CHAPTER 28

5.6K 151 0
                                    

"Isya, careful with Farhana. I'm not sure what the hidden agenda she now. As i now she try to harm you"

Pesanan whatsapp yang Isya terima dari seseorang yang dia kenal iaitu Zarina. Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Ina semasa zaman persekolah Isya. Dahulu Isya mempunya 3 orang sahabat baik di mana terdiri daripada Farhana, Zarina dan Nabila. Mereka berkawan rapat semenjak sekolah rendah lagi. Namun ketiga-tiga sahabat baik Isya semuanya dikalangan orang berada. Tidak kurang juga dengan Isya. Papa Isya, En Daniel Yong juga seorang pekerja yang rajin berusaha malahan dia juga memiliki restoran sendiri. Persahabatan Isya bersama mereka terputus selepas berakhirnya peperiksaan SPM. Masing-masing dengan haluan masing-masing. Sejak peristiwa yang pahit itu menyebabkan Isya sukar untuk  mempercayai orang lain di mana rakan karibnya sendiri sanggup menikamnya dari belakang. Semenjak peristiwa itu juga menyebabkan Rayyan menjauhi Isya dan Alex berpindah dari sekolah tersebut. Hanya disebabkan Farhana, Zarina dan Nabila.

Isya termenung sambil membelek telefonnya. Tengku Irham yang baring di sebelahnya kelihatan sungguh lena. Isya terbangun awal dek kerana pesanan whatsapp yang diterimanya dari Zarina. Perlukah dia mempercayai Zarina sedangkan sebelum ini Zarina adalah salah seorang daripada mereka. Dari mana Zarina memperolehni nombor telefonnya sedangkan nombor telefon ini terlalu private. Hanya orang tertentu sahaja yang mengetahui.

Jam baru menunjukkan pukul lima pagi. Lambat lagi. Dia cuba menjauhi Tengku Irham. Kelihatan tidur Tengku Irham sungguh lena. Isya cuba menolak lengan Tengku Irham yang memaut pinggangnya. Semakin dia cuba menolak semakin erat pelukan Tengku Irham. Bagaimana dia mahu meleraikan pelukan Tengku Irham.

Tiba-tiba mata Tengku Irham terbuka.

"Sayang nak pergi mana ni? Dah pukul berapa? Kenapa pegang telefon?" Tanya Tengku Irham yang tidak mahu Isya bangun dari pembaringan.

"Eh Isya nak pergi toilet. Tengok jam pukul berapa. Abang sambunglah tidur. Sorry Isya ganggu abang tidur."jawab Isya yang cuba menyembunyikan rancangannya. Asalnya Isya mahu menelefon Alex bertanyakan mengenai Zarina.

"Sayang dari tadi tolak tangan abang. Memanglah abang terbangun. Kalau Isya tak ada dekat sebelah abang memang confirm abang akan bangun. Bagilah abang peluk Isya lagi."rayu Tengku Irham manja.

Isya hanya melayan kerenah Tengku Irham sekejap. Telefon diletak di meja sebelah katil. Dikunci skrin bagi mengelakkan telefonnya di ceroboh Tengku Irham. Selepas melayan Tengku Irham Isya segera ke tandas walaupun itu cuma alasan yang direka oleh Isya untuk melepaskan diri. Nasib baik Tengku Irham tidak mencurigai Isya. Tengku Irham kembali menyambung tidurnya.

"Zarina, mana kau dapat nombor telefon aku ni. Betul ke Farhana ada niat macam tu. Tapi aku tengok Farhana ni semacam aja. Dia minat dengan Irham ke? Kenapa baru sekarang muncul."bebel Isya sendirian dalam tandas.

Isya yang kegelisahan. Dicapai paip dan dibuka. Tab mandi kini dipenuhi air. Isya mengambil keputusan untuk berendam di dalam tab untuk menghilangkan kegelisahan dirinya. Direndam badan dan juga kepalanya di dalam air. Kini lencun baju dan juga badannya. Nasib saja tuala hotel ada disediakan di dalam bilik mandi. Jika tidak mungkin saja dia terpaksa keluar dalam keadaan basah.

Selepas empat puluh minit Isya di dalam bilik mandi, Isya keluar dengan berkemban. Dia terlupa membawa jubah mandi. Nampaknya ini kali pertama dia berkemban dengan tuala separas peha sahaja. Mahu tidak mahu dia perlu keluar. Di intainya ke luar dan kelihatan Tengku Irham masih lagi tidur. Isya berasa lega walaupun Tengku Irham sudah halal baginya namun dia masih mempunyai perasaan malu.

Isya keluar perlahan-lahan dari bilik air dan secara tak sengaja Isya terpijak air berhampiran dengan lap kaki dan terjatuh.

"Aduh!! Sakitnya." Isya terjelepuk. Tuala di badan hampir melurut.

Tengku Irham yang terdengar suara Isya terus terbangun.

"Sayang, kenapa ni?" Tengku Irham diburu rasa cemas terus meluru ke arah Isya. Tengku Irham mendukung Isya ke atas katil.

