CHAPTER 53 REV 1

3.2K 113 2
                                    

"Seriously Isya! Betul ke awak nak goda saya?"tanya Tengku Irham di pejabat selepas makan.

"Nope. Just cakap je depan Farhana. Perempuan macam tu memang kena tegas. Dah cukuplah apa yang saya rasa. Awak jangan salah faham pulak. Kalau awak nak pergi dekat dia pun tak apa. Saya rela je." Balas Isya. Tengku Irham sedikit kecewa mendengar jawapan Isya. Mahu juga dia tahu bagaimana beraninya Isya menggodanya.

"Atau awak takut jatuh hati dengan saya!"sengaja Tengku Irham memprovok Isya.

"Dengan awak saya tak perlu goda kan? Sebab awak sendiri yang rela datang dekat saya. Bukan begitu ke?"Isya membalas balik serangan Tengku Irham.

Tengku Irham seperti hilang kata-kata. Memang benar apa yang dikatakan Isya. Bukan Isya yang mencarinya tetapi dia yang berusaha untuk mendekati Isya.

"Saya nasihatkan awak supaya jangan biarkan saya goda awak. Sebab once saya take a step, awak akan susah nak lupakan saya! I'm warning you!"Isya sengaja bercakap dengan gaya menggoda kepada Tengku Irham. Terpaku Tengku Irham mendengarnya. Ini kali pertama dia melihat sisi berani Isya.

"Kenapa? Biarlah. Diri saya. Suka hati sayalah."balas Tengku Irham berani. Dia suka gaya berani Isya.

"For now I tak ada rasa nak goda you, Tengku Irham. For now single is better for me!"jawab Isya sambil mengenyitkan mata ke arah Tengku Irham. Isya kembali kepada mood seriusnya. Buah hatinya Tengku Adam Ishal sudah mula dengan mood manjanya. Dia berada berdekatan dengan Isya sambil diperhatikan oleh Desmond dan Alvin.

"Isya, Saya balik dululah. Oh ya lupa nak beritahu, Opah ajak awak datang rumah. Opah nak buat majlis majlis tahlil dan bacaan yaasin sikit. Awak tidurlah rumah saya satu malam."jemput Tengku Irham.

"Okay. Boleh. Cakap dengan Opah nanti saya datang. Make sure sedikan satu lagi bilik untuk Desmond dan Alvin. Kalau tidak saya tak boleh pergi."jawab Isya tegas.

"Awak tak percayakan keluarga saya ke sampai perlukan Desmond dan Alvin selalu."tanya Tengku Irham.

"Saya tak percayakan Farhana. Bukan tak percayakan keluarga awak. Saya tau Farhana macam-mana. Kalau apa-apa jadi dekat Ishal, saya tak boleh maafkan diri saya. Bukan senang saya hidup berdua dengan Ishal. Saya cuma nak pastikan keselamatan Ishal terjamin. Awak tak kenal lagi Farhana macam mana. Awak cuma kenal Farhana begitu sahaja. Terlalu banyak sisi Farhana yang awak perlu lihat. Kalau dulu saya dilayan macam sampah disebabkan permainan Farhana dan tak mustahil dia akan ganggu keselamatan Ishal. Sebelum itu yang terjadi, saya perlu elakkan dan sediakan payung sebelum hujan."panjang lebar Isya memberitahu Tengku Irham.

"Kali ni saya akan lindungi awak dan Ishal. Bagi saya peluang itu Isya. Awak perlu percayakan saya kali ni Isya. Saya takkan tinggalkan awak lagi."rayu Tengku Irham supaya hanya Isya dan Tengku Adam Ishal sahaja yang pergi ke rumahnya.

"Maafkan saya Irham. Sekarang ni kita tak ada apa-apa ikatan. Awak cuma Papa kepada Ishal sahaja sekarang ni. Bagi saya awak cuma bekas suami saya saja. Saya harap awak faham. Bukan saya tak percayakan awak tapi awak kena faham. Hubungan kita tak macam dulu Irham. Awak bukan boleh sentiasa melindungi saya. Buat masa ni biarkan Desmond dan Alvin yang lindungi saya dan Ishal. Hal lama awak lupakan saja. Kalau awak kasihan dengan Farhana, awak boleh kahwin dengan dia. Saya takkan halang awak Irham. Lagipun awak dengan saya tiada apa-apa hubungan melainkan awak dengan Ishal."Isya cuba menyedarkan Tengku Irham. Dia tahu Tengku Irham memang mahu melindunginya dan juga Tengku Adam Ishal namun dia juga perlu sedar hakikat sebenar bahawa hubungannya dengan Tengku Irham cuma sebagai bekas isteri kepada Tengku Irham dan tiada apa yang boleh menghalalkan hubungan mereka sekarang ini.

"Kalau macam tu, kita rujuk balik. Saya boleh lindungi awak dan Ishal."balas Tengku Irham.

"Buat masa ni saya tak terfikir lagi untuk berbalik semula dengan awak Irham. Saya harap awak faham. Bukan mudah saya nak lupakan peristiwa sebelum ini. Dua tahun saya hidup sendirian dengan keluarga saya. Saya mengandung dan bersalin sendiri. Hanya keluarga yang bersama saya. Saya masih tak dapat lupakan apa yang dah jadi sebelum ni."balas Isya.

