"Abang masih marah lagi ke?"tegur Isya semasa mereka di dalam kereta. Tengku Irham menghantar Isya pergi ke pejabat pada hari ini dek kerana mahu berdua-duaan dengan Isya.
"Taklah. Abang minta maaf. Abang cemburu tengok Isya semalam. Bersembang dengan Daniel sambil senyum-senyum."beritahu Tengku Irham.
"Abang ikut Isya? Tak cukup lagi ke Desmond tu jadi bodyguard Isya? Abang ada masa nanti?"tanya Isya tiba-tiba.
"Kenapa?"tanya Tengku Irham pelik.
"Masuk meeting sekali. Projek kerjasama dekat London. Hana, Daniel, Papa dan Daddy pun ada sekali. Lupa nak beritahu abang. Meeting jam sepuluh pagi. So awal lagi. Kita breakfast dulu dengan mereka dekat hotel Papa. Isya dah beritahu semua. So semua tunggu dekat sana."beritahu Isya lagi.
Tengku Irham hanya mengikut sahaja. Sekurang-kurangnya dia ada ketika mesyuarat berlangsung. Daniel ada bermakna dia memang perlu berada bersama Isya. Entah kenapa dia semakin cemburu bila nampak ada lelaki lain yang berbual mesra bersama isterinya, Isya.
"Eh sejak bila Hana terlibat sekali dalam projek ni? Setahu abang Syarikat Hana tak terlibatkan?"Tengku Irham pelik.
"Papa Hana ada datang hari tu jumpa Daddy. Syarikat mereka sekarang ni tengah dalam krisis. Kurang projek. Mula-mula Daddy tak nak terima juga. Daddy discuss dengan Isya dan Alex hari tu minta pendapat kami. Isya dan Alex kesian tengok nasib Syarikat Hana tu. Kami pun dah kenal Hana macam-mana. Walaupun Hana pernah buat macam-macam dekat Isya dan Alex tapi kami kenal dia. Alex pun sependapat dengan Isya. Nak tolong Hana."jelas Isya lagi.
"Kalau dengan kerjasama ni akan menjejaskan syarikat kita macam-mana? Sayang patut fikir dalam-dalam. Kaji dulu baik buruknya. Jangan main terima sahaja. Abang tak setuju. Isya pun tau kan Hana tu macam-mana!"ada nada tinggi sedikit. Tengku Irham cukup tidak setuju dengan pendapat Isya dan Alex. Entah kenapa perkara tersebut banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.
"Abang, abang tak kasihan ke dengan pekerja mereka? Kesian Isya tengok. Tak dapat Isya nak bayangkan. At least kita holeh share rezeki kita dengan orang lain. Hal Hana tu abang janganlah risau. Isya dan Alex bukan bagi portion besar penglibatan mereka dalam projek ni. Kontrak pun Alex dah beri pada mereka. Alex jaga ketat projek. Abang jangan risau ya."Isya cuba menenangkan Tengku Irham. Banyak perkara yang Isya rancangkan bersama Alex tanpa pengetahuan Tengku Irham dan Desmond. Bukan niat untuk mengetepikan Tengku Irham tetapi dia akan cuba memberitahu secara perlahan-lahan. Tidak mahu Tengku Irham terkejut dengan perancangannya.
"Okay tapi ingat ya, abang tak nak sebab hal ini mengganggu rumah tangga kita. Cukuplah dulu Hana berjaya memperdayakan abang. Abang tak nak kehilangan Isya lagi."kali ini kendur sudah suara Tengku Irham. Dia mengalah tetapi dalam masa yang sama masih berfikir cara bagaimana hendak mengelak perkara yang lepas berulang kembali.
Setibanya mereka di Hotel Wellington, Isya dan Tengku Irham bersalaman bersama Datuk Michael dan Tengku Razieff. Farhana yang kebetulan sudah berada di sana juga terkejut dengan perbuatan Isya. Isya bertudung tetapi masih bersalaman dengan Tengku Razieff. Bukankah Tengku Razieff cuma bekas bapa mertua Isya dan kenapa Isya bersama Tengku Irham. Pakaian mereka juga sedondon.
Isya memperkenalkan Tengku Irham sebagai suaminya ketika bersarapan bersama yang lain. Masing-masing terkejut. Paling terkejut adalah Farhana dan Daniel. Bagi Daniel itu adalah berita yang menggembirakannya. Kini dia perlu berfikir bagaimana mahu bersama Farhana. Tengku Irham pula tidak menyangka itu tindakan Isya. Tidak sia-sia dia mengikut Isya pada pagi ini.
"Thanks Isya. Lepas ni I akan fikir bagaimana nak ikat Hana pula."kata Daniel di dalam hati.