"Sorry abang sebab ganggu tidur abang. Isya terpijak air tadi. Tak perasan."jawab Isya sambil menarik selimut di atas katil untuk menutup tubuhnya yang agak terdedah.

Pada mulanya Tengku Irham tidak perasan dengan keadaan Isya yang hanya memakai tuala pendek tetapi disebabkan tingkah laku Isya yang tiba-tiba menarik selimut baru dia perasan Isya hanya memakai tuala pendek. Muka Isya mula merah dan Tengku Irham terpegun sedikit melihat keindahan ciptaan Allah.

"Sayang ni pakai macam ni pagi-pagi ni nak goda abang ke apa?"usik Tengku Irham.

"Eh mana ada. Tadi Isya lupa bawa jubah mandi. Dah basah baju kena air dekat bilik mandi tadi. Jadi Isya terus la mandi. Abang ni tengok Isya macam tu dah kenapa? Pergilah mandi. Boleh kita solat subuh sama-sama."Isya cuba menghalau Tengku Irham.

"Ala sayang. Janganlah macam tu. Awal lagi. Jom kita buat pahala dulu. Sudah alang-alang ni. Lepas tu kita mandi sama-sama."goda Tengku Irham.

Pelbagai alasan yang Tengky Irham gunakan. Satu pun tak menjadi. Bukan Isya tidak mahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri tetapi dia masih belum bersedia.

"Abang pergi mandi dulu ya. Isya tak sedap badanlah abang. Lagipun nanti kita akan flight kan ke Korea atau abang nak Isya batalkan. Kalau badan Isya tak sihat macam mana kita nak honeymoon kan. Lagipun lepas ni kita ada masa seminggu untuk bersama. Entah-entah nanti abang yang penat nak layan Isya pula." Isya cuba memujuk Tengku Irham. Tengku Irham yang muncung sahaja tersenyum bila mendengar Isya berkata mengenai honeymoon.

"Okay kali ni abang terima. Next time abang tak nak dengar alasan lagi tau." Tengku Irham bangun dan menuju ke bilik air sambil mengenyit mata ke arah Isya.

Isya segera mengambil pakaiannya dan bersiap. Masih ada masa lagi. Dia perlu segera menelefon Alex. Dia perlu gunakan masa yang ada  dengan bermanfaat. Telefon dicapai dan di dail nombor telefon Alex.

"Hello Alex. Help me. Zarina whatsapp me and i will send the message for her to you. One thing, how Zarina got my phone number? Who give my number to her?"Isya yang bercakap laju kerana risau Tengku Irham akan keluar dari bilik air.

"Hello. Ya sis. Early morning you call me. Wait, wait!!! Zarina? I'm not sure who give your phone number but i will help you to investigate. Something wrong here I think. Don't worry you have me now. I will help you. Sis, don't forget discuss with your husband. He has the right to know. Anything i will update to you. Now please don't worry okay!!" Pujuk Alex. Kalau dulu dia marah dengan Isya kerana perangkap Farhana dan yang lain tetapi kini dia tidak lagi marah malah semakin mengkagumi dan menyayangi Isya seperti adik beradik. Isya juga sudah secara rasmi memanggil Datuk Michael dan Datin Merry sebagai Daddy dan Mummy jadi sudah tentu saja mereka secara rasmi sebagai adik beradik.

Selepas dapat bercakap dengan Alex mengenai Zarina dia segera mematikan telefonnya kerana bimbang Tengku Irham keluar dari bilik air. Dia segera mengambil wuduk dan sejadah dibentang. Sementara dia menunngu Tengku Irham keluar dari bilik air, dia menyediakan baju Tengku Irham dan diletakkan di atas katil.

Tengku Irham keluar dari bilik air dan kelihatan semuanya sudah tersedia. Mereka sembahyang berjemaah dan ini merupakan kali pertama dia menjadi imam untuk Isya dimana hanya Isya seorang sahaja menjadi makmum. Seusai habis solat Tengku Irham segera memegang tangan Isya.

"sayang, abang sayang sangat dengan sayang. Abang harap sayang dapat terima abang seadanya."

"Abang, Isya terima abang seadanya dan terima kasih sebab jadikan Isya isteri abang. Satu perkara yang Isya nak, kalau abang ada rasa keraguan terhadap Isya, abang beritahu je. Isya tak nak abang tanya dengan orang lain perihal Isya. Isya juga tak nak sorokkan apa-apa dengan abang. Banyak perkara yang abang tak tahu mengenai Isya. Separuh dari hal Isya mesti  abang dah tahu dari Rania tapi banyak lagi perkara yang abang tak tahu. Isya akan ceritakan sedikit demi sedikit. Bagi Isya masa untuk ceritakan dekat abang dan satu lagi Isya tak nak abang cemburu dengan Alex. Alex dah jadi macam adik beradik Isya dah. Memang Isya sayang Alex tapi x lebih daripada kasih seperti seorang abang."beritahu Isya kepada Tengku Irham. Dia akan menceritakan sedikit demi sedikit tentang siapa dirinya yang sebenar.

Tengku Irham ingin mengetahui semuanya mengenai perihal isterinya. Dia akan gunakan masa yang ada untuk memahami isterinya.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now