Isya bersendirian lagi di hotel hari ini. Awal pagi lagi Tengku Irham sudah keluar. Tidak tahu pergi ke mana. Sebarang nota juga tidak ditinggal untuk isterinya. Jadi Isya buat keputusan hanya ingin melepak di bilik sahaja. Esok merupakan hari terakhir dia di Korea. Petang sedikit baru dia ingin keluar biarpun hanya dia sahaja pergi seorang diri. Laptop di tarik keluar dari beg dan di buka. Skype on. Dilihat siapa yang available untuk dihubungi. Telefon di tarik dan pesanan whatsapp dihantar. Tidak lama kemudian boleh dilihat lampu hijau menyala pada setiap friend list.
Orang yang ditunggu sudah muncul. Headphone disambung ke laptop dan kini Isya memulakan video call.
"Hai Honey!!!! Miss you already. Any news for me?"tanya Isya dengan riang. Senyuman paling manis terpampar dan kelihatan begitu gembira.
Tengku Irham yang baru masuk ke bilik terpancing dengan suara Isya. Sungguh gembira Isya bersembang. Tengku Irham tertanya-tanya.
"Honey? Dengan siapa pula Isya bersembang. Baru je aku tinggalkan dia dah ber"honey". Tak boleh jadi ni."omel Tengku Irham sendirian. Sengaja dia memangil Isya dengan kuat supaya "honey" Isya terdengar panggilan "sayang" yang ditujukan kepada Isya.
"Wait a moment honey. Will continue later our gosip. Daa!!!" Talian panggilan dimatikan.
Pada mulanya Tengku Irham ingin melihat siapakah gerangan si "honey" Isya ni tapi nampaknya Isya lebih cepat dari Tengku Irham. Menyesal pula Tengku Irham kerana memanggil Isya. Jika dia tahu Isya akan mematikan panggilan dengan cepat mungkin saja dia perlu mengendap Isya perlahan supaya dapat melihat honey Isya.
"Sayang cakap dengan siapa? Cepat je matikan panggilan."tanya Tengku Irham tegas.
"Rahsia. Mana boleh bagi tahu abang. Kenapa? Cemburu?"tanya Isya.
"Kalau sayang jadi abang, sayang cemburu tak kalau abang panggil orang lain dengan panggilan sayang?"soalan Isya dijawab dengan soalan oleh Tengku Irham.
"Kalau Isya, depends. Depends dengan siapa abang panggil sayang tu."jawab Isya tenang.
"Maksud Isya?"soal Tengku Irham lagi.
"If sayang tu abang tujukan pada orang yang tak ada ikatan dengan abang, Isya cemburu tapi still kena tengok juga la hubungan abang dengan dia. Kalau abang betul-betul sayang dia dan dah tak sayang Isya then Isya undur diri but first I will put trust on you. Kata orang hidup ni jangan cepat melatah. Kena kaji dulu supaya dapat mengurangkan kesilapan tapi kalau tetap juga salah maka itu sudah menjadi nasib kita."jawab Isya mudah dan tiada menunjukkan sebarang emosi kepada soalan Tengku Irham tetapi sebaliknya kepada Tengku Irham. Dia pula gelisah dengan jawapan Isya.
"Mudahnya sayang nak tinggal abang. Sayang tak sayang abang ke?"
"Abang, sebab sayanglah Isya terima abang. Tapi takkan semudah itu kita nak panggil semua orang dengan panggilan sayang kan. So sebab tu kena fikir dengan siapa yang kita nak panggil sayang. Macam Isya bila Isya dah mula sayang orang Isya akan tukar nama panggilan orang tu tapi kalau orang tu tak bermakna buat Isya, Isya akan panggil dengan nama dia sahaja. Itu bezanya."jawab Isya.
Satu persatu Isya menerangkan dengan Tengku Irham. Dia tidak mahu Tengku Irham salah faham dan salah guna penukaran kata ganti diri. Dia juga bukan jenis yang suk serkap jarang. Sebelum bertindak dia akan memastikan dia menyiasat terlebih dahulu dan mempunyai sebarang bukti.
"Siapa Honey sayang tu? Kenapa panggil Honey? Abang cemburu tau. Kenapa sayang tak nak panggil abang dengan panggilan honey ke or tak pun dengan panggilan "B" je. Kan nampak sweet."kata Tengku Irham yang seakan-akan mahu merajuk.
"Buruk betul muka abang kalau buat macam tu. Cuba senyum sikit. Mesti manis. Siapa suruh abang tinggal Isya seorang diri dalam bilil. Itu nasib Isya duduk bilik je kalau lama sikit abang dekat luar, abang balik bilik je confirm dah tak nampak Isya dah."provok Isya.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...