Kali ini Farhana ingin berjumpa dengan Isya. Dia mendapat pesanan whatsapp daripada Farhana. Setelah itu dia juga menelefon Zarina untuk berjumpa Farhana sekali bersama. Farhana juga telah memberitahu di pesanan whatsapp jika Isya berasa tidak selamat dia boleh membawa Desmond dan Alvin bersama.
Setelah berbincang dengan Desmond dan Alvin, mereka bersetuju menemui Farhana. Alvin akan tinggal di rumah Datin Merry bersama Tengku Adam Ishal ketika perjumpaannya bersama Zarina dan Farhana manakala Desmond akan sentiasa bersama Isya.
Pertemuan sudah ditetapkan di Oasis Square pada esok pagi oleh Isya. Selepas itu dia berkelakuan seperti biasa. Dia tidak mahu orang lain bimbang mengenai dirinya. Dia meneruskan perbincangan bersama Desmond. Dia tahu Tengku Ikram ada melihat dia dari atas. Bukan dia tidak perasan. Buat masa ini dia tidak bersedia lagi untuk berkongsi mengenai cerita itu. Lagipun dia tengah berperang dengan Tengku Ikram. Bukan dia tidak mahu memaafkan kesalan Tengku Ikram tetapi sejak perkahwinannya bersama Tengku Irham gagal, dia menjadi semakin sensetif.
Mak Jah datang menuju ke arah Isya dan menghidangkannya air teh dan kuih cucur badak memandangkan hari sudah petang sebagai minum petang.
"Mak Jah boleh ambilkan Isya ubat dalam bilik Isya tak? Ada dekat laci sebelah kiri. Badan Isya rasa tak sihatlah. Risau pula nanti demam."suruh Isya kepada Mak Jah.
Mak Jah mengikut arahan Isya. Dia pergi ke bilik Isya. Sebelum masuk dia mengetuk pintu dulu dan terjengul Tengku Ikram.
"Kenapa Mak Jah?"tanya Tengku Ikram
"Maafkan Mak Jah mengganggu. Isya suruh Mak Jah ambil ubat dia dekat laci sebelah kiri. Boleh Mak Jah masuk?"beritahu Mak Jah lagi.
"Owh tak apalah Mak Jah. Nanti saya bawakan. Mak Jah buatlah kerja Mak Jah dulu ya."beritahu Tengku Ikram.
Mak Jah turun ke bawah dan Tengku Ikram pula dilanda risau. Mana tidaknya isterinya itu baru sahaja baik dari demam dan kini sudah meminta ubat lagi. Risau keadaan kesihatan Isya.
Tengku Ikram segera turun dan memberi ubat kepada Isya. Sempat dia berpesan kepada Mak Jah supaya membawa air mineral untuk Isya makan ubat.
Isya leka melayan Ishal ketika Tengku Ikram datang ke arahnya dan membawa ubat.
"Sayang, nah makan ubat ni cepat. Sayang tak sihat ke? Jom kita pergi klinik lah."kata Tengku Ikram.
"Tak apalah. Sakit sikit je. Lepas makan ubat nanti baiklah. Isya sekejap lagi nak balik rumah Daddy. Nak jumpa Stephanie."beritahu Isya.
"Kalau abang tak bagi macam mana?"duga Tengku Ikram. Dia ingin melihat sejauh mana rajuk Isya.
"Kalau tak bagi Isya tak pergilah."balas Isya.
"Kalau begitu abang tak benarkan Isya pergi."senada suara Tengku Ikram.
"Okay."Isya menjawab dan terus mengambil ubat di tangan Tengku Ikram.
"Desmond, telefon saya!!"pinta Isya.
"Hai Darling. I tak boleh datang jumpa you malam ni ya but I promise I akan tunaikan permintaan you. Send me your wish list ya. Love you..."Isya mematikan panggilannya.
"Alvin, tolong saya beli barang ya. Saya dah whatsapp list item yang awak perlu beli. Kalau tak tahu awak boleh video call ataupun whatsapp saya. Pergi sekarang ya. Takut tak sempat nanti." Arah Isya kepada Alvin.
"Abang, kalau nak keluar cari calon madu untuk Isya pergilah. Isya masuk bilik dulu."tanpa sempat Tengku Ikram menjawab Isya berlalu. Sungguh keras hati Isya.
Tengku Adam Ishal masih bersama Desmond. Kemudian Desmond membawa Tengku Adam Ishal masuk ke runah memandangkan hari sudah mahu gelap.
Selepas setengah jam Alvin pulang bersama barang-barang pesanan Isya. Dia memaklumlan kepada Isya melalui telefon. Isya yang baru sahaja baring bergegas bangun dan turun ke bawah. Tengku Ikram hanya memerhatikan kelakuan Isya. Dia hanya membiarkan Isya. Dia memberi ruang untuk Isya bertenang dahulu kemudian baru dipujuknya.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...