CHAPTER 32

4.9K 126 0
                                    

Berita mengenai Isya sampai ke pengetahuan En Daniel. Sungguh menyedihkan dan memalukan malahan gambar-gambar Isya bersama Alex tersebar. Surat-surat cinta yang kononnya Isya berikan kepada Alex kini tersebar. Pada mulanya Isya juga tidak mengetahui hal tersebut. En Daniel menyorokkan berita tersebut dari Isya. Kehidupan Isya juga seperti biasa. Isya jalani kehidupan dia seperti biasa cuma kini tiada lagi kunjugan dari Alex dan juga Rayyan. Rayyan juga sudah menjauhkan diri. En Daniel juga menjalankan siasatan mengenai hal tersebut secara senyap. Selama ini Isya selalu menceritakan apa-apa sahaja perkembangan hidupnya kepada Papanya.

"Ina, kenapa ye Isya rasa sekarang ni Alex macam jauhkan diri je dari Isya. Sejak kita pergi camping hari tu dah tak ada Alex datang sini. Nak jumpa dia pun susah. Brian pun dalam proses nak pindah."tanya Isya kepada Ina.

"Eh Isya tak tahu ke yang Alex dah nak pindah? Dia kata dia malu nak sekolah dekat sini. Parents dia dah pindah Malaysia. Jadi dia tinggal dengan Parents dia."jawab Zarina. Zarina mengetahui kes sebab apa Alex berpindah namun tidak diceritakan kepada Isya. Zarina juga semakin menyampah dengan Isya. Sungguh menjadi rancangan Farhana. Rayyan pula sudah termakan hasutan Farhana.

Isya yang terdengar jawapan Zarina terkejut. Bukan setakat itu sahaja kini dia dipanggil oleh Cikgu Omar iaitu guru disiplin. Selama ini dia seorang murid yang cukup berdisiplin malahan tidak pernah menjejakkan kaki ke bilik disiplin. Rayyan juga berada di dalam bilik tersebut memandangkan Rayyan rapat dengan semua guru.

Di bilik Cikgu Omar....

"Isya, saya nak dengar penjelasan awak mengenai kertas dan gambar-gambar ni!! Saya tak sangka awak begini. Awak bertudung dan kenapa gambar ni awak tak pakai tudung? Tak malu ke? Setahu saya ini masa camping dekat Lata kinjang hari tu. Ni berpeluk dengan orang yang bukan muhrim. Tak malu ke? Surat-surat ni. Jelaskan pada saya. Sekali pun awak minat dia jangan sampai tulis surat yang bukan-bukan begini. Memalukan tau tak. Bukan hanya memalukan orang lain malah memalukan keluarga awak juga."soal Cikgu Omar.

Isya berasa sungguh terkejut. Dilihat gambar-gambar di depannya. Malu kerana di hadapannya ada Rayyan dan kini dia mengetahui sebab apa Rayyan dan Alex menjauhkan diri pada dia. Isya berasa sungguh marah dengan Farhana dan kawan-kawan yang lain. Cuma mereka sahaja yang mempunyai gambar tersebut. Perasaan benci dan dendam Isya kini tersemat di hatinya.

"Cikgu, gambar ini memang betul gambar saya. Alex bukan sengaja peluk saya. Masa tu saya nak tergelincir jadi Alex cuba untuk selamatkan saya. Gambar tak bertudung ni pula gambar semasa kawan-kawan saya tolak saya masuk air dan tudung saya tertanggal dan di bawa arus. Saya tak tahu macam mana nak buktikan pada cikgu tapi iti yang terjadi dan surat-surat ini pula bukan tulisan saya. Kelihatan memang seperti tulisan saya tapi bukan. Kalau cikgu nak hukum saya atas perkara yang saya tak lakukan. Terpulanglah. Saya terima." Isya mengalah. Tidak guna lagi. Semua sudah berlaku. Perasaan benci dan dendam kini bersarang dalam hati Isya.

"Jagalah kau Farhana, Bella dan Ina. Sampai hari kamu semua buat aku macam ni. Aku benci kamu semua!!!!"jerit Isya di dalam hati.

Isya keluar dari bilik Cikgu Omar dengan muka tenang. Langsung tiada riak yang menunjukkan dia disoal siasat oleh Cikgu Omar. Rayyan pula menunjukkan muka menyampah kepada Isya namun tiada balasan dari Isya. Isya cuba beriak tenang. Seperti tiada apa berlaku. Sejak dari itu Isya jadi semakin pendiam. Tiada lagi pergaulan Isya bersama Farhana, Zarina dan Bella. Zarina sekali sekala cuba mengajak Isya untuk rehat bersama namun Isya pandai mengelak. Sekali perasaan benci datang Isya takkan  lupa sampai bila-bila.

Isya juga sempat menulis surat kepada Brian dan meluahkan perasaannya kepada Brian. Mujur Brian memahami Isya. Brian percaya kepada Isya dan sempat dia berpesan kepada Isya supaya menjaga diri kerana dia sudah jauh dari Isya. Minta Isya supaya tabah menghadapi dugaan. Hal tersebut juga dia turut akan membantu menyiasat. Mengenai Alex dia akan bantu Isya untuk menerangkan semuanya kepada Alex jika semuanya sudah terbukti bukan salah Isya.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now