CHAPTER 3

8.7K 235 1
                                    

Tengku Irham balik ternanti-nanti Isya. Mungkinkah dia akan dapat bertemu dengan Isya malam ni. Dia menunggu di ruanagan lobi hotel dan berharap Isya akan keluar.

Kebetulan kerja Isya siap awal. Disebabkan tadi baju Emma basah maka Isya meminjamkan jaketnya kepada Emma untuk Emma pulang. Isya pula terpaksa berpakaian kerja untuk balik. Biasanya Isya akan menukar baju sebelum balik. Baju kerja akan dimasukkan ke dalam beg kertas dan di bawa balik untuk dibasuh. Emma merupakan rakan kerja Isya. Isya ingin bergerak keluar dari bilik persalinan. Sudah jam 12 tengah malam. Isya perlu segera pulang. Irma tinggal di rumah seorang diri.

Ketika mahu pulang Isya singgah sekejap di kaunter informasi hotel dan menyerahkan kuih frozen kepada Kak Fatihah.

"Kak, ni kuih yang akak nak. Saya dah lewat ni. Saya balik dulu ya kak."

"Okay Qirana. Terima kasih tau. Duit akak dah transfer tau. Nanti Qirana check balik ya. Takut tak masuk."balas Kak Fatihah.

Terdengar suara Isya, Tengku Irham terus menoleh ke arah suara Qirana.

"Qirana, wait!!!"panggil Tengku Irham

"Yes, ada apa encik? Eh nama Encik apa ya? Maaf sebab tadi saya terlanggar encik." Jawab Isya.

Dalam pada yang sama Isya berasa gugup juga dan ada juga rasa gembira kerana bertemu semula tapi dia tak boleh nak buat dirinya sebenarnya Isya. Dia teringat perempuan yang tidak cukup kain pada petang tadi yang mungkin saja teman wanita Irham.

"Saya Irham. Takkan awak tak kenal saya. Saya masih ingat lagi 4 tahun yang lepas kita berjumpa di dalam flight ke Korea. Takkan awak lupa. Anyway macam mana awak boleh kerja di sini?" Soal Tengku Irham lagi.

"Eh maaf ya Encik Irham. Saya tak kenal encik pun. Memang saya pernah pergj Korea tapi saya tak kenal encik. Saya memang kerja dekat sini. Okaylah Encik Irham saya balik dulu ya." Isya cepat berlalu kerana tidak mahu berlama di situ. Makin lama dia di sana akan makin banyak soalan yang keluar dari mulut Irham. Dia juga perlu siasat siapa Irham dan kedudukan Irham di Hotel Wellington.

Tengku Irham berasa hampa dengan sikap Isya sekarang tapi dalam masa yang sama nekad untuk mendedahkan identiti Isya. Dia perlu segera untuk mencari jawapannya.

.........................................................................

Keesokan paginya....

"Kak, hantar adik dekat pusat service proton dulu ya. Adik nak ambil kereta. So senanglah akak nak pergi kerja hari ni?"pinta Irma kepada Isya.

"Tak pe dik. Akak hari ni off 2 hari. Hari jumaat baru akak kerja. Lagipun akak bukan kerja full time pun. Kontrak. Dalam kontrak pun ada tertulis akak cuma akan kerja bila hotel kekurangan staff. So tak ada yang urgent pun. Akak hantar adik. Petang nanti lepas adik kerja baru kita ambil kereta dekat sana ya."jawab Isya.

"Okay kak. Eh kek yang Kak Fatihah order tu akak jangan lupa hantar tau. Irma dah hias cantik-cantik. Nanti merajuk pulak anak Kak Fatihah tu. Dahla untuk birthday anak dia. Kesian anak dia nanti." Irma mengingatkan Isya. Takut Isya lupa.

"Ye, akak tak lupa. Kak Fatihah tu awal pagi lagi dah whatssapp akak. Akak bawa terus kek ni. Lepas hantar adik akak hantar kek ni dekat Kak Fatihah ya. Dah jom cepat. Nanti lambat masuk. Bos adik tu bukan betul sangat. Nanti tak pasal kena lagi tulis surat reason kenapa masuk lewat.hahahaha"

"Bos adik tu ex boss akak jugak.hahahah... mengata orang pulak"ejek Irma.

Isya menghantar Irma pergi kerja. Selepas Irma ke Syarikat Sinar Maju Isya pergi ke Hotel Wellington pula. Bukan untuk bekerja tetapi  cuma menghantar kek kepada Kak Fatihah.

Selepas berhenti kerja dari Syarikat Sinar Maju Isya membuat perniagaan online. Dia menjual knitting product, frozen food, bakery and cake. Kerja di Hotel Wellington adalah sementara. Kontrak 1 tahun dan kini tinggal lagi 8 bulan. Dia sudah bekerja di Hotel Wellington selama 4 bulan.

"Assalamualaikum Kak Fatihah. Ni ha kek yang akak order tu. Dah siap. Akak simpanlah dulu kek ni. Akak kerja sampai jam berapa ni?"tanya Isya.

"Waalaikumsalam..panjang umur Qirana. Akak baru je cakap pasal Qirana tadi. Terima kasih yer. Sekejap lagi akak simpan."jawab Kak Fatihah.