"Kenapa awak tak beritahu saya yang awak mengandung?"soal Tengku Irham.

"Kalau saya bagi tau pun apa yang saya dapat?"soal dijawab dengan soalan oleh Isya.

"Saya takkan tinggalkan awak. Saya akan sentiasa bersama awak!"jawab Tengku Irham dengan yakin.

"Sudahlah Irham. Awak nak percaya ke yang tu anak awak kalau saya bagi tau pun. Saya rasa belum tentu lagi kan. Sekarang ni awak yakin ke yang Tengku Adam Ishal tu anak awak?"sengaja Isya mempersoalkan hal Ishal kepada Tengku Irham. Dia mahu melihat sejauh mana kepercayaan Tengku Irham terhadap anaknya.

Soalan Isya mengundang kegoyahan kepercayaan Tengku Irham terhadap Tengku Adam Ishal. Isya sendiri dapat menangkap perubahan Tengku Irham. Baru sahaja diduga dengan sedikit soalan sudah mampu mengoyahkan kepercayaan Tengku Irham terhadap keturunan Tengku Adam Ishal.

"Sekarang awak sendiri dah goyahkan! Awak sendiri baru terfikir betul ke Ishal tu anak awakkan! Irham, selagi awak sendiri tak ubah diri awak dan kepercayaan awak terhadap saya dan Ishal, saya percaya kalau saya berbalik dengan awak dan hal yang lepas akan berulang lagi malah lebih teruk. Beritahu Opah saya akan datang pada hari majlis sahaja. Tak perlu susah-susah nak sediakan bilik untuk saya. Saya takkan bermalam dekat rumah awak. Awak pun dah nak balikkan. Nanti kirim salam saya dengan Opah. Saya keluar dulu. Saya ada tetamu dekat bilik mesyuarat."Isya mengakhiri perbualannya dengan Tengku Irham. Mujur saja dia ada appointment bersama pembekal yang sepatutnya dihadiri oleh Alex tetapi diganti oleh Isya disebabkan Alex bersama Stephanie di hospital.

"Isya, nanti dulu! Saya bukan tak percaya. Saya percaya Ishal anak saya!"jawab Tengku Irham yakin.

"Awak fikirlah Irham. Kalau Farhana yang tanya dekat awak begitu, sudah tentu saja awak akan ragu-ragu kan? Saya yang tanya pun awak dah mula goyah. Kalau Farhana yang tanya dekar awak, saya tak dapat bayangkan apa reaksi awak. Dulu hanya disebabkan gambar sahaja. Sudah cukup apa yang saya rasa Irham. Saya tak nak Ishal rasa apa yang pernah saya rasa. Awak baliklah."suruh Isya.

Tengku Irham akur dengan Isya. Benar apa yang diperkatakan oleh Isya. Dia balik sambil berfikir kata-kata Isya kepadanya.

Teringat Tengku Irham perbualannya minggu lepas bersama Tengku Zakiah.

"Irham, Opah dapat idea macam-mana nak lembutkan hati Isya!"Tengku Zakiah yang menghampiri Tengku Irham ketika di kolam renang yang melihat Tengku Irham seperti termenung.

"Ish, Opah ni! Terkejut Irham. Kalau ye pun Opah ni bagilah salam dulu. Ni tak! Tiba-tiba cakap dengan Irham yang Opah ada idea."Tengku Irham yang terkejut dengan kehadiran Tengku Zakiah.

"Yelah. Tulah menung lama sangat. Nak dengar tak idea Opah ni?"soal Tengku Zakiah lagi.

Disebabkan Tengku Zakiah mahu Tengku Irham berbalik kepada Isya, dia bersungguh-sungguh berfikir cara untuk merapatkan kembali hubungan Isya dan Tengku Irham. Majlis tahlil dan bacaan yaasin itu hanyalah alasan yang membolehkan Isya datang tidur di rumah Tengku Razif. Sebelum ini tidak pernah Tengku Zakiah membuat majlis begitu di rumah Tengku Razif. Tengku Zakiah biasanya akan membuat majlis begitu di masjid di kampungnya. Baginya itu lebih baik kerana dia boleh menjamu orang kampung. Terkejut juga Tengku Razif pada mulanya apabila dicadangkan oleh Tengku Zakiah namun apabila diberitahu tujuannya barulah Tengku Razif bersetuju.

"Kamu gunakan peluang yang ada Irham! Opah harap kamu dapat lembutkan hati Isya!"Tengku Zakiah masuk semula ke rumahnya selepas memberitahu Tengku Irham mengenai rancangannya.

"Bodohnya kau ni Irham! Peluang dah depan mata. Tak pasal-pasal sekarang ni Isya dan Ishal tak mahu tidur di rumah kau. Sudahlah Opah yang beri peluang dekat kau dan sekarang kau sia-siakan begitu saja."Tengku Irham mengeluarkan amarahnya di dalam kereta. Disebabkan keraguannya menyebabkan Isya tidak menarik kembali keputusannya untuk tidur di rumah Tengku Raziff. Hanya disebabkan Desmond dan Alvin dan kinj dia terlepas peluang untuk berlama dengan Isya.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now