CHAPTER 13

6.1K 171 4
                                    

Malam menjelang tapi Isya pula yang tidak boleh tidur. Dibeleknya telefon dan lihat semula gambar dia memakai cincin di jari manis. Kenapa dia rasa bersalah pula. Yang salahnya adalah caption pada gambar tu. Memang tangan Isya tapi cincin itu bukan miliknya. Ramai sangat yang comment.

"Kenapa aku rasa semacam je. Rasanya tak patut pun letak caption macam tu. Lebih baik jujur je. Tak baik."keluh Isya.

Isya mengambil keputusan dengan memadam gambar tersebut. Tiada guna pun. Rasa macam budak-budak. Kenapa pula Isya perlu takut pada Tengku Irham. Lagipun Isya bukan buat perkara salah. Teringat kata-kata arwah mama Isya.

"Isya dan Irma ingat tau. Dalam hidup ni bila kita memulakan sesuatu perhubungan jangan lupakan mulakan dengan kebaikan. Jangan nak menipu. Tak elok. Mama nasihat ni. Ingat sampai bila-bila. Jika kita mulakan sesuatu hubungan itu dengan menipu jangan marah kalau hasil persahabatan atau perhubungan itu akan berakhir dengan perkara tidak elok."nasihat Puan Aini kepada dua orang anaknya iaitu Isya dan Irma.

"Betul kata arwah mama. Kenapa aku perlu menipu. Kalau orang tipu aku pun aku marah. Takkan aku pula yang nak menipu. Tak perlulah kot aku nak buat macam tu. Rindunya dekat arwah mama. Kalau arwah mama ada, mesti banyak yang mama bisingkan. Aku sekarang cuma ada Irma saja. Tak lama lagi Irma pun dah nak kahwin. Tinggallah aku sorang." Isya rindu kepada arwah mamanya, Puan Aini.

Setelah selesai memadam gambar tadi di insta tiba-tiba ada pula notification yang mahu follow insta Isya. Dilihat orang yang request dan terang-terang nama Tengku Irham naik. Isya tanpa berfikir panjang menerima Tengku Irham sebagai kawan di Instagram.

"Wah cepatnya Isya accept. Tak tidur lagi ke Isya ni. Eh mana gambar yang Rania tunjuk petang tadi. Dah hilang ke? Kenapa pula tiba-tiba Isya padam. Takut aku tau ke?"fikir Tengku Irham.

Kalau petang tadi Tengku Irham monyok sebab ditinggalkan dan gambar yang Isya upload di Instagram tapi kini fikirian Tengku Irham dipenuhi tanda tanya. Apa yang terjadi sebenarnya.

Belek punya belek si Isya dan Tengku Irham dengan telefon dan akhirnya dua-dua tertidur lena dengan telefon masih di tangan.

...........................................................................

Selepas seminggu Isya dan Tengku Irham masing-masing sibuk. Isya pula on duty pada waktu malam. Isya menggantikan Kak Diana. Isya sukarela untuk menggantikan kak Diana minggu ini kerana menyelesaikan hal peribadinya. Rumah tangga Kak Diana kita tengah dilanda ombak gara-gara suami Kak Diana ada perempuan lain.

"Kak Diana Okay ke ni. Isya tengok Kak Diana ni macam muram je. Boleh Isya tau kenapa? Kalau akak ada masalah cerita je. Kalau Isya boleh tolong nanti Isya tolong. Kalau tak boleh nak tolong pun Isya boleh jadi pendengar yang baik untuk masalah akak. At least akak dapat luahkan perasaan akak. Kurang sikit beban akak."pujuk Isya supaya Kak Diana menceritakan masalah yang dihadapi Kak Diana.

Kak Diana akhirnya menceritakan kepada Isya yang suaminya ada perempuan lain. Dari jauh kelihatan Tengku Irham menuju ke arah Isya tanpa mereka sedar. Isya dan Kak Diana ketika itu sedang duduk di cafeteria Hotel. Disebabkan masa rehat ketika itu maka tiada siapa yang menghalang.

"Macam nilah Kak Diana. Apa kata minggu ni Isya ganti akak kerja malam. Akak ambil shift Isya pada waktu siang. Kita bertukar shift. Akak guna masa tu untuk goda suami akak."cadang Isya.

"Eh tak apa ke tukar shift. Isya mana pernah kerja shift malam. Biasanya Isya kerja pun paling lewat sampai sembilan malam. Ni kan pula nak kerja time malam pula."tanya Kak Diana kepada Isya.

"Tak apa kak. Isya boleh je. Tapi janji dengan Isya yang akak kena cuba sampai berjaya pertahankan rumah tangga akak. Akak bagi Isya duit, Isya tolong ajar akak cara make up, ubah imej akak ni. Malam pula akak try goda suami akak. Akak bagi servis yang bagus pada suami akak tu confirm nanti dia boleh lupa perempuan tu." Cadang Isya lagi.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now