CHAPTER 25

6K 156 0
                                    

"Isya, Irham dah tunggu ni kat bawah!!"jerit Auntie Mery

Isya tergesa-gesa turun. Tengku Irham datang terlalu awal. Janji dengan wedding planner jam dua tapi jam dua belas sudah datang. Ini semua gara-gara perbualan whatsapp malam tadi. Tengku Irham tidak senang duduk memikirkan perkara yang ingin dibincangkan oleh Isya. Isya pula tengah sedap bergolek depan laptopnya melayan drama kpop.

"Lenglui cepat turun la. You punya Fiancee sudah lama tunggu ni."jerit Datin Mery sekali lagi dengan loghat cinanya.

"Mummy, Isya turun ni. Daddy mana?"tanya Isya kepada Datin Mery.

Semenjak Isya tinggal bersama Datin Mery dan Datuk Michael, Datin Mery sudah mula menukar panggilan bagi dirinya. Dia sudah menganggap Isya dan Irma seperti anak kandungnya. Lagipun Isya bukan sebarangan orang. Anak saudaranya.

Teringat ketika mula-mula Datin Mery menyuarakan kepada Isya.

"Isya, Aunti nak Isya panggil Auntie dengan panggilan Mummy dan Uncle dengan panggilan Daddy. Auntie dah lama nak bincang dengan Isya mengenai hal ini. Since Isya pun tinggal dengan kami, Mummy nak Isya ubah. Mummy pun tak ada anak perempuan. Cuma Alex satu-satunya anak Mummy. Kalau sebab agama, memang kita berlainan agama tapi Mummy stil hormat agama Isya. Agama bukan jurang pemisah untuk Isya panggil Auntie Mummy. Lagipun Mummy betul-betul sayang Isya."luah Datin Mery.

Sungguh Isya terharu. Kini dia mempunyai mama dan papa serta mummy dan daddy. Jika dulu kehidupannya hanya mempunyai Irma tapi kini dia mempunyai dua buah keluarga yang sering nemberinya kasih sayang. Inilah hikmah kehidupan dan juga rezki buat dia. Isya kini hidup dengan penuh kasih sayang.

Isya hanya memakai seluar jeans dan juga tshirt putih labuh. Dililitnya selendang ala-ala Neelofa. Muka pula tidak bermake up. Hanya dengan berlapiskan bedak sahaja.Tengku Irham hanya memerhati Isya sahaja dan sempat memuji Isya di dalam hati.

"Eh Lenglui..cubalah pakai lipstick sikit. Kasi merah sikit bibir tu."tegur Datin Merry.

"Mummy, Isya tak jumpa lipstick Isya. Tak tahu letak mana. Nanti kalau mummy jumpa tolong simpankan ya."Isya mengenyit mata kepada Datin Merry sambil memberikan ciuman di pipi.

"Manja betul anak mummy ni. Pergi tengok dekat cermin tepi pintu tu. Ada lipstick. Selalu mummy pakai bila emergency dan nak cepat. Lepas pakai letak balik. Balik jangan lewat."pesan Datin Merry.

Semenjak Datin Merry menjadi Mummy kepada Isya perangai manja Isya menjadi-jadi. Sebelum ni dia tidak pernah menunjukkan sisi manjanya kepada sesiapa. Cuma Irma sahaja yang mengetahui. Irma pula sejak sudah berkeluarga dia memang jarang berjumpa Isya namun itu tidak bermakna Irma melupakan kakaknya. Irma tetap akan meluangkan masa untuk bervideo call bersama Isya. Itu sudah menjadi kemestian Irma dan Isya.

Isya memakai lipstick seperti yang diarahkan Datin Merry dan berlalu keluar untuk bertemu dengan wedding planner.

Di dalam kereta mereka berdua senyap seribu bahasa.

"Hmm sunyinya. Tak boleh jadi ni. Aku dahlah suka bercakap."Isya bercakap di dalam hati.

"Awak, kenapa datang awal sangat? Awak tak sabar ye nak jumpa saya? Takkan dah rindu kot?"usik Isya kepada Tengku Irham.

Tengku Irham tidak menjawab dan hanya keluar perkataan "hmm" je.
Isya mulai bosan. Tidak tahu mana silapnya. Tiba-tiba telefon Isya berdering dan tertera nama Alex.

"Hai, brother...whats up? Anything I can help you?"sapa Isya. Tengku Irham hanya menjeling Isya. Isya kini nampak lebih mesra bersembang bersama Alex. Bunga-bunga cemburu Tengku Irham sudah keluar.

"Menyesal pulak aku senyap je. Seronok betul Isya ni sembang dengan Alex. Tak puas lagi ke bersembang dekat rumah. Dekat sini pun nak ganggu masa Isya bersama dengan aku. Hmmmm..geramnya!!!"jerit hati Tengku Irham.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now