CHAPTER 35

5.1K 138 0
                                    

Farhana termenung. Dia tidak menyangka bekas kawan baiknya sendiri mengahwini Tengku Irhm. Kalau dulu dia meminati Rayyan yang juga menaruh hati kepada Isya dan kini lelaki yang diminati pula mengahwini Isya.

"Kenapalah semua lelaki yang aku minat harus ada Isya. Aku jadi makin benci dekat kau Isya!!!!" Marah Farhana.

Bilik Farhana kini bersepah. Bantal serta alat make up nya disepahkan hanya kerana benci kepada Isya.

"Hana, kau dah kenapa ni?"tanya Bella.

"Aku benci dengan Isya. Kau tau tak bukan setakat Rayyan je yang Isya dah rampas dari aku. Sekarang ni Irham pun dia dah rampas kau tau tak!!! Aku ingatkan lepas dah habis sekolah aku boleh lupakan Isya tu. Last-last hari ini Irham pula yang dia rampas."luah Farhana.

"Eh kau biar betul. Dua belas tahun kot dah. Dua belas tahun juga kita tak jumpa dia. Takkan dia nak rampas Irham dari kau."tanya Bella lagi.

Farhana kini serumah bersama Bella atau nama sebenarnya adalah Nabila dan Zarina. Walaupun dua belas tahun sudah berlalu namun persahabatan mereka bertiga masih akrab. Hanya Zarina sahaja yang masih mengingati Isya.

Farhana juga menceritakan tentabg majlis perkahwinan Tengku Irham yang dihadirinya minggu lepas. Sebelum ini Farhana ada menceritakan kisah perkahwinan Tengku Irham kepada Zarina. Sungguh terkejut Zarina akan berita tersebut. Zarina hanya mendengar luahan hati Farhana tapi dalam masa yang sama masih teringin untuk berjumpa dengan Isya. Zarina sudah lama ingin mencari Isya. Selepas habis SPM mereka bertiga menyambung pelajaran masing-masing ke universiti dan cuma Isya sahaja yang menyambung pelajarannya di tingkatan enam. Walaupun result SPM Isya bagus dan layak masuk ke universiti untuk melanjutkan peringkat Diploma namun dia membuat keputusan untuk menyambung ke Tingkatan enam.

Bella yang mendengar cerita Farhana sungguh terkejut. Tidak sangka walaupun selepas dua belas tahun nasib Farhana masih juga sama. Tidak terlepas dari Isya.

"Itulah kau Hana. Dulu kau dengan Isya jahat sangat. Sekarang Allah balas cash dekat kau. Apa kata kau taubat je. Minta maaf dengan Isya. Mana tau nanti nasib kau berubah." Usik Bella. Mulut Bella ni memang jahat sikit. Tak pernah nak fikir apa perasaan orang lain. Berbeza dengan Zarina yang hanya akan mendengar dan kemudian baru beri pandangan.

"Mulut kau ni Bella memang tak ada insurans kan. Aku yang kenal Irham dulu. Bukan perempuan tu pun. Ah benci aku ingat perempuan tu. Kau tengok jelah lepas ni apa yang aku nak buat. Tapi kau tolong aku lah ya Bella."pujuk Farhana.

"Ah kau ni!! Kau punya rancangan kau buat sendiri. Tak nak aku jadi macam dua belas tahun yang lepas. Kau carilah orang lain. Aku tak nak masuk campur!!"tegas Bella.

Puas Farhana memujuk Bella namun Bella gagal diyakinkan oleh Farhana. Zarina pula memang dah confirm tak nak libatkan diri.

Bella dan Zarina tidak mahu melibatkan diri dalam rancangan Farhana namun Zarina juga telah bertekad untuk menolong Isya. Jika dua belas tahun lalu Isya terkontang-kanting sendirian namun kali ini dia akan cuba menolong Isya. Zarina sentiasa memasang telinga untuk mendengar rancangan Farhana. Kadang kala dia memancing Farhana mengenai rancangannya untuk mengenakan Isya.

Hari minggu sepatutnya masing-masing pergi outing tapi minggu ini hanya Zarina dan Bella sahaja yang keluar dan berjumpa dengan buah hati masing-masing.

Zarina baru sahaja pulang dan terdengar Farhana bercerita mengenai Isya kepada Bella.

"Bella, kau nak tau tak aku tengok hidup perempuan tu mewah betul. Sekarang ni siap panggil mak dan ayah Alex dengan panggilan Mummy dan Daddy lagi. Aku tak tahu lah apa kaitan Isya dengan keluarg Alex tu. Masa mula-mula Mak aku beritahu aku pasal Irham nak kahwin tu aku tak ambil port pun pasal siapa perempuan yang kahwin dengan Irham sebab mak aku cakap dia kahwin dengan anak Datuk Michael. Aku lupa pula yang Datuk Michael tu mak ayah Alex. Bila aku sampai-sampai je kat sana punyalah aku terkejut yang perempuan tu atas pelamin dengan Irham. Mula-mula aku macam tak percaya juga tapi lepas aku tengok balik dekat kad tu memang dah sah yang itu perempuan tu. Geram betul aku tengok dia."cerita Farhana lagi.

"Wah bertuah betul si Isya tu. Bukan setakat lelaki idaman dia dulu ada hidup sekali dengan dia malah Tengku Irham yang kau minat pun sekali ada dengan dia. Bertuah betul Isya tu. Kalau aku jadi dia mesti aku gelakkan kau bila aku jumpa kau...hahahhaha"gelak Bella.

"Kau ni Bella bukan nak back up aku pun. Kau gelakkan aku lagi adalah. Teruklah kau ni."marah Farahana.

Zarina mencelah dan mengajak mereka makan. Malas mahu mendengar Farhana memburuk-burukkan Isya kepada Bella. Bagus juga mulut Bella tu macam tu.

Kini mereka menjamah KFC yang dibawa oleh Zarina. Awal-awal lagi semasa keluar rumah pagi tadi Farhana sudah memberi pesanan menyuruh mereka membeli makanan untuk makan malam. Di rumah mereka memang jarang memasak. Mereka lebih gemar membeli makanan sahaja cuma Zarina sahaja kadang kala yang rajin turun ke dapur.

"Wei, aku nak minta kerja dengan Tengku Razif la. Aku nak suruh ayah aku jumpa dengan Tengku Razif."kata Farhana ketika mereka menjamah KFC di meja makan.

"Kau ni biat betul. Kau agak-agaklah wei. Apa kata kau join projek ayah kau yang ada kaitan dengan Syarikat Tengku Razif tu. Yang tu barulah betul. Kalau kau kerja sana nampak sangat niat kau tu tapi kalau kau join projek ayah kau tak lah nampak sangat kau nak rampas Irham dari Isya."cadang Bella.

"Kamu berdua ni tak habis-habis lagi ke cerita Isya ni. Kat tempat makan pun masih nak cerita benda jahat. Tak baik tau."beritahu Zarina.

Namun tidak siapa yang mendengar malah makin rancak perbualan mereka. Pelbagai rancangan Bella dan Farhana. Bella ni kata saja tidak mahu terlibat sama tapi bila bercakap banyak pula rancangan yang timbul. Zarina mengambil keputusan merekod perbualan mereka tanpa mereka sedari.

"Isya, kali ini aku akan tolong kau Isya. Kalau dulu aku bodoh dan mudah tertipu tapi sekarang aku dah sedar dan kenal orang disekeliling aku."kata Zarina di dalam hati.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now