"Oh, ni tujuan kau ajak meeting pagi ni! Kau jahat Isya! Aku benci kau!"jerit Farhana di dalam hati. Benci dengan kejutan Isya pada pagi ini. Sepanjang meeting, muka Farhana masam.
"Thanks sayang. Abang happy sangat-sangat hari ni."bisik Tengku Irham perlahan pada Isya.
Isya tahu dia mesti umumkan perkahwinan mereka. Dia tidak mahu Tengku Irham berterusan cemburu padanya. Memang bagus jika ada sifar cemburu tu dalam perhubungan tetapi jika sudah keterlaluan, ini akan membahayakan hubungan mereka. Dia tidak mahu hal yang lepas berulang lagi. Dia akan cuba pertahankan perhubungan mereka kali ini. Tidak seperti dahulu. Belajar melalui kesilapan.
Isya senang hati dengan respon Tengku Irham. Tengku Razieff dan Datuk Michael juga senang dengan pengumuman tersebut. Alex juga sudah tahu mengenai hal tersebut lebih awal. Isya telah memberitahu Alex mengenai rancangan tersebut. Hal tersebut juga terjadi hasil desakan daripada Alex. Lama juga Isya berfikir mengenai hal tersebut dan setelah menimbang semula dia membuat keputusan untuk mengumumkan. Selepas ini dia tidak perlu berjumpa senyap-senyap dengan Tengku Irham. Begitu juga untuk kelihatan mesra. Tiada halangan lagi.
"Isya! Apa yang kau cuba lakukan? Kau ingat dengan umumkan kau dengan Irham dah kawin, aku akan give up! Kau silap! Kau tengoklah lepas ni apa yang aku akan lakukan!"marah Farhana ketika mereka berada di wash room. Itulah tempat paling selamat untuk Farhana memberi amaran kepada Isya. Begitu lama dia menunggu peluang mahu berjumpa dengan Isya sendirian dan apabila melihat Isya pergi ke wash room, dengan cepat tindakannya mengekori Isya tanpa Daniel dan Tengku Irham perasan. Mujur sahaja Desmond sudah berada di sana dan sempat mengekori gerak-geri Farhana. Cuma dia tidak boleh masuk apabila mereka masuk ke dalam tandas perempuan.
"Hmm... apa salah Isya kali ni? Irham dah jadi hak Isya sekarang ni. Hana, sedarlah. Lama Isya tinggalkan Irham tapi Hana still tak berjaya nak goda Irham. So salah Isya ke kalau Isya kahwin semula dengan Irham? Hana tau tak Daniel betul-betul sayangkan Hana. Kenapa Hana nak kejar Irham lagi? Betul ke Irham cintakan Hana? Betulke Hana sayangkan Irham? Fikirlah Hana. Kenapa kita nak bermusuh hanya kerana lelaki? Isya tak nak kita bermusuh."balas Isya kepada Farhana. Dia tahu Farhana akan menyerangnya pada bila-bila masa dan dia sudah bersedia. Dia juga tahu Desmond akan sentiasa bersama dia.
"Kau diam Isya! Kalau kau tak goda Irham, sekarang ni Irham mesti dah jadi suami aku! Aku yakin! Kau jangan nak libatkan Daniel dalam hal ni. Aku tahu Irham pun ada perasaan yang sama dengan aku! Cuma sejak kau datang sini je dia dah berubah. Kau ingat Isya! Aku akan rampas Tengku Irham balik dan kali ini aku akan buatkan kau lebih merana daripada sebelumnya. Ingat tu!"ada senyum jahat pada bibir Farhana namun itu tidak akan menggentarkan hati Isya. Isya langsung tidak melatah. Sebelum dia membuat pengumuman tersebut, dia juga sudah berfikir baik buruknya. Desmond juga ada memberitahu Isya akan hal yang sama.
Ketika Farhana keluar daripada Wash room dan dia terlihat Desmond berada berhampiran wash room. Farhana hanya tersenyum jahat ke arah Desmond. Desmond hanya melihat sahaja perbuatan Farhana.
"Takut juga kau dengan aku ya Isya!"kata Farhana di dalam hati. Dia tersenyum jahat lagi.
Baginya dia sudah berjaya membuatkan Isya takut dengannya kerana Isya sentiasa memerlukan Desmond di sisi mereka.
Kehadiran Desmond dan Alvin adalah untuk melindungi puteranya iaitu Tengku Adam Ishaal. Dia mahukan keselamatan puteranya itu sentiasa terjamin. Desmond di sisinya pula untuk melihat perkara yang tidak di jangka oleh mereka. Demi keselamatan mereka.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...