Chapter 89

4.9K 128 5
                                    

Pantang Isya sudah habis. Anak-anak Isya juga semakin sihat dan membesar. Kenduri aqiqah untuk anak-anak kembar Isya juga sudah dilakukan di rumah Tengku Razief. Semua ahli keluarga hadir semasa majlis tersebut.

Kini umur si kembar sudah mencecah tiga bulan. Masing-masing mudah di jaga oleh Isya. Hanya Isya sahaja yang boleh mengawal anaknya. Apabila si kembar sudah mula bertukar tangan maka ragamnya juga sudah bermula.

"Isya, anak kamu ni menangis. Pening Opah jaga. Tak mau diam. Cuba kamu tengok anak kamu ni!"panggil Tengku Zakiah apabila Tengku Aliya Izzara menangis dengan nyaringnya.

"Sekejap ya Opah! Isya turun ni!"jerit Isya dari bilik atas. Baru sahaja dia tinggalkan anaknya itu. Kini sudah berbunyi. Ini mesti ada sahaja yang gatal tangan mengusik anaknya itu. Jika tidak, tidaklah berbunyi.

Isya segera turun. Sebaik sahaja tangan Isya menyentuh jari Tengku Aliya Izzara, terus sahaja bunyi menangis hilang. Tengku Zakiah hanya menggeleng kepala. Baru sahaja tadi dia mahu menyentuh cicitnya, sudah berbunyi sirennya. Isya hanya tergelak. Kasihan melihat Tengku Zakiah yang teringin bermain dengan cicitnya.

"Nanti ya Opah. Bila dia dah puas tidur, Opah mainlah puas-puas dengan cicit Opah ni ya. Eh Iman mana Opah?"baru Isya perasan anaknya yang seorang lagi tidak tidur. Kebiasaanya bila seorang tidur maka yang seorang lagi akan turut serta.

Tengku Zakiah menjuih bibirnya ke arah kolam renang. Kelihatan Tengku Razief seronok mengagah cucunya. Tengku Adam Ishal juga ada. Patutlah Tengku Adam Iman seronok sahaja. Si kembar memang rapat dengan abangnya. Jadi bila tiada Isya, cukuplah dengan adanya Tengku Adam Ishal, segalanya akan tenang. Isya tidak sampai hati mahu mengambil anaknya daripada bapa mertuanya. Jadi dia hanya membiarkan sahaja. Tahulah nanti Tengku Razief membawa anaknya tidur.

Tengku Irham sibuk bekerja bersama Daniel dalam menjayakan projek kerjasama mereka. Isya mahu menegah pun sudah tidak berguna. Waktu cuti pun mereka sibuk. Nasiblah Isya berada di rumah mertuanya.

Tengku Rania dan Tengku Ikram juga ada di sana memandangkan Tengku Rania kini sudah menghitung hari. Mereka sampai di rumah Tengku Razief juga tidak diketahui oleh Tengku Irham dek kerana terlalu sibuk.

"Sis, bestlah anak kembar. Untung. Sukalah tengok Ishal tu. Pandai jaga adik."puji Tengku Ikram.

"Alhamdulillah ada si Ishal tu. Kalau dia tak ada, huru-hara jugak. Tak menang tangan nak jaga. Nasiblah masing-masing behave."jawab Isya.

"Ishal, tak nak dekat Papa Ikram ke? Takkanlah dah lupa dengan Papa Ikram. Ni Mama Rania. Sombong betul anak umi ni!"marah Isya kepada Tengku Adam Ishal.

Tengku Adam Ishal yang sedar akan teguran Isya segera menuju ke arah Tengku Ikram dan Tengku Rania. Patuh sungguh dengan kata-kata uminya. Tengku Adam Iman pula sudah lena di dalam court baby.

Tengku Rania letih dan sudah berehat di dalam bilik tetamu di tingkat bawah memandangkan Tengku Rania sudah sarat. Tengku Ikram pula leka bersembang bersama Isya dan Tengku Zakiah. Tengku Zakiah di taman bunga berdekatan pula sedang menanam bunga baru yang di belinya semalam sambil menyampuk bersembang dengan Isya dan Tengku Ikram.

Penuh gelak tawa di taman bunga. Isya dan Tengku Ikram pula duduk di kerusi. Mereka leka sehingga tidak sedar akan kehadiran Tengku Irham. Dari jauh muka Tengku Irham sudah masam. Apa tidaknya apabila melihat isterinya seronok bergelak tawa bersama lelaki yang pernah menaruh hati dengan isterinya dulu.

"Hai, seronok bersembang?"tegur Tengku Irham.