"Hah cakap pasal Qirana? Ni mesti mengata Qirana lah ni kan?"tebak Qirana.

"Tak ada lah. Apa pulak mengata. Tadi Tengku Irham datang sini tanya pasal Qirana. Akak pelik jugak. Sejak bila Qirana kenal Tengku?"tanya Kak Fatihah lagi.

Isya cuma memberitahu Kak Fatihah yang dia baru mengenali Tengku Irham. Tidak disangka pula yang hotel ini milik keluarga Tengku Irham. Nampaknya dia kena mula berhati-hati lah kalau begini. Jika silap langkah nanti tak pasal-pasal pula Tengku Irham tau yang sebenarnya dia adalah Isya yang pernah ditemui mada flight ke Korea pada empat tahun yang lepas. Dia bukan tak nak beritahu tetapi disebabkan Lisa. Lisa mungkin teman wanita Tengku Irham. Jadi dia tak nak melukai hati perempuan lain. Lagipun dia tidak mengenali hati budi Tengku Irham. Lebih baik dia hanya mendiamkan diri.

Ketika hendak pulang Isya terserempak pula dengan Tengku Rania. Adik kepada Tengku Irham. Kalau nak tahu Isya dapat kerja dekat Hotel Wellington adalah disebabkan Tengku Rania. Isya mengenali Tengku Rania semenjak dari Universiti. Kebetulan Tengku Rania dan Isya belajar di tempat yang sama iaitu Universiti Utara Malaysia dan pernah duduk di satu kolej yang sama cuma bezanya Isya graduate dulu dari Tengku Rania.

"Kak Isya, tunggu la dulu. Kak Isya tak kerja ke hari ni?"jerit Tengku Rania.

Tengku Irham yang ketika itu ingin melangkah masuk ke lift terberhenti seketika ketika terdengar Tengku Rania memanggil nama Isya.

"Owh Rania. Akak ingat siapa tadi. Yang terjerit tu kenapa. Akak off hari ni. Hari jumaat baru kerja."jawab Isya.

Sebenarnya Isya risau jika Tengku Irham yang mendengar panggilan  nama Isya.

"Ala kak jom lah kita lunch dulu. Sembang dengan Rania. Dah lama Rania nak sembang dengan akak."ajak Tengku Rania.

Tengku Irham mempercepatkan jalannya ke arah mereka. Kebetulan Isya membelakangi Tengku Irham jadi Isy tidak perasan kehadiran Tengku Irham.

"Eh adik ada dekat sini. Siapa ni adik?"soal Tengku Irham dengan sengaja bertanya soalan itu kepada Tengku Rania.

Isya yang rasa serba salah namun diteruskan lakonannya. Tidak mungkin untuk dia mengalah dahulu. Tengku Irham ingin melihat sejauh mana ketahanan Isya. Sampai bila dia nak berahsia dan apa motif Isya merahsiakan hal tersebut.

"Ala abang. Ni lah Akak Isya. Dulu kan adik pernah cerita roomate adik dekat universiti. Kak Isya lah roomate adik dulu."jawab Tengku Rania.

Nampak gayanya makin susahlah. Sudahlah Tengku Irham bertanya perihal dia pada Kak Fatihah dan kini mungkin saja Tengku Irham akan mempergunakan Tengku Rania pula. Apalah nasib Isya hari ini.

"Eh bukan ke nama dia Qirana. Kenapa Adik panggil dia Isya?"soal Tengku Irham pula dengan niat ingin mengorek rahsia Isya.

"Ye lah. Dua-dua pun boleh guna. Nama akak ni Isya Qirana tapi adik dah biasa panggil Kak Isya. Cuma dekat sini je panggil Qirana."- Tengku Rania

Soalan demi soalan. Masalahnya sekarang ni Isya di depan mereka. Kebetulan Irma menelefon Isya ketika itu dan itu merupakan kesempatan pada Isya untuk melarikan diri.

"Maaf ya Tengku Irham dan Rania. Saya terpaksa mengundurkan diri dulu ya. Ada emergency. Akak balik dulu ya Rania."Isya segera ingin pergi.

"Eh akak nantilah dulu. Kita lunch sekali"Tengku Rania melengahkan masa Isya.

"Maaf ya adik. Akak terpaksa pergi. Adik akak dimasukkan ke hospital."Isya ingin segera pergi.

Panggilan yang diterima dari telefon Irma adalah mengenai keadaan Irma. Irma tiba-tiba pengsan si tempat kerja dan itu amat merisaukan Isya. Irma satu-satunya ahli keluarga yang tinggal kerana ahli keluarganya yang lain terlibat dalam kemalangan.

"Oh ye ke kak. Tak apa lah. Akak pergilah cepat. Nanti apa-apa inform Rania ya. Akak masih guna nombor telefon yang sama kan?" Tengku Rania juga risau melihat Isya kerana dia mengetahui keadaan Isya yang hanya hidup berdua. Tiada ibu bapa dan keluarga. Yang tinggal hanyalah Irma.

Isya hanya mengangguk dan segera mempercepatkan langkahnya.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now