah restoran hotel. Hidangan buffet untuk hidangan sarapan pagi. Tengku Irham menyuruh Isya duduk dan dia mengambil hidangan sarapan pagi buat Isya.

Dua keping roti, jem dan butter di letakkan pada pinggan untuk dihidangkan kepada Isya. Bukan itu sahaja. Diambil buah-buahan dan juga sajian bijiran dan diletakkan susu segar di dalam mangkuk kecil untuk Isya. Tidak lupa juga strawberry buat Isya. Dia tahu Isya amat menyukai strawberry.

Selepas mereka bersarapan Isya mengajak Tengku Irham berjalan-jalan sekitar hotel. Sempat juga Isya berselfie dan juga mengambil gambar kenangan di hotel penginapannya. Sudah menjadi satu kemestian buat Isya untuk mengambil gambar hotel di setiap tempat yang dilawati. Katanya sebagai kenangan.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now