"Memanglah seronok! Time cuti patutnya duduk rumah. Spend time dengan family. Awak tu busy memanjang dekat luar."perli Tengku Zakiah.

Tengku Irham ingatkan hanya Isya dan Tengku Ikram sahaja. Dia tidak dengar suara Tengku Zakiah tadi. Dalam masa yang sama dia juga terkesan dengan perlian Opahnya. Manakan tidak terasa sepatutnya waktu cuti inilah masanya dia bersama keluarga tetapi sudah dua tiga minggu juga dia hanya fokus kepada kerja. Isya pula tidak mempedulikan perlian Tengku Zakiah. Dia juga dalam pada masa yang sama ada juga perasaan marah kepada Tengku Irham. Semenjak dia tinggal di rumah Tengku Razief, suaminya itu galak bekerja. Tiada masa untuk dirinya dan anak-anak lagi.

Isya dan Tengku Ikram rancak berbual. Sengaja dia bersembang lebih dengan Tengku Ikram. Setiap kali Tengku Ikram cuba bersembang bersama Tengku Irham, di situ jugalah Isya cuba mencelah. Tengku Zakiah pula sudah tahu akan perangai cucu menantunya. Dia hanya membiarkan sahaja. Tidak mahu masuk campur.

Semakin rancak perbualan Tengku Ikram bersama Tengku Irham. Tengku Irham tidak mahu kalah dengan isterinya. Dia cuba memonopoli perbualan bersama Tengku Ikram dan akhirnya Isya mengalah. Itu pun setelah mendapat panggilan telefon daripada Irma. Lama dia berbual bersama adiknya itu. Isya rancak berbual di dalam biliknya.

Kini Tengku Adam Ishal juga nyenyak tidur. Anak kembarnya juga sudah lena. Kini tiba masanya untuk Isya pula berehat. Dia menggunakan masa tersebut untuk berehat. Rasa marahnya juga sudah reda setelah berbual lama bersama Irma.

Lama juga Tengku Irham menunggu Isya di bawah. Dia ingatkan isterinya itu akan turun semula. Tengku Ikram juga sudah masuk ke biliknya untuk melihat Tengku Rania. Tanpa berlengah Tengky Irham masuk ke biliknya.

Lena isteri dan anak-anak Tengku Irham tidur. Kebiasaannya dia hanya melihat anak-anaknya bermain dan isterinya melayan karenah anak-anak tetapi hari ini dia melihat mereka lena tidur. Isya baring bersama Tengku Adam Ishal di atas sofa dan anak-anak kembarnya lena di dalam baby court.

Sudah tiga minggu dia abaikan keluarganya. Tidak pernah sekalipun isterinya merungut.

Tengku Irham teringat akan nasihat Tengku Zakiah kepadanya semasa di taman tadi.

"Irham tak ingat anak-anak dan isteri ke? Opah nak ingatkan sekali lagi, jaga hati isteri dan anak-anak Irham tu. Esok lusa kalau anak-anak dah tak rapat dengan Papa mereka, jangan tanya kenapa pula sedangkan Irham tak ada masa untuk mereka. Hati Isya tu pun nak kena jaga. Jangan ingat dia isteri Irham sekarang ni Irham tak perlu jaga. Belajar daripada kesilapan. Jangan nanti pisang berbuah dua kali. Masa tu nak menyesal pun tak guna. Carilah berapa banyak duit pun Irham takkan cukup. Jangan sampai nanti tiba-tiba Irham sedar yang masa tu anak-anak Irham dah besar dan isteri Irham pula dah semakin jauh daripada Irham. Masa tu nak pujuk rayu pun sudah tak guna."nasihat Tengku Zakiah kepada Tengku Irham.

Tengku Irham merenung muka Isya. Betapa dia merindui isteri dan anak-anaknya. Sudah lama dia tidak melayan karenah anak-anaknya dan sudah lama juga dia tidak mengambil kisah akan isterinya. Tugas menjaga anak-anaknya kini sepenuhnya digalas oleh isterinya.

Kalau dulu dia hanya mempunyai Tengku Adam Ishal dan kini dia sudah mempunyai si kembar. Perangainya juga masih sama. Dia juga merayu-rayu kepada isterinya untuk ada anak yang baru tetapi kini apabila dia sudah memilikinya, tanggungjawab itu pula digalas sepenuhnya oleh isterinya.

Benar kata Opahnya, jangan nanti apabila anak-anaknya sudah besar, baru dia sedar bahawa dia sudah meninggalkan masa yang berharga bagi seorang Papa. Masa kecil anak-anak sangat berharga bagi anak-anak. Tengku Razief tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya malahan sentiasa ada masa untuknya.